Showing posts with label wira perkasa.. Show all posts
Showing posts with label wira perkasa.. Show all posts

Tuesday, July 3

YDP PAS PUKUL GENG PERTIGA DI TELUK BAHANG?


Siapa yang pukul siapa?Gambar diatas jelas menunjukkan YDP PAS kawasan Teluk Bahang memulakan pergaduhan dengan memegang leher ahli PERTIGA kerana geram gambar Guan Eng telah  dikoyakkan dihadapanya.Sampai begitu taksub pencacai Guan Eng?

Berbaju hijau didalam gambar adalah Abdul Samad b. Abd Manaf YDP PAS Teluk Bahang.Heran nin ajaib kerana yang memulakan sentuhan badan adalah YDP PAS itu sendiri dan Wira Perkasa telah disalahkan.

Sudahlah dicekik dileher lepas tue diheret pulak sepanjang jalan.


setelah dilepaskan baru ahli Perkasa datang untuk mententeramkan keadaan dan memujuk ahli Pertiga untuk bertenang.

Kedudukan Guan Eng lebih dari 10 meter dari aksi pergaduhan tersebut mana mungkin dakwaan Guan Eng bahawa Ahli Pertiga telah menyentuh beliau.Apakejadah punya Guan Eng macam nie pun nak menipu.

Guan Eng dalam kenyataannya telah menyalahkan pihak Polis:
Polis Harus Menimbang Semula Sikap Tidak Peduli Terhadap Perkasa Untuk Mengelak Persepsi Awam Bahawa Mereka Membenarkan Taktik Ganas Perkasa Untuk Mengugut Pemimpin PR. 
Kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi saya hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan UMNO dan BN. Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.Guan Eng

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng lidah bercabang menyalahkan Polis dan UMNO sedangkan UMNO tak terlibat langsung. Polis yang telah mententeramkan keadaan,buat apa pulak panggil skuad Polis sukarela menjaga beliau.




Sunday, July 1

GUAN ENG PECAH KEPALA DI TELUK BAHANG?


Dalam twitter,seekor biawak mengadu dirinya lebam lebam dipukul wira perkasa,katanya lagi pihak polis membiarkan dirinya diperlakukan dengan sebegitu kejam hingga mendatangkan cedera parah.

Biawak ini mahukan hak asasi dirinya sebagai binatang liar dilindungi oleh pihak polis.Namun malang sekali pihak polis dikhabarkan telah mengesan lidah binatang ini bercabang maka tidak perlu diberi perhatian kerana diketahui memang lidahnya pembelit.


Satu lagi pembohongan Guan Eng kononnya dirinya diserang hingga cedera parah!...report polis la tunggu apa lagi!

Pagi kelmarin 30/6 di Pasar Telok Bahang,20 orang pemuda Perkasa berdemo semasa satu program Ketua Menteri regim DAP Pulau Pinang bersama lebih 200 orang penyokong PAS.


Apa yang menariknya,akibat tidak tahan dengan demo Perkasa,seorang khawarij PAS telah bertindak menyerang pemuda perkasa,mencekik dan memaut leher seorang pemuda perkasa hingga mencetuskan pergaduhan.


Menurut sumber Pisau,tindakan khawarij PAS disebabkan mereka tidak tahan dengan kritikan perkasa yang mengutuk keras tindakan ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP kerana terbukti menindas dan berlaku zalim terhadap bangsa melayu.


MKP Ayat Sempoi :Mana NGO lain yang berani macam Perkasa nie....Ramai yang dok diam lepas tue claim macam macam kata depa buat........Last sekali Perkasa dipersalahkan. 

Friday, May 18

ALAHAI WIRA PERKASA TENGOK APA KATA DUA BOSS BN/UMNO PULAU PINANG KATA? @DZainalAbidin @NajibRazak @PMOMalaysia @HishammuddinH20 @PDRMsia



Video diatas dengan jelas menyatakan pendirian Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow dan Datuk Zainal Abidin Osman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.MKP perlu jelaskan disini kenapa tidak tanduk Wira Perkasa berdemo dihadapan rumah Ketua Menteri tempoh hari telah merugikan dan mencalarkan imej UMNO serta BN dimata Pengundi Pulau Pinang.MKP adalah blogger yang bernaung di bawah Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang harus menjelaskan pendirian serta wadah perjuangan yang dibawa oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin.Janganlah persoalkan lagi siapa BOSS MKP dan segalanya-galanya.UMNO telah membawa satu Wadah Perjuangan membela nasib semua kaum di Bumi Pulau Pinang, Apa saja tindak-tanduk UMNO Pulau Pinang dinilai oleh Rakyat 

Motto Setiap Kata Dikota yang dicanangkan harus dijadikan pedoman.Artikel sebelum ini telah menimbulkan Kontroversi serta ugutan kepada MKP Klik http://matkilaupenang.blogspot.com/2012/05/lagi-kenyataan-kurang-cerdik-wira.html

Wednesday, May 16

LAGI KENYATAAN KURANG CERDIK WIRA PERKASA PULAU PINANG @DZAINALABIDIN


Pada mulanya MKP malas nak ulas pasal benda nie kan tetapi kena jugak komen kerana tindakan bodoh Ketua Perkasa Pulau Pinang telah merugikan Melayu Pulau Pinang.....Pada mulanya mencabar Guan Eng dengan membuat demo kematian dihadapan rumah Guan Eng.Lepas tue membuat kenyataan di Sinar Harian yang nampak seperti meminta maaf....... 


Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin memberi jaminan tidak akan mengancam keselamatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan keluarganya. 
Menurutnya, tindakan ahli Perkasa menggantung gambar Ketua Menteri dengan kalungan bunga di hadapan pintu pagar rumah bertujuan menarik perhatian untuk bertemu dengan Guan Eng bagi membincangkan isu orang Melayu di negeri ini.
 
Ternyata apa yang telah dilakukan oleh wira perkasa telah mengaibkan penganut agama Budha dan Hindu sedangkan semua ahli perkasa ahlinya adalah Melayu...MKP nak tanya apa "track-record"untuk Wira Perkasa telah buat untuk menjaga/membela nasib orang melayu Pulau Pinang?,Tak pernah pun ada satu benda yang boleh dikatakan membanggakan pernah di Perjuangkan oleh Wira Perkasa .Contohnya seperti isu Bayan Mutiara yang telah di cetuskan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang berkenaan Masjid Bayan Mutiara.Wira Perkasa hanya menumpang populariti yang telah dicetuskan oleh UMNO.Kalau sekadar nak main isu tempek-menempek dan kata itu Wira Perkasa perjuangkan sorry beb,MKP malu dengan apa yang dicapai oleh Wira Perkasa Pulau Pinang......Patutlah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang pun meluat dengan perangai kurang matang dalam berpolitik dan main Isu.....Lagi-lagi terikut dengan sikap kebudak-budakkan oleh Ghani Kulit.....Takkan budget tak cukup lagi der banyak dah telah disumbangkan oleh orang tertentu nak dedahan....sila cabar MKP?

"Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng Khamis lepas adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri.UMNO dan Perkasa adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan Perkasa adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO)Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang tidak dipersetujui oleh BN. Katanya tindakan Perkasa boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu seringkali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan."

Tuesday, May 15

WIRA PERKASA DIMALUKAN DUA KALI OLEH PEMIMPIN?


UMNO memang ada beza sikit dengan PERKASA pun, baiklah UMNO Penang senyap dari kritik PERKASA tak tentu pasal sebab nak jaga hati pengundi Cina Kafir sebab UMNO Penang jugalah yang "serahkan" Penang pada GERAKAN dulu sebab percaya sangat pada Cina Kafir.

Ini adalah kemaluan yang pertama oleh kerana tindakkan bodoh oleh Wira Perkasa Pulau Pinang.Apa tidaknya tindakkan melampau tahap kurang cerdik telah ditemplak oleh Datuk Zainal...Apa nak buat dah yang ada dalam tue pun janji kira Masyukkkkkkkkkkkkk.....Pi terjun jambatan lagi baguih.

GEORGETOWN 14 Mei - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng Khamis lepas adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri.

UMNO dan Perkasa adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan Perkasa adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang tidak dipersetujui oleh BN.

Katanya tindakan Perkasa boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu seringkali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan.

Lebih 70 anggota Perkasa berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar pada Khamis lepas bagi mendesak Guan Eng meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang. - BERNAMA

Yang kedua nie lagi sempoi nak tau tengok Vieo nie sampai habis der baru tahu apa ada:

Thursday, May 10

GUAN ENG DIKALUNGKAN "BUNGA KEMATIAN"?


Padam muka lu Ketua Menteri paling RASIS dalam sejarah Pulau Pinang.Sebentar tadi telah dikalungkan "Bunga Kematian" dihadapan rumahnya sendiri.Memang patut pun apa yang telah dibuat oleh Wira Perkasa Pulau Pinang nie pun kerana dah lama Guan Eng nie dok buat tahana dekat orang Melayu Pulau Pinang nie pun......Lepas  nie suruh pulak dia lompat sakan dengan Wira Perkasa pulak....Jutaan Tahniah Saudara Seperjuangan MKP ucapkan.....walaupun kini tak dapat lagi bersama dalam Wira Perkasa kerna kesibukkan tugas melanda namun takkan hanya Ketua Wira sahaja yang dok ambil "lime light"menjalankan gerakan menentang Bapa rasis nie....ManaWira Perkasa punya Ketua Penerangan Negeri takkan dok lena lama sampai tak pernah nampak dalam setiap program yang diadakan?

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata mereka menggesa DAP memilih keturunan Cina rakyat tempatan bagi jawatan Ketua Menteri kerana Lim bukan anak tempatan dan tidak memahami masalah dan mentaliti penduduk negeri ini.

Lim juga harus meletak jawatan kerana enggan mendengar permasalahan rakyat dan bersikap tidak rasional dengan mencampur adukkan hal ehwal politik dan kepentingan rakyat.Katanya, pertubuhan itu telah membuat tujuh tuntutan dalam beberapa siri demonstrasi sebelum ini namun Lim enggan berjumpa dengan mereka untuk berbincang.

Antara tuntutan itu ialah berhubung isu tapak masjid di Bayan Mutiara, isu perumahan rakyat, bayaran ganti rugi kepada pemilik gerai yang dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan isu mengenai tahap keselamatan kilang solar di Batu Kawan.


Monday, March 12

APA KETUA WIRA PERKASA NIE DOK BUAT?


Hari ini saya perpidato di padang kota,pada jam 6.20 ptg,hampir setengah jam,antara isu yang saya bawakan ialah,mana perumahan rakyat di pulau pinang hampir 4 tahun kerajaan PR memeritah,kedua isu bayan bay,kenapa ia di beri kpd pemaju berkenaan dan bkn PDC sendiri yg menjalankan nya,cara projek itu di beri jgk tidak bersesuaian serta harga di jual di bawah harga pasaran,seterusnya saya mencabar lge membina rumah kos rendah 1000 unit di bayan bay,serta saya mencabar kerajaan pusat iaitu BN jika mereka mereka mengambil alih kepimpinan negeri pada pru ke 13 ni,maka saya mahu mereka membina 2000 unit rumah kos rendah kepada rakyat di negeri ini..kita nantikan jawapan mereka,dan jugak saya menyatakan yang saya berdiri di sini sebagai ngo buat rakyat,saya tidak pernah menerima projek dari BN mahunpun PR, jadi saya bebas bersuara..KLIK DISINI

MKP Ayat Sempoi : Tak nampak orang mai pun?

Thursday, January 12

KETUA WIRA PERKASA TIMUR LAUT BODOH?

Replika tandas buat LGE

 Apa yang hang dok tunjuk?
Mangsa kekejaman DAP.

Surat tunjuk sebab kenapa DAP robohkan kedainya.setahun lalu

 LGE memang musibat
Temubual mangsa dengan RTM

Apa ada dalam kain merah nie.

Nak naik pi komtar pun depa halang,semuanya melayu pencacai LGE 

Telefon pun pegawai LGE tak bagi naik 

Buat nak demo serius la skit.mangkuk hanyun. 

Tua dia pengawal pakat dok kunci pintu tak baik naik.

Kain merah macam mayat la....Woi mangkuk LGE suka warna kuning la


Friday, November 11

Perkasa bantah KN sediakan bas percuma untuk rakyat


Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan liar membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma, 'CAT Free Shuttle' kepada rakyat dari Weld Quay (jeti) ke Komtar.

Naib Ketua Wira Perkasa, Moh.d Rizuad Mohd. Azudin (bawah) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca.


"Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang liar di perkarangan Komtar, di sini.

Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu".


Mereka turut membawa beberapa kain rentang Guan Eng anti Melayu.

Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib.


MKP kata:tertunai sudah apa yang dijanjikan pada posting sebelum ini

Thursday, August 18

Wira Perkasa Pulau Pinang: Isu babi di juadah Ramadan: Star



Wira Perkasa Pulau Pinang telah membakar suratkhabar The Star dihadapan Pejabat pengurusan The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan. terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa.Tindakkan Kurang ajar pihak the star telah menyakiti hati umat islam dinegara ini.Bagi Wira Perkasa ini tidakkan yang perlu diambil bagi pengajaran bagi pihak yang telah mempermainkan sentiviti umat islam.Ketua Pengarang Akhbar The Star telah dipanggil oleh KDN mengenai isu ini kerana isu ini cukup sensitif kepada umat Islam terutamanya di Malaysia. Beliau pun telah meminta maaf dengan kesilapan yang dilakukan oleh pihak akhbar The Star. Tak kan pihak akhbar tak tahu yang restoran tu tidak halal? Atau pengarang artikel nie memang jenis hentam jer buat cerita? Atau ada motif di sebaliknya?



Thursday, June 23

Rasis - Wira Perkasa Balas Kenyataan KJ.


Wira Perkasa hari ini menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin menjaga Pemuda UMNO dengan lebih baik agar dasar sayap parti tersebut sealiran dengan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Saudara Irwan Fahmi mendakwa, Ahli Parlimen Rembau itu sewajarnya dapat membezakan peranan Parti Pemerintah dan Badan Bukan Kerajaan seperti Perkasa yang sememangnya mahu memastikan keutuhan dan kedaulatan Bangsa terus dipertahankan. 
Beliau turut membuat kenyataan balas terhadap desakan YB. Khairy yang mendesak Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali disiasat dan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Jika KJ menyarakankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat di bawah akta yang sama kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan BERSIH. KJ bukan Ketua Polis Negara mahu pun Hakim yang mahu mengajar pihak polis."

Saudara Irwan Fahmi turut berasa kecewa dengan pendekatan YB. Khairy yang sepatutnya dilihat sebagai seorang Jaguh Melayu dan mengambil pendekatan berhemah dalam berunding, bersatu dan mempertahankan Melayu. Beliau menasihatkan agar Ketua Pemuda UMNO itu merujuk semula asas Perjuangan Parti yang telah memainkan peranan penting membebaskan bangsa Melayu dari terus dijajah.
Beliau juga meminta masyarakat tidak terpengaruh dengan laporan Perkasa melalui portal Malaysian Insider yang membuat kenyataan berlainan dari apa yang diperkatakan.
Wira Perkasa akhir sekali meminta agar kesemua ahli Perkasa berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Ibrahim Ali dan tidak sesekali lupa akan landasan perjuangan.

Saturday, February 19

Wira Perkasa Pulau Pinang.

Ketua Wira Perkasa Negeri Pulau Pinang
Wira Muda Perkasa Penang harus mensasarkan seramai mungkin golongan muda menyertai Pertubuhan ini. Demi merealisasikanya seluruh wira muda disetiap daerah perlu secara bersungguh mendekati golongan ini secara total..tidak memilih profesion dan fahaman politik.

Tidak lagi terlalu berpolitik serta mempertahankan pendapat masing2 yang boleh menjarakkan lagi perpaduan Melayu.Jika dilihat dari awal,tujuan penubuhan PERKASA pada dasarnya ialah menyatupadukan melayu,berjuang mempertahankan hak Melayu berdasarkan perlembagaan.

Sebarang perlantikan AJK di peringkat daerah juga disaran agar tidak terlalu memilih satu golongan Parti Politik sahaja.Ada baiknya turut diberi ruang kepada pihak lain juga terutama dari Pertubuhan atau Persatuan seperti Belia 4B dan Persatuan Penduduk.

Ini adalah penting bagi menjadikan segala usaha WIRA MUDA PERKASA sampai ke pengetahuan akar umbi dengan cepat,tepat dan berkesan. Selain dari golongan Mat Rempit juga harus di beri kepercayaan dengan menubuhkan satu portfolio khas dan di ketuai oleh golongan itu sendiri.

Selain itu tidak juga terkecuali kepada peniaga2 jalanan yang kebanyakanya di monopoli golongan muda.Peniaga burger umpamanya..perlu difikirkan sesuatu agar dimasa akan datang mereka akan terus mengusahakan perniagaan mereka dengan lebih maju malah tidak mustahil hingga mereka berpeluang berniaga di peringkat francais.

Adalah menjadi harapan,agar segala usaha kearah penyatuan bangsa ini tidak dianggap sebagai satu saingan kepada mana-mana parti politik. Matlamat kewujudan Wira Muda Perkasa amatlah jelas iaitu mendekati golongan muda,berbangsa Melayu,serta memimpin golongan ini agar tidak hanyut dibuai anasir jahat, terpengaruh dengan dadah serta mendengar segala bentuk hasutan yang boleh mengakibatkan kedudukan Agama,Bangsa dan Negara menjadi rapuh.

Mengajak golongan muda bersatu hati, menanam rasa cinta pada diri sendiri, Agama serta semangat kebangsaan yg tinggi. Melahirkan golongan akan datang yang berkualiti dan bermutu serta berdayasaing dan berpengetahuan kearah membina. Menjadikan golongan yang menghargai semangat ukhwah sesama sebangsa.

Moga segala matlamat ini di redhai ALLAH serta di permudahkan apa saja idea dan ilham kearah menjadikan Wira Muda Perkasa sebagai perintis baru kearah memperkukuhkan kedudukan Agama Bangsa dan Negara di bumi Malaysia ini.

Pautan facebook KELAB SAHABAT WIRA PERKASA PENANG disini

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive