Kempen itu memujuk penderma untuk menyumbang RM1 kepada tabung berkenaan bagi mencapai sasaran RM250,000.sebanyak RM150,000 daripadanya akan digunakan untuk menampung kos jaminan tahanan, kos pentadbiran guaman serta perubatan.
Sebelum ini pihak BERSIH ada menyatakan kos Guaman terhadap penyokong BERSIH adalah PERCUMA kenapa sekarang mahu kutip derma pulak? musykil dengan kenyataan Pemimpin BERSIH ini,Cakap tak serupa bikin ke?
Sebanyak RM100,000 lagi akan digunakan untuk kempen kesedaran BERSIH dan komunikasi, menurut kenyataan itu.BERSIH mempunyai sepasukan peguam yang menawarkan khidmat guaman percuma untuk sejumlah kes yang dihadapinya.
Seramai sepuluh orang daripada anggota jawatankuasa pemandu BERSIH berdepan dengan tuntutan oleh pihak berkuasa sebanyak RM122,000 bagi kerugian yang didakwa berlaku ketika perhimpunan tersebut.Kerajaan juga menuntut kerugian am, faedah dan deklarasi bahawa BERSIH melanggar Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman.
Kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan taktik politik kotor pihak BERSIH sudah pastinya tidak akan menyokong kempen ini.Taktik mereka hanyalah meyalahkan siapa saja yang menentang agenda politik jahat pemimpin tertentu didalam PKR DAP dan PAS.
MKP Ayat Sempoi : BERSIH ITU KOTOR SEBENARNYA
No comments:
Post a Comment