Wednesday, August 29

LGE KEPALA SUDAH BANYAK BESAR LA?


Pemuda UMNO Pulau Pinang membidas sifat LGE yang semakin "besar kepala" kerana enggan menjawab persoalan2 yang ditimbulkan kepada LGE mengenai skandal skandal yang berlaku di Pulau Pinang. Jelas sekali LGE cuba menutup skandal nya dengan memutarbelitkan fakta dan menuduh pula pihak yang meminta penjelasan. Antara skandal yang masih tidak terjawab sehingga kini adalah Penipuan mengenai jumlah Rumah kos rendah dan sederhana rendah oleh LGE dan Zairil Khir Johari, Skandal Tapak rumah PPR Taman Manggis, Skandal Penjualan Tapak Masjid dan Tapak Sekolah Bayan Mutiara, Skandal penjualan Tanah Kampung Genting, Skandal Mak Mandin Hijau, Skandal Tanah Kg. Pokok Asam, Skandal Kampung Buah Pala, Skandal Perobohan tempat letak kereta "kancil",Skandal penjualan harta milik MPPP,Skandal pembangunan dilereng bukit dan lain-lain lagi.

Apabila LGE mendiamkan diri dan cuba metar belitkan setiap isu diatas, Rakyat mula tersedar bahawa LGE sebenarnya adalah penyanggak Tanah di Pulau Pinang.Sifat mendiamkan diri PKR dan PAS pula membuktikan bahawa mereka hanya pelakon simpanan dalam wayang LGE. Terbaru apabila Skandal Taman Manggis yang mana pemilik rumah LGE dijalan Pinhorn adalah salah seorang pengarah didalam syarikat yang berjaya mendapatkan tender tanah tersebut. Pendedahan yang dibuat oleh pemuda BN negeri jelas menunjukkan bahawa LGE sememangnya seorang yang angkuh kerana enggan menjawab isu berkenaan.LGE nampaknya lebih mementingkan keuntungan Pemaju Swasta berbanding rakyat miskin Pulau Pinang apabila ingin menjual Tanah Taman Manggis dengan harga yang lebih mahal untuk Perumahan Rakyat kepada BN Negeri.

Sikap LGE yang selalu mengungkapkan perkataan "Tender Terbuka" tetapi pada hakikatnya hampir kesemua tender yang dikendalikan oleh CMI tidak memenuhi syarat dan prosedur tender terbuka sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini. Pemuda UMNO PP mencabar LGE melantik badan bebas seperti Lembaga Jurukur Bahan Malaysia untuk menilai samada LGE mematuhi keperluan Tender Terbuka. Jika LGE mendiamkan diri dalam isu ini maka terbuktilah bahawa dia telah mengkhianati rakyat Pulau Pinang dengan Penyalahgunaan Kuasa yang melibatkan unsur Pecah Amanah, Rasuah dan Penipuan.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive