Saturday, August 4

SeSUDAHLAH TIPU RAKYAT SELANGOR WAHAI KHALID?



MKP setuju jika loji-loji air ditambah di Selangor untuk merawat air mentah yang dikatakan MB dan exconya amat mencukupi. tapi yang lucunya dana RM200 juta hanya akan diberi untuk bina loji jika Pengerusi dan CEO Syabas letak jawatan.

Setahu MKP  membina loji adalah tugas kerajaan negeri. Syabas hanyalah sebuah syarikat yang membeli air dari loji-loji yang diurus oleh syarikat konsesi rawatan air untuk diagih kepada pengguna air. Jika nak jaga kebajikan rakyat, laksanakanlah kerja-kerja tersebut tak perlulah bersyarat pula.

KERAJAAN PKR Selangor telah maklumkan kepada umum penemuan hasil kajian jawatankuasa pemantau yang ditubuhkannya menyiasat isu bekalan air terawat di Selangor.

Sekarang kita juga minta Puncak Niaga, Splash dan Abass kemukakan pula fakta mereka tentang status kerja loji-loji rawatan air di bawah seliaan mereka. Bukannya apa kita tidak mahu mana-mana pihak merubah fakta demi kepentingan politik mereka. Dan kerana agenda politiklah maka suntikan modal kepada operator air yang sepatutnya digunakan untuk tukar paip-paip lama telah dihalang.

Inikah corak kerajaan yang dikatakan mengamalkan konsep negeri berkebajikan? Rakyat Selangor sebagai pengguna tidak suka kepada banyak alasan yang diberikan. Jika loji memproses air kurang, bina loji tambahan; jika loji kecil, perbesarkan loji sedia ada; jika air terawat kurang, sila tambah kapasiti air bersih; jika paip lama sering bocor dan rosak beri dana untuk menggantikannya.

Tiada apa yang mustahil dan susah jika kerajaan negeri yang memerintah benar-benar faham hati nurani rakyat. Jika kerajaan sedia ada masih buat-buat tak faham, elok digantikannya sebelum paip-paip lama digantikan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive