Monday, August 13

Apa Dah Jadi Senator Datuk Maijol Mahap Lompat?


Lepas satu satu yang nak buat hal kat Sabah nie,Mungkin dah kena batu Merah cincin yang telah dipakai oleh Anwar?Polimik ini mungkin akan berterusan jika tidak dibendung awal.PRU dah semakin hampir Sabah memang deposit kepada BN untuk kerusi Parlimen tapi senario ini mungkin ada sebabnya.DS Najib Razak mungkin ada perancangan yang telah diatur serta setelah kembali dari Sabah  baru-baru ini.Kita tunggu dan lihat apa perancangan PM?
Senator Datuk Maijol Mahap secara rasmi mengumumkan keluar daripada Kadazansun Murut Organisation (UPKO) semalam. 
Maijol membuat pengumuman itu di kediamannya di Kampung, Goshen, Kota Marudu. 
Beliau selain itu menambah lebih ramai lagi pemimpin yang akan mengikuti jejak langkahnya. 


Untuk rekod, senator itu secara rasminya berhenti dari Upko dua minggu lalu, dan kini mengikut jejak langkah Timbalan beliau, Datuk Seri Wilfred Bumburing, yang keluar daripada BN pada 29 Jun. 
Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang keluar parti pada hari itu. 
MP Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin juga mengambil tindakan sama pada hari itu. 
Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat. 
Beliau menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kerajaan Barisan Nasional kerana didakwa gagal untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan lebih daripada sedekad oleh Sabah terutamanya masalah pendatang tanpa izin. 
"Terdapat banyak masalah yang dihadapi dengan masyarakat Kadazandusun dan Murut dan semua rakyat Sabah. 
"Saya telah berjuang dalam Upko selama 14 tahun dan menyuarakan isu-isu ini melalui pelbagai forum.
"Tetapi saya melihat bahawa kerajaan tidak komited dan tidak serius dalam menyelesaikan masalah-masalah ini," katanya. 
"Oleh itu, saya tidak lagi mempunyai apa-apa keyakinan terhadap kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah Sabah dan Malaysia. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive