Monday, September 26

ANAK-ANAK JOHOR!! SILA AMBIL PERHATIAN!



Lim Guan Eng telah bertindak MEMPERLECEHKAN Johor dgn mempromosikan keselamatan Pulau Pinang melebihi keselamatan Johor Darul Takzim. Dan sesetengah dari kita melihat tindakan ini dari kacamata Guan Eng seorang Ketua Menteri Pulau Pinang yg memerlukan FDI dari negara Australia. Kebanyakkan kita juga melihat ini dari perspektif YANG TERSURAT iaitu kenyataan yg d buat Guan Eng. Kenapa Guan Eng tidak menyebut negeri Kelantan kalau bicara soal keselamatan kerana diketahui umum senjata pistol mudah melepasi kawalan sempadan di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Tumpat. KENAPA HARUS JOHOR YG SEMPADANNYA KETAT D KAWAL OLEH SINGAPURA DAN PIHAK BERKUASA MALAYSIA. Kenyataan ini HARUS di TAFSIR dalam perspektif YANG TERSIRAT.


Ucapan Guan Eng mengenai Johor adalah berkenaan dendam. Kenapa? Apa yang menyebabkan Guan Eng amat tidak puas hati dengan Johor dlm konteks sekarang? Apa yg telah Johor lakukan pd Pulau Pinang sehingga memaksa Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan statment demekian? Jawapan......TIADA LANGSUNG DLM BENTUK FIZIKAL MAHU PUN TEORI. Guan hanya tidak puas hati dgn Umno.


Saban hari Guan Eng mencari kesalahan dan kelemahan Umno. Kenapa Johor menjadi sasaran? PD RAKYAT2 JOHOR...KETAHUI LAH BAHAWA NEGERI KAMU MERUPAKAN BENTENG PERTAHANAN POLITIK MELAYU TERAKHIR. Ini kerana sejarah bangsa Melayu d bumi melayu ini juga amat berkait rapat dgn bumi Johor. Sejarah Singapura juga berkait rapat dgn Johor. Umno d tubuhkan d Johor. Ic nombor Johor juga merupakan bilangan 01. Johor amat2 istimewa d sebelah selatan semenanjung. Negeri ini merupakan penghujung dunia benua Asia. Kebanyakkan pemimpin2 kanan umno juga bnyk dr Johor. TPM sekarang yg dah d line-up utk jawatan PM after next Presidency Umno juga dari Johor. Masa depan POLITIK negara Malaysia amat bergantung pd benteng UMNO d JOHOR.


Inilah antara SEBAB PALING TERSIRAT KENAPA LIM GUAN ENG perleceh Negeri Johor Darul Takzim. Jika mahu menghancurkan sesuatu organisasi, hancurkan vendor supplyer chain terhadap organisasi itu. Jika mahu Umno d hancurkan total, bentengnya perlu d binasakan. Macam mana nak hancurkannya? Dgn menimbulkan keraguan terhadap keselamatan negeri itu spy FDI tidak masuk. Dgn itu peluang perkerjaan baru tidak ada dan yg tengah ada akn memindahkan operasinya ke Selangor atau PP.


Bila rakyat sudah menganggur dan kehilangan perkerjaan, rakyat akan menyalahkan pemimpin negeri kerana kononnya isu rasuah dan ketidak-telusan menyebabkan negeri Johor jadi lingkup. Bila sudah sampai STAGE ni, apabila calon-calon Umno masuk bertanding dlm PRU, semua bakal kalah termasuk Timbalan Presiden Umno di Parlimen Pagoh. Bila ini berlaku di Johor maka lebih dan amat2 senang UMNO d talkinkan. Negeri2 lain telah dan amat senang d rempuh oleh DAP tetapi tidak di Johor.


Johor adalah BENTENG PERTAMA DAN BENTENG TERAKHIR MARUAH ANAK2 DAN BANGSA MELAYU. Tafsiran TERSIRAT ini jangan kita ambil mudah kerana Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yg pertama, ISTERINYA, Sebelum meninggal dan tutup mata telah berpesan pd LEE KUAN YEW---JANGAN PERNAH DAN JANGAN LANGSUNG PERCAYA PD ORG2 MELAYU. Singapura ONCE pernah berada dlm negeri Melayu Johor sebelum 1824.


Apa yg Lim Guan Eng utarakan ialah MENEFESTASI luahan isteri LKY itu. Jangan MEMPERCAYAI KESELAMATAN Johor yang d pimpin oleh org2 kanan Umno. Jika Umno d Johor tidak tumbang melalui pelemahan ekonomi negerinya melalui FDI, maka sampai bila2 pun Umno remain strong d bumi Malaysia ini. Kerana itu dap harus bersungguh2 membuat kenyataan MEMPERLECEHKAN Johor bagi tujuan melemahkan kepimpinan negeri dan moral Umno Johor supaya bila ini lemah maka RAKYAT JOHOR TIDAK AKN PERCAYA UMNO JOHOR LAGI DLM PRU. Anak2 JOHOR DARUL TAKZIM----------SILA AMBIL PERHATIAN. JIKA UMNO TUMBANG D JOHOR, KUASA MELAYU D PERSEKUTUAN JUGA TUMBANG MENJADIKAN MELAYU DEFENDLESS DLM KONTEKS POLITIK HARI INI.


Hasil nukilan Mamluk Qalawun

Wali Selipar Bersuara.


Wali Selipar Tuan Guru Nik Aziz berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan. 


Beliau menyifatkan DAP seperti "budak-budak kecil takutkan hantu" sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," 
Semalam, Nik Abdul Aziz berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP. 

Pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum Hudud di negara ini. 

Di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meminta semua pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan mengenai hukum hudud sehingga mesyuarat bulanan mereka Rabu ini. 

"Ia adalah persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke," 


Mustafa berkata, mesyuarat pada hari tersebut yang sepatutnya membincangkan mengenai Bajet 2012 tetapi akan meletakkan isu sensitif hukum hudud sebagai keutamaan dan satu pendirian bersama akan dibuat.



MKP kata pakatan rakyat dok kata kebebasan suara dikalangan parti akan tetapi sekarang nak cakap tutup mulut apa nie semuanya demi kepentingan politik.Pakatan dah retak menanti belah ia umpama tidoq sebantal mimpi lain-lain.

Akta Polis yang lebih relevan



Penjelasan ringkas di sini adalah kajian yang akan dibuat kelak akan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan


Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukkan empat perkara iaitu pertama: Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah berkenaan.


Kedua, sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperoleh demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.


Ketiga, ketua polis daerah boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan yang keempat, kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaannya dibenarkan.



Inilah yang akan dikaji oleh kerajaan dan keputusan ini turut disambut baik oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.


Bagi Ismail, akta baru yang akan diperkenalkan kelak, tetap akan menjamin keselamatan masyarakat dan pada masa sama, polis dapat melaksanakan tanggungjawabnya demi memastikan keamanan dapat diwujudkan.


Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, kita sepatutnya berterima kasih dengan perubahan yang dilakukan kerajaan ini kerana segala apa yang diumumkan ini sebenarnya adalah transformasi politik negara yang sudah mengecap kemerdekaan selama 54 tahun.


Dan kita juga mengharapkan, perubahan Seksyen 27, Akta Polis itu nanti tidak membebankan kedua-dua pihak iaitu orang ramai dan kerajaan.Akta baru itu juga perlu disesuaikan dengan kewujudan masyarakat Malaysia yang semakin meningkat bilangannya, selain 'cabaran' yang diwujudkan oleh mereka.


Walau apa pun, apa yang dilakukan Perdana Menteri ini sebenarnya memberi nafas baru kepada istilah demokrasi untuk terus subur di negara ini, bukannya berasaskan agenda politik dan masyarakat seharusnya pembaharuan yang akan dilaksanakan ini.Bagi PDRM pula, kita yakin mereka akan terus melaksanakan tugas menjaga ketenteraman awam walau apa jua bentuk cabaran dihadapi.Diharapkan pindaan undang-undang ini memberi mereka semangat baru untuk terus berbakti kepada negara.

PANAS VIDEO TERBARU ANUAR KANTOI.

aNUWAR kantoi lagi dengan pendedahan ini segala kesangsian telah terjawab dengan bukti yang dikeluarkan.sudah-sudahlah nak menipu pak sheik woi,dok main gempak sana-sini orang dah tau hang punya tembelang,atau hidung belang depan belakang sama rasa.

AKSI MAT SABU DAN AMBIGA SELEPAS BERSIH 2.0


Sunday, September 25

ADUN DAP Buat Kacau Program PM.

ADUN DAP yang terpaksa ditenteramkan oleh polis kerana membuat kacau pada Program Kayuhan Amal 1Malaysia yang diadakan pagi tadi.Lihat Ng Wei Aik ditenteramkan oleh polis.

muka tension dan hipokrit.
Adun nie marah sebab tak diberi tempat duduk,lain kali buat program sendiri jangan dok menempek program orang lain lepas tue buat kacau. 

guan eng tidak dilayan oleh pemimpin BN yang kenal denga sikapnya suka mengambil kesempatan keatas orang lain.



Anwar dok Pembohong Rakyat Melaka.



Pak sheik dalam ceramahnya di Alor Gajah Melaka dok pembohong dekat orang melaka la pulak.anwar pada mulanya bodek polis yang selama ini ditomahnya menyatakkan polis kejam dan tidak berhati perut.Dan ugut pulak polis nak hantaq pi tawau adakah ini mengugut.Yang salah semua umno.masih lagi dok tembak dan pusing cerita kata bukan dia dalam video seks yang pelakunya kita semua tahu.Masih lagi dok main wayang dan mengata TunM Pandikuti Babi kecik.Layakkah anuar brcakap tentang peribai yang baik,,,,,Pirah mampus kami tau sudah lubang hang depan belakang.Tuduh lagi Tun M alat Cina pulak dah apa nie dok mengata orang padahal diri sendiri dok kencing merata.

Pembohongan yang besar terbukti ialah menyatakkan Tun M minta 2bilioon untuk membiayai projek yang ahli lembaga pengarahnya ialah mirzan Tun Mahadir berikut adalah laman web tersebut dimanakah yang menyatakan Mirzan ahli lembaga pengarahnya http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/.Ternyata Pak Sheik dah Kencing Orang Melaka nie.


Masalahnya Bukan MCA/Gerakan Tapi PAS/DAP



MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdolak dalik lagi berhubung perjuangan parti itu khasnya pelaksanaan hukum hudud di bawah pentadbiran PAS, apabila kenyataan terbarunya membelakangkan keputusan muktamar PAS yang kononnya mahu menegakkan sebuah negara berkebajikan.

Selepas kejutan Jun lalu, rakyat disemaikan dengan fikiran kononnya perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sudah berkubur. Bagaimanapun, edisi kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu tidak semena-mena membangkitkan semula isu lama mahu terus menunaikan niat dan janji melaksanakan hukum hudud yang terpendam sejak 20 tahun lalu. Seperti biasa, kenyataan Nik Aziz mendapat tentangan DAP. Hanya beberapa jam selepas Nik Aziz membuat kenyataan mengenai hasratnya itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh melenting.

Walaupun nampak tidak sekeras ugutan supaya melangkah mayatnya dulu Karpal memberi hujah politik dan undang-undang mengenai mengapa penubuhan kerajaan Islam tidak boleh dilaksanakan dalam suasana rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Agak menarik apabila melihat Nik Aziz amat tegas dengan pendiriannya dan seolah-olah tidak kisah sekiranya Karpal meleraikan ikatan pakatan yang tidak pernah dimeterai secara rasmi. Menteri Besar itu seolah-olah mahu menghalau DAP jika parti bertunjangkan bangsa Cina itu terus membantah niat PAS menubuhkan kerajaan Islam dan hukum hudud.

Perhatian rakyat selepas ini sudah pasti bertumpu kepada reaksi DAP. Apakah ia mahu terus diheret dalam kancah konflik identiti PAS yang masih kabur antara agenda menubuhkan negara Islam atau negara kebajikan... atau membuat keputusan tegas membabitkan kerjasama dengan PAS.
Bagi PAS pula, ahlinya tersepit antara perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam di kalangan golongan ulama dan agenda untuk menawan Putrajaya di kalangan pemimpin muda yang lebih liberal.

Bagi pengkaji politik, ramai melihat Nik Aziz yang disanjung sebagai ulama PAS, terus berdolak dalik berikutan kegagalan parti itu melaksanakan undang-undang Islam terutama di Kelantan. Pendirian tidak tetapnya itu menyebabkan rakyat memandang sinis terhadap kewibawaannya sebagai pemimpin serta ulama dan menganggap ia sebagai permainan atau drama politik.



Jika Nik Aziz ghairah melaksanakan hukum hudud, rakyat juga sebenarnya tidak sabar melihat sejauh mana keberanian parti itu berbuat demikian, khasnya dalam menghadapi kecaman daripada DAP.

Secara terbuka DAP sudah pun menjelaskan pendirian bahawa langkah mayat mereka dulu sebelum PAS melaksanakan sebarang undang-undang Islam, apa lagi impian mereka untuk mewujudkan sebuah negara Islam.

Daripada senario semasa, Nik Aziz tidak lagi mempunyai alasan untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang berkenaan, kerana orang yang disebutnya sebagai penghalang utama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan lagi Perdana Menteri.

Baru-baru ini, Dr Mahathir secara sinis membuat kenyataan terbuka bahawa Nik Aziz tidak perlu lagi teragak-agak untuk melaksanakan hukum Islam di Kelantan.

Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hukum hudud). Pi la tanya Najib, kot dia nak bagi ini. Ini dia dok salahkan saya, kononnya pasal saya (PAS) tak dapat laksanakan hukum hudud, tegas Mahathir

Mungkin dalam hal ini, Najib yang telah bertolak ansur dan memberi pertimbangan serius dalam banyak isu sensitif termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), boleh mengkaji semula surat terbabit dan memberi kebenaran kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk cuba membuat pindaan perlembagaan peringkat negeri.

Nik Aziz perlu diberi peluang untuk melaksanakan undang-undang, kerana kerajaan PAS Kedah di bawah pentadbiran Datuk Seri Azizan Abu Bakar tidak berani mendahului Nik Aziz dan pernah membuat kenyataan untuk melihat dahulu hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Ariffin, pernah berkata dia pernah mendengar sendiri Nik Aziz ketika ditanya mengenai hudud dan menjawab: Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya.

Justeru, sekiranya ditakdirkan Najib akhirnya membenarkan kerajaan PAS meneruskan usaha dalam cubaan untuk melaksanakan hudud di Kelantan rakyat sudah pasti mahu melihat sama ada Nik Aziz dan PAS boleh meyakinkan parti sekutu dan parti pemerintah untuk meluluskan undang-undang berkenaan.

Ia tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam tanpa persetujuan semua pihak atau mendapat sokongan yang cukup dari semua parti politik.

Nik Aziz tidak boleh berkata dia mahu undang-undang hudud dilaksanakan, dia perlu menggerakkan usaha ke arah merealisasikan impian terbabit.

Tapi apa yang pasti ketika ini, pemimpin dan ahli PAS lain sudah pasti pening kerana tidak tahu sama ada mereka sebenarnya masih dalam agenda meneruskan impian untuk mewujudkan sebuah negara Islam, atau sebuah negara kebajikan... hanya Nik Aziz yang boleh memberi jawapannya.

Bagi DAP, PAS ibarat duri dalam daging kerana risiko meneruskan kerjasama dengan parti itu amat tinggi dan sekiranya tidak ditangani dari sekarang sejarah kekalahan terburuk DAP pada Pilihan Raya Umum 1999 mungkin berulang.

APA BEZA WALI SELIPAR LIDAH BEWAK.



Cubalah PAS berhenti jadi bodoh dan belajar menerima kesilapan. Kesilapan pertama kerana menjadikan isu agama sebagai isu politik, kedua kerana cuba mengalih tumpuan kepada pihak lain setiap kali tidak boleh menjawab perkara asas yang dibincangkan.

MCA dan Gerakan tidak bersekutu dengan PAS, sebaliknya DAP. Jadi apa sahaja bantahan oleh 2 pihak ini sepatutnya tidak memberi kesan kepada politik PAS, sebaliknya pulak bila DAP yang buat bantahan. Gerakan dan MCA memberikan pendirian masing-masing yang jelas konsisten, bukan macam PAS. Kejap nak buat, kejap taknak buat, kemudian nak buat balik.

Kenyataan itu pulak diluar konteks politik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS dan DAP.

Dan berbincang tentang hudud ni pun (dalam konteks politik Malaysia) adalah satu pembaziran masa. Yang berjanji pun tak pernah nak melaksanakan walaupun dah berkuasa di beberapa negeri. Kelantan dan Terengganu ada draf, Kedah? Siapa ada dengar pasal draf hudud di Kedah? Seingat penulis tak pernah sekali dibangkitkan soal nak laksana hudud di Kedah, apatah lagi nak buat draf.

Pendek kata hanya modal politik, maklum, pilihanraya nak mula tak berapa lama lagi. Kita dok bincang panjang lebar, siap tuduh sana sini orang sebagai kafir, rupanya, hanya modal PAS nak dapat undi, nak dapat kuasa. Bila menang dan tak boleh nak buat, tuduh perlembagaanlah itulah inilah.

Saturday, September 24

Depa Kata KJ Tak Baguih?????

23/9 Rembau ~ Yang Berhormat Khairy Jamaluddin membantu bersama-sama orang ramai seorang pemuda yang ditimpa kemalangan kerana terbabas ketika menunggang motorsikal untuk ke masjid solat Jumaat. YB KJ yang kebetulan melalui jalan tersebut berhenti bersama rakan-rakan dan mengarahkan Pegawai Parlimennya untuk menghantar pemuda tersebut ke hospital.

ADUN DAP LANGGAR KERETA PEKERJA KILANG.

Lydia ong memakai baju putih.
Ahli Dewan Undangan Negeri Berapit yang menaiki kereta milik kerajaan negeri Pulau Pinang telah melanggar kereta yang dilettakkan ditepi jalan didalam kawasan universiti sains malaysia pada petang tadi.Yang malangnya  nasib yang menimpa rakan kita seorang pekerja kilang dikawasan perindustrian bayan lepas yang datang menyaksikan karnival bola sepak yang disertai oleh rakan beliau.

Lydia ong dengan angkuhnya menyatakan kepada beliau sila laporkan kepada polis kejadian tersebut.senangnya YB DAP cakap dah lah langgar kereta orang dan tidak langsung menunjukkan rasa bersalah.Inikah sifat yang ada pada YB DAP yang memang rasis bila berhadapan dengan orang melayu.Jika kita terbalikkan cerita yang kena langgar kereta beliau dan yang melanggar kereta YB melayu dari BN mesti berlaku pertikaman lidah.fikirlah nasib pemilik yang keretanya dilanggar ini bukanlah orang kaya dari apa yang diceritakkan kepada saya dia mempunyai banyak tanggungan.

Hanya ini saja yang diberikan oleh beliau adakah ini cukup untuk apa yang dilakukkan?

keadaan kereta waja brother nie agak teruk tayar masuk kedalam dan langsung tidak dapat bergerak.Lydia Ong telah menelefon kepada pihak kerajaan  negeri dan pihaknya telah menghantar satu lagi kereta untuk menjemput beliau dan pergi begitu saja.Apakah ini sifat kurang ajar adun DAP nie sungguh tidak bertanggungjawab. 

Laman web rasmi YB nie klik dan sini depa nie berlakon saja nampak bagus tapi hakikatnya bersifat rasis.


Ajing Kurap Lebih Baik Dari Namewee.


Andaikata saya mempunyai wang lebihan RM10, saya sanggup membelikan makanan untuk diberikan kepada anjing kurap di tepi jalan daripada ke pawagam menonton filem arahannya.Ia hanya kerana Musibat nie pernah membuat onar KLIK DISINI

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana pengumuman khidmat awam (PKA) berkenaan masih belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM hari ini, arahan tersebut dibuat hasil pemantauan pematuhan secara rutin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dijalankan SKMM ke atas video karya pemuzik Pete Teo itu.
"Di dalam kes pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo dan atas hasil pemantauan pematuhan secara rutin yang dibuat oleh SKMM, di dapati PKA tersebut belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen. Oleh itu PKA tidak sepatutnya disiarkan di televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan," kata SKMM.
Menurut SKMM, demikian juga di bawah AKM 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan. 

"Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan PKA berkenaan," kata kenyataan itu. 

Antara yang muncul dalam video yang menampilkan 40 personaliti itu adalah ahli-ahli politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, artis tempatan dan ahli sukan. 

Video selama 4.38 minit yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lalu menyeru rakyat untuk keluar mengundi. 

HUDUD ALA NIK WALI SELIPAR.


Salah satu Enakmen dlm Hudud Kelantan ALA Pas...........betul ke liwat tu tak salah? Atau memang Parti Pas ni Parti Amal Sex liwat? Sampai membenarkan perlakuan liwat dan d takrifkan sebagai TIDAK SALAH? .aku bukan buat cerita la. Ni siap ada bukti lagi ni? Memang semua Tok Lebai Kera Pas ni kaki men Punggung ke sampai perlakuan liwat ni d takrifkan TIDAK SALAH? Boleh bawa berbincang .

Mendengar saja kenyataan Nik Aziz itu, maka Lim Kit Siang awal-awal lagi menyambut tegas menyatakan bahawa DAP tidak setuju dan agenda hudud itu tidak wujud dalam persefahaman yang membentuk Pakatan Haram. Justeru mungkin “tersinggung” dengan kenyataan “mursyidul am DAP” itu, Nik Aziz membuat kenyataan bahawa PAS tidak pernah takut untuk DAP keluar dari Pakatan Haram.
Menghalau DAP kerana hudud? Sangat menghairankan! Sebelum ini, Nik Aziz bermati-matian memuji DAP dan menyatakan bahawa parti Kafir Harbi itu kini lebih memahami Islam. Malah, pada suatu masa, Nik Aziz pernah menyatakan bahawa DAP lebih faham Islam berbanding UMNO! Jadi, mengapa pula DAP tolak hudud?


Friday, September 23

Guan Eng tidak patut sabotaj negeri lain



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak sepatutnya memandang rendah dan mensabotaj negeri lain semata-mata untuk menarik pelabur asing ke negeri yang dipimpinnya. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Lim memburuk-burukkan Johor dengan menyatakan negeri berkenaan tidak sesuai untuk pelaburan, akan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Malaysia dan turut memberi kesan kepada negeri lain.

"Jangan memandang rendah, jangan sabotaj dengan perkataan jahat yang niatnya tidak baik untuk menyekat atau menghalang...ini memberi gambaran yang tidak baik kepada Malaysia.
"Ini (memburuk-burukkan Johor) satu tindakan yang tidak sepatutnya," katanya Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan berkata Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang. 

Kenyataan Lim itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Lim sepatutnya sedar bahawa pelabur tidak akan datang ke Pulau Pinang sekiranya tiada sokongan daripada Kerajaan Pusat. 


Malah, beliau berkata Lim juga seharusnya sedar bahawa asas pembinaan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri perindustrian di Malaysia sudah pun terbentuk sejak sekian lama sedangkan DAP baru sahaja memerintah negeri itu tiga tahun lalu. 

"Jadi atas dasar itu sepatutnya tidak ada perasaan bongkak dan sombong pasal dia kata negeri dia sahaja yang paling baik dan negeri lain tidak baik. 

"Ini sikap pembangkang yang bagi saya memang tidak adil. Dia boleh kempen atau promosi macam saya promosi Johor tetapi kalau pelabur kata mahu ke Pulau Pinang, mereka boleh pergi asalkan datang ke Malaysia kerana ia memberi kesan berganda. 

"Kalau pelabur melabur di sana pun (Pulau Pinang), kesannya kepada seluruh negara kerana bila dia eksport, negara dapat tukaran wang asing, peluang pekerjaan turut diterima rakyat dari seluruh negara," katanya. 

MKP kata guan eng nie memang jenis suka jaga tepi kain orang,Orang Penang dah tolak guan eng nie lidah bewak.Sebab tue dok jolok negeri johor pulak.

Thursday, September 22

Malik Kasim Hang Tidoq Kot?


Malik Kasim ADUN batu maung hang lena atau buat bodo lagi pekak kawasan sendiri tak tau nak tengok.sampai macam nie jadinya???Sapa yang salah pulak lepas nie UMNO kot!!!!!!


Kira-kira 200 penduduk di Kampung Batu Maung di sini, hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan lebat kerana kediaman mereka pasti dilanda banjir lumpur yang berpunca daripada projek pembinaan kondominium mewah berdekatan


Masalah itu dikatakan sudah menghantui penduduk sejak enam bulan lalu tetapi setakat ini belum nampak jalan penyelesaiannya. Pada musim kemarau, penduduk pula berdepan dengan masalah debu dari tapak projek, selain batu terpelanting ke kawasan perumahan. 


Banjir lumpur yang berpunca daripada projek yang terletak di atas bukit berdekatan bukan saja memasuki rumah tetapi juga kawasan Sekolah Menengah Batu Maung serta merosakkan jalan di sekitar perkampungan itu.lumpur memasuki rumah yang terletak di kaki bukit, selain melimpah ke jalan raya dan kawasan sekolah. Jalan bertar turut terkopak akibat banjir lumpur serta perparitan yang tersumbat.


Malik itik nie cakap saja pandai kawasan sendiri pun tak terjaga.lulus projek lepas tue masaalah ditanggung penduduk kesian kepada penduduk yang tertipu dengan janji pakatan haprak DAP penang.



Tukar ISA Kepada SOCIETAL SECURITY



Jika ISA mahu digantikan dengan akta baru, akta tersebut perlulah berasaskan konsep keselamatan insan, terutama sekali keselamatan masyarakat. Kerana keselamatan masyarakat adalah membabitkan masalah kaum dan jati diri yang boleh mengancam keselamatan nasional serta kelangsungan negara Malaysia.

Undang-undang keselamatan masyarakat ini wajar berpaksikan Perkara 10 (4) bagi mengawal isu-isu sensitif, termasuk mengenai kebebasan beragama yang termaktub dalam Perkara 11(4), Bahasa Melayu dalam Perkara 152, serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang keselamatan masyarakat ini juga wajar bersandarkan kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang antaranya bertujuan menentang tindakan "menggalakkan permusuhan antara kaum" yang mungkin menyebabkan keganasan di Malaysia sehingga mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat.

Cadangan ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 15 September 2011, bahawa dua akta baru yang akan menggantikan ISA adalah "bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara."

Cadangan ini juga tidak bertentangan dengan prinsip serta amalan demokrasi di Malaysia kerana prinsip ini tidak akan bermakna dan amalan ini akan terancam jika keselamatan masyarakat diabaikan dan keselamatan nasional serta kelangsungan negara tidak dipelihara sepanjang masa.

Hakikatnya demikian sebab negara-negara maju yang kini cuba memaksa negara-negara membangun supaya mengamalkan prinsip hak asasi manusia sejagat dan prinsip demokrasi liberal pun pernah menindas umat manusia dengan dahsyatnya berasaskan kepada warna kulit serta mempunyai undang-undang yang disifatkan kurang demokratik.

Contohnya, Amerika Syarikat (AS) pernah mengamalkan perhambaan serta penindasan ke atas rakyatnya yang berketurunan Afrika dan berkulit hitam. Dalam tahun 1950-an, AS juga mempunyai Internal Security Act (ISA) 1950 yang juga dikenali sebagai Subversive Activities Control Act atau The McCarran Act.

Mutakhir ini, AS mempunyai Patriot Act (Akta Patriot) yang disifatkan sebagai mencanggahi prinsip hak-hak asasi manusia yang dikuatkuasakan demi keselamatan negaranya berikutan tragedi 11 September, di samping melakukan ethnic profiling terhadap umat Islam yang menjadi warganegaranya.

Britain pula mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan bagi menjamin keselamatan negaranya termasuk Broadcasting Act (Akta Penyiaran) 1981 dan 1990 serta Official Secret Act (Akta Rahsia Rasmi)1989.

Maka, rakyat Malaysia tidak wajar terpengaruh dengan konsep kemanusiaan, keadilan dan kesamarataan yang dipropagandakan oleh Barat, khususnya AS. Konsep ini adalah taktik mempengaruhi rakyat asing melakukan pertukaran kepimpinan supaya AS boleh menjadikan negara-negara terbabit sebagai satelit atau proksinya atas kepentingan geopolitiknya di abad ke-21.

Kesimpulannya, setelah ISA dimansuhkan, Malaysia memerlukan undang-undang baru untuk menjamin keselamatan masyarakat atau societal security di kalangan warganegaranya yang berbilang agama, bangsa, sosiobudaya dan tahap ekonomi.

Kerajaan Malaysia perlu menghimpunkan pakar keselamatan negara dan sarjana kajian keselamatan bukan tradisional daripada institusi pengajian tinggi tempatan untuk menghalusi, memperincikan serta menggubal undang-undang ini secara menyeluruh dan berkesan.

Pembentukan undang-undang ini penting untuk mengelakkan masalah kaum dan jati diri sebab masalah ini adalah antara ancaman keselamatan insan yang serius dalam era selepas Perang Dingin, terutamanya di negara majmuk seperti Malaysia.

Wednesday, September 21

Nik Aziz Munafik.




Nik Aziz Wali selipar seperti orang yang munafik lain dimulut dan lain dihati,ini adalah sifat orang yang munafik,Hanya tahu bercakap tetapi tidak dikota dan menyalahkan orang lain.

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.


"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.


Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.Pas dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.


Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008. 


"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul. "Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir. 


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.



Guan Eng Berdepan Saman UMNO.



Semalam adalah hari terakhir bagi Ketua Menteri, Lim Guan Eng memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mengaitkan UMNO Pulau Pinang dengan kejadian kebakaran Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang dan demonstrasi membantah kerajaan negeri yang berlaku pada Ogos dan Julai lalu. 

Sekiranya Setiausaha Agung DAP itu gagal berbuat demikian, UMNO negeri akan memfailkan saman malu sebanyak RM30 juta.

Sememangnya sudah dijangka, Guan Eng tidak akan meminta maaf walaupun beliau mempunyai masa tujuh hari untuk memikirkan semasak-masaknya dan diberi ruang seluas-luasnya untuk mempertimbangkan permohonan maaf serta menarik balik kenyataan itu.
Malah, tidak sampai dua jam selepas peguam yang dilantik UMNO menyerahkan notis tuntutan ke Pejabat Ketua Menteri pada 14 September lalu, Guan Eng menyatakan beliau tidak akan tunduk dan bersedia berjumpa UMNO di mahkamah. 

Guan Eng juga menegaskan beliau sedang melihat kemungkinan untuk mengambil tindakan yang sama ke atas pemimpin UMNO yang didakwanya banyak membuat tuduhan ke atas kerajaan negeri. 

Kini, firma guaman yang dilantik oleh UMNO negeri untuk mengendalikan kes itu sedang membuat persediaan untuk memfailkan saman malu dan dijangkakan dilakukan pada awal bulan depan. 

Selain saman malu, UMNO Pulau Pinang juga membuat laporan polis berhubung kenyataan Guan Eng itu yang didakwa satu fitnah terhadap UMNO negeri dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 499 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Sesungguhnya, UMNO Pulau Pinang tidak keseorangan untuk berdepan dengan pemimpin nombor satu Pulau Pinang itu kerana kepemimpinan peringkat Pusat memberi jaminan akan menghulurkan bantuan, seperti diakui Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Tindakan UMNO Pulau Pinang itu adalah satu keputusan tepat bagi menyelamatkan maruah parti daripada tercalar akibat tohmahan jahat pemimpin pakatan pembangkang yang dilihat berusaha menyemai kebencian serta membentuk persepsi rakyat bahawa UMNO adalah sebuah parti tidak bertanggungjawab. 

“Saya mengalu-alukan tindakan UMNO Pulau Pinang kerana kita bukan parti yang tidak bermaruah. Kita parti yang bermaruah. Kalau ada sesiapa yang membuat tohmahan kononnya UMNO terbabit dalam perbuatan membakar bangunan (Pejabat DAP), ini satu kenyataan buruk sangka dan fitnah. 

“Kalau kita tidak buat apa-apa nanti rakyat percaya bahawa perkara itu betul. Oleh itu, maruah kita kena jaga, tidak kira siapa yang buat tuduhan itu,” kata Muhyiddin yang mengulas perkara itu ketika melakukan lawatan kerja ke Pulau Pinang, Sabtu lalu. 

Sebenarnya tindakan undang-undang yang dimulakan itu sesuatu yang perlu kerana sejak memerintah Pulau Pinang kira-kira tiga tahun lalu, Guan Eng bersama barisan pemimpin negeri sering membuat tohmahan buruk dan menuding jari kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN) dulu. Apa saja masalah yang timbul, BN khususnya UMNO dipersalahkan dan dijadikan ‘budak belasahan’ bagi menutup kelemahan pentadbiran mereka. 

Pada masa sama, pemimpin kerajaan negeri dulu, termasuk bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang kini masih memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, mengambil sikap berdiam diri dan seolah-olah mahu menyorokkan diri walaupun tohmahan yang dilemparkan tiada bukti dan tidak berasas. 

Kalau ada kenyataan balas sekalipun, ia tidak mampu untuk mengatasi tohmahan yang dilemparkan ke atas mereka. Inilah yang menyebabkan Guan Eng dan kuncu-kuncunya begitu berani dan ligat membuat ‘ulang tayang’ tuduhan serta memperlekehkan pentadbiran BN sebelum ini. 

Penafian yang dibuat secara lisan oleh pemimpin BN kepada media serta beberapa majlis bersama rakyat tidak banyak membantu memperbetulkan salah tanggapan rakyat yang mula termakan dengan kelentong pakatan pembangkang. 

Tiga setengah tahun rakyat Pulau Pinang disogok dan dimomokkan dengan tohmahan jahat seolah-olah BN tidak bermaruah serta tidak bertanggungjawab dan kesannnya semakin dirasai sekarang. 

Justeru, saman malu yang dimulakan oleh UMNO Pulau Pinang ke atas Guan Eng serta laporan polis itu boleh membuka mata rakyat dan berfikir bahawa tidak semua yang diucapkan oleh pemimpin kerajaan negeri boleh ditelan bulat-bulat. 

Mat Sabu Minta Derma Depan Mahkakmah.


Pemimpin haprak mat sabu tak cukup duit nak bayar denda sebanyak 15ribu yang dikenakan terhadap beliau.itu yang berlaku di Mahkamah Sesyen pagi tadi apabila kecoh Mat Sabu tak cukup duit. Daripada RM15,000 yang ditetapkan untuk menjaminnya, Mat Sabu 'hanya mampu' menyediakan RM5,000 untuk dirinya. Lagi RM5,000 datangnya dari Toh Kim Woon, bekas Exco Kerajaan Negeri dan RM1,700 datangnya daripada tabung bergerak Unit Amal di Mahkamah Sesyen.


Mat sabu memegang jawatan sebagai pengarah Perbadanan air Pulau Pinang takkan tak bergaji atau Guan Eng dah meluat dengan beliau sampai memalukan pakatan Rakyat yang dok buAT FITNAH sana sini.


Drama murahan ini bertujuan untuk meminta simpati terhadap beliau yang kononnya berlakon duit tak ada lah.Ternyata mat sabu banyak berbohong dan suka menfitnah dan kini berhadap dengan hukuman yang setimpal dengannya.


beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.


Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Kes liwat:Pakar DNA Australia kantoi



Laksana telur mengata timun tidak pandai duduk! Sibuk mengata orang lain kurang bijak, padahal dia sendiri bodoh!

Itulah gambaran paling tepat untuk pakar DNA dari Australia, Dr Brian Mc Donald yang dibawa oleh peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan kes pertuduhan liwat ke atasnya.


Sejak mula memberi keterangan sebagai saksi pembelaan keempat dalam kes itu, Dr Brian McDonald tak sudah-sudah mendakwa dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak cekap, tidak ikut prosedur dan macam-macam lagi dalam usahanya memperkecil dan menjejaskan kredibiliti mereka.

Di Mahkamah Tinggi, pada Selasa, ketika menyoal balas, Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah memulangkan paku buah keras apabila dia mengatakan McDonald bukan seorang pakar kerana beberapa kelayakan yang diperolehinya sudah dipertikaikan di mahkamah di negaranya sendiri serta kaedah yang dipelajarinya ketinggalan zaman.

Yusof mengambil contoh  kes yang dibicarakan di Mahkamah Daerah di Western Australia pada 2007 yang memutuskan bahawa bukti keterangan yang diberikan oleh Mc Donald tidak boleh diterima kerana kelayakannya diragui.

Menurut Yusof, hakim mahkamah berkenaan ketika membuat rumusan, mengatakan dia tidak tahu dari mana atau dari siapa Mc Donald mendapatkan kepakaran mengenai DNA dan molecular genetics.

Yusof juga berkata kelayakan McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah ketinggalan zaman.

Ketika ditanya oleh Yusof bagaimana dia memperoleh kepakaran dan pengalaman, Mc Donald berkata dia memperolehinya menerusi ujian serta analisis serta kerja-kerja yang dijalankannya.

Apabila ditanya bilakah kali terakhir dia menjalankan ujian DNA, Mc Donald menjelaskan dia telah menjalankan sebahagian daripada ujian berkenaan pada 2004.

“Untuk menjadi seorang pakar, awak sepatutnya melakukan ujian secara berterusan,” kata Yusof. – - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL AGENDADAILY.

Guan Eng Bacul Jika Tak Saman BN.



Barisan Nasional (BN) mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya mengotakan hasratnya untuk menyaman bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta syarikat Tropical Island Resort (TIR) berhubung kegagalan anak syarikat Urban Development Authority (Uda) itu membayar lebihan premium tanah berharga RM10.6 juta.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, perkara itu (saman) sudah lama diperkatakan Guan Eng namun sehingga sekarang, tiada sebarang ‘khabar berita’ berhubung kes saman itu.


Hock Nan berkata, Guan Eng dilihat tidak berhenti daripada mengedarkan risalah yang mengandungi fakta tidak tepat kepada rakyat selain tindakan itu hanya untuk mengalih perhatian daripada kelemahan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya rakyat tidak sedar akan hal itu.

“Sebagai kerajaan yang bermaruah, tindakan berkenaan adalah tepat daripada terus menyebarkan risalah yang mengandungi fakta tidak tepat kepada rakyat. Dia sepatutnya tunjuk sikap bertanggungjawab sebagai pemimpin (Ketua Menteri), bukannya seperti ahli politik mentah. Jika dia rasa BN salah, saya cabar dia bawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, samanlah. Namun apa yang berlaku sebaliknya, dia sanggup buat fitnah, guna duit rakyat sebar risalah berbohong.

“Saya cabar Guan Eng saman Tsu Koon dan TIR sepertimana yang beliau selalu sebut. Jika dia mengatakan hendak saman sebab gagal untuk bayar lebihan premium, kotakanlah. Jangan suka-suka sebut dalam sidang media sahaja. Jika dia benar ada maklumat yang sah, kita minta dia buat laporan polis dan kepada SPRM,” katanya kepada media selepas menyertai Program Walkabout Bersama Barisan Pemimpin BN negeri di Pasar Chowrasta semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Loga Balan Mohan berkata, Guan Eng diminta supaya membuat laporan polis dan SPRM jika beliau merasakan BN terlibat dengan perkara yang salah seperti yang diperkatakan dan bukannya mengulangi memperkatakan perkara yang sama.

“Jangan hanya pandai cakap kepada rakyat, BN tidak betul, BN terlibat dengan rasuah dan sebagainya. Jika dia berani, saya cabar dia buat laporan polis dan SPRM. Jangan terus-terus bersandiwara dengan rakyat dengan memburukkan BN.

“Dia cakap BN tipu rakyat, Kerajaan Negeri sebenarnya yang menipu rakyat, dan kita sudah ada bukti iaitu kerugian lebih RM480 juta yang perlu dibayar rakyat Pulau Pinang terhadap perjanjian konsesi Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (Spice). Jangan hanya cakap sahaja, bertindaklah. Kita tidak ada masa untuk melayan semua ini,” katanya.

Mac lalu, Guan Eng mengumumkan bahawa mesyuarat Exco yang diadakan memutuskan untuk menyaman TIR kerana gagal untuk melunaskan bayaran premium tanah yang bernilai RM10.6 juta iaitu nilai keseluruhan tanah 32.4 hektar di Pulau Jerejak itu bernilai RM12.9 juta.

Tuesday, September 20

Lelaki Komunis Terakhir Didakwa.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok mengikut Seksyen 505, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam berhubung kenyataannya kontroversinya mengenai komunis 27 Ogos lalu.


Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan sebuah akhbar sebagai menyatakan dalam ceramahnya di Pulau Pinang bahawa Mat Indera adalah wira sebenar dalam serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, bukannya "polis British".
Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes itu kepada pihak Peguam Negara untuk dipertimbangkan bagi tujuan pendakwaan. 

Sebelum itu, bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengesyorkan tindakan mengikut Akta Hasutan dikenakan ke atas Mat Sabu kerana kenyataannya menggempar dan menakutkan masyarakat, selain Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana membabitkan kenyataan mendatangkan khianat awam. 

LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA.


Sampai sekarang pun tidak ada satu perkara pun yang boleh dicontohi atau dilihat boleh menyamai keupayaan BN memerintah negeri-negeri berkenaan.


Oleh itu tidak payahlah setiap pengumuman yang dilakukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara semuanya pembangkang mahu tumpang sekaki.




Tidak pernah ada satu pun langkah kerajaan BN akan disambut baik dan penuh keikhlasan oleh pembangkang, semuanya pasti diselitkan dengan ''itu semua hasil desakan dan permintaan kita.''


Soalnya, tak kanlah kerajaan BN begitu lemah atau takut sehinggakan apa pun hendak dilakukan harus berpandu apa yang dimahukan oleh pembangkang?


Kalau mahu mengikut apa kehendak pembangkang sudah lama negara ini menjadi huru-hara kerana mereka kelompok yang sering melanggar undang-undang dan bersedia mengadaikan segala-galanya demi merebut kuasa politik.


Malahan jika kerajaan BN mengikut rentak politik pembangkang yang semata-mata mencari populariti untuk meraih undi, sudah lama negara ini terjejas dalam segala bidang.


Apa pun tindakan kerajaan segala-galanya dilakukan berdasarkan pertimbangan yang rasional dan memikirkan secara mendalam kesannya kepada rakyat serta negara.


Kalaulah sesebuah negara ditadbir berasaskan mencari populariti dan meraih undi sudah lama Malaysia menjadi kucar-kacir dan tidak mencapai apa-apa kemajuan.


Oleh itu rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan dakyah-dakyah serta 'politik sapi' pembangkang ini, sebaliknya teruslah memberikan keyakinan kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan Najib untuk menguruskan negara.


Biarlah pembangkang terus dengan mainan politik mereka sehinggakan fakta sejarah pun mahu diubah.


Apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan usaha transformasi politik, ekonomi dan sosial yang dirancang oleh Perdana Menteri mencapai matlamat.


Rakyat perlu diberikan pemahaman mengenai usaha kerajaan itu dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang mahu terus berpolitik dalam apa juga perkara hatta soal keselamatan negara sekali pun.


Lagi pun, percayalah selagi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak berakhir, selagi itulah pembangkang akan terus dengan sikap hipokrit, sombong, bongkak dan tunjuk pandai mereka.

MERPATI DUA SEJOLI MAT SABU DAN ANUAR.18sx


Mat Sabu kini bergelut dengan dakwaan isu rakaman perbualan ‘yang meloyakan’ antaranya dengan Normah Abdul Halim pada tahun 1994 manakala Anwar dengan pendedahan terbaru rakaman CCTV di lif apartmen Ampang yang menguatkan isu video seks dengan pelacur China.
Gelagat ayam sabung PAS ini yang cuba bersilat dan berselindung sebalik  NO KOMEN tentang rakaman suara perbualan seks bagai seorang romeo itu dengan isteri orang telah mencetuskan persoalan besar ke atas kredibiliti dan maruahnya.
Dakwaan hubungan Mat Sabu dengan Normah bukan satu mitos atau cerita dongeng. Mereka pernah didakwa di mahkamah syariah kerana dakwaan berkhalwat di Hotel Perdana. Mereka dibebaskan kerana tidak cukup bukti.
Waktu itu isu rakaman perbualan telefon antara mereka berdua ini tidak timbul lagi.
PAS sendiri nampak macam mati akal berdepan dengan dakwaan skandal rakaman perbualan itu kecuali setakat membuat ‘penafian politik’.
Kata orang kalau PAS mahu menegakkan maruah pemimpin orang nombor duanya secara berhemah ia wajar mencadangkan satu siasatan terperinci secara terbuka tentang dakwaan rakaman itu.
Soalnya adakah PAS berani? Belum dengar ada pemimpin PAS yang bercakap tentang itu setakat ini.
Siasatan terbuka memungkinkan banyak lagi yang terlondeh. Tak gitu?.
Selagi namanya tidak dibersihkan cara yang diyakini, Mat Sabu kena hidup dengan bayangan orang pada adunan wajahnya plus dakwaan suara seksinya yang ‘bercengkarama’ dengan Normah.
Gelagat pembangkang yang biasanya setiap minit mahu suruhanjaya bebas ditubuhkan ke atas apa juga dakwaan yang berbangkit ke atas kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional nampaknya tidak digunapakai langsung ke atas Mat Sabu dan juga Anwar.
Inilah al-kisah cakap tak serupa bikin.
Hakikatnya kalau benar, ini adalah skandal yang sendiri bikin...sendiri syok...tak kira bagaimana sekali pendedahan itu dibuat.
Begitu juga Anwar dan PKR yang terus berkokok mendakwa skandal video seks adalah mainan Barisan Nasional untuk mencemar imenya menjelang PRU13.
Anwar pun tahu kalau (benar) beliau tidak panjat apartmen di Ampang itu tidak ada apa yang boleh direkacipta video sebegitu rupa yang sudah disahkan pakar 99.9 peratus tulin.
Beranikah Anwar berdepan dengan siasatan terbuka tentang dakwaan skandal ini?
Ini bukan dakwaan kosong. Ia lengkap dengan babak seks dan jauh dari itu rakaman CCTV detik beliau dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah naik dan turun apartmen.
Siapa yang berbohong?
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dulu tidak tunggu lama untuk umum letak jawatan selepas video seksnya tersebar.
Beliau sendiri tahu tidak ada gunanya menuduh rakaman itu adalah angkara orang itu atau orang ini kerana...beliaulah orangnya dalam video itu.
Siapa saja yang ada otak dan rasional pemikirannya tahu menilai.
Apapun Anwar tahu sangat apa akibatnya jika angkat bendera putih macam Dr Chua.
Seperti juga Mat Sabu, beliau kini hidup dengan ‘harap-harap’ orang masih tetap tidak percaya apa yang mereka lihat dan dengar.

Sebab itulah dalam reaksinya kepada pendedahan CCTV di lif, Anwar macam sudah habis alasan nak korner kot mana. Paling tidak hanya sanggup kata tidak mahu layan.
“ Buat apa kita layan blog yang diperalat oleh UMNO,” beliau dipetik sebagai berkata.
Semua orang tahu sampai hari ini beliau tidak bertindak saman Datuk Sharzly Eskay Abdullah.
Blogger Papagomo pun patut disamannya sampai terkangkang tergolek.
Hairan sampai hari ini ia tidak berlaku.
Ramai yang bertanya apa yang buat Anwar tidak berani.
Kalau setakat berani macam Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul mendakwa ada orang yang dimakeup macam Anwar untuk beraksi dalam video seks itu sudah macam ‘lawak bodoh’.
Bayangkan penjenayah-penjenayah yang aksi mereka dirakam dalam CCTV ketika melakukan jenayah akan ketawa berguling-guling mendengar kisah orang kuat Anwar ini pergi ke Thailand mencari makeup artis untuk merubah wajahnya macam P Ramlee ‘yang tidak jadi’.
Dr Chua patut sudah ambil idea Johari waktu awal kesnya dulu. Lagipun kualiti rakaman pada videonya jauh lebih kabur berbanding dengan video yang didakwa melibatkan Anwar.
Mungkin Presiden MCA itu tahu dan sedia maklum orang tidak semuanya bodoh untuk diperdaya sebegitu rupa.
Pokoknya sendiri bikin...sendiri tanggung.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive