Surat tawaran tersebut disampaikan oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kepada ayah Noramfaizul, Mohd Nor Md Yasin bagi pihak Perdana Menteri di rumahnya di Taman Serdang Raya semalam.
"Hari ini genap setahun kami telah berada di bumi Somalia. Allahyarham berada bersama kami tahun lepas. Jadi hari ini kita adakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Noramfaizul," katanya.
Tawaran mengerjakan haji itu turut dipanjangkan kepada ibu dan adik Noramfaizul, Naemah Abdul Majid dan Nur Najihah.
Noramfaizul, 39, terbunuh akibat terkena tembakan curi di Mogadishu pada 2 Sept 2011 semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia.
Dalam kejadian itu, jurukamera TV3 Aji Sarigar Mazlan turut mengalami kecederaan di lengan akibat terkena serpihan peluru yang menembusi bahu Noramfaizul.
Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata pihaknya merancang untuk ke Myanmar pada 1 Sept ini bagi misi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Rohingnya yang dilaporkan ditindas.
Beliau berkata dana sebanyak RM300,000 telah dikumpulkan sehingga kini untuk tujuan membeli peralatan dan keperluan sepatutnya.
Menurutnya, jaket kalis peluru menjadi antara keperluan utama anggota misi kemanusiaan seterusnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
No comments:
Post a Comment