Lim Kit Siang dicabar datang awal di Stadium Bukit Jalil,Supaya dapat duduk depan PM DS Najib Razak.Adakah cabaran ini dapat diterima oleh Lim Kit Siang.Cabaran dibuat oleh
Datuk Seri Rais Yatim menafikan sambutan hari kemerdekaan cuba mengetepikan pemimpin pembangkang dengan tidak menyediakan tempat duduk untuk mereka.Sebaliknya, kata menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, semua pihak yang hadir akan diberikan tempat kerana ia bukan acara untuk orang BN sahaja.
"Kalau Kit Siang datang awal, boleh duduk di depan dengan perdana menteri sekalipun,"
Menurutnya lagi kalau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim datang tempat duduk khas di stadium boleh disediakan.undangan rasmi telah dihantar kepada ketiga-tiga pemimpin utama pembangkang itu.
Memang terbaik jika mereka bertiga datang malam itu, kita bukan nak burukkan atau tengking sesiapa, ini demi masa depan negara kita.
Sebelah pagi juga kita sudah jemput mereka bertiga secara rasminya ke Dataran Merdeka, jangan kata kita tidak jemput pula. Kita alu-alukan semua," katanya lagi.
Apa lagi yang depa nak spin lagi,sambutan Merdeka adalah untuk semua rakyat Malaysia.Usahlah dipolitikan lagi kerana menghargai merdeka adalah lebih baik dari mengomel dan berpolitik mencari kesalahan orang lain sedangkan kita sendiri banyak kelemahan yang perlu diperbaiki...
No comments:
Post a Comment