RAPID

Sunday, May 17

FITNAH MACAM NIE BOLEH DITERIMA ATAU TIDAK.......


Apa nak jadi dengan politik Malaysia sekarang sehinggakan pemimpin yang disegani pun menabur fitnah akhirnya kantoi...

Kalau blogger ambil cerita khabar angin tepi jalan dijadikan cerita MKP tak kisah akan tetapi beliau adalah seorang negarawan lagi... Takkan ambil cerita tepi jalan jugak...

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan yang menggemparkan dunia politik sehari dua ini ternyata tidak benar apabila ia akhirnya dinafikan sendiri empunya badan.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Pandikar antara lain menulis, “Saya akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 mulai pada 18 Mei hingga 18 Jun 2015.”

Secara tak langsung, Pandikar akan mempengerusikan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat yang baharu bagi Parlimen Rompin dan Permatang Pauh pada 18 Mei 2015, selain mempengerusikan sesi Pembentangan Usul Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Perdana Menteri pada 1 Mei 2015.

Berita bahawa Pandikar telah meletak jawatan sebagai Speaker tercetus selepas ia dimaklumkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kepada media dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak petang semalam.

10 comments:

Anonymous said...

nampaknya serangan TDM semakin tumpul... ada beberapa fakta yang agak bercanggah... pihak Najib boleh menarik nafas, tapi percayalah....
apa yang diramalkan oleh TDM akan menjadi kenyataan (insyaAllah)... luka para penyokong umno sangat parah....
Saya dan kenalan lain yang dulunya akan bermati2an membela umno dan menghentam PR, berkempen dalam dan luar blog... kini telah tekad untuk memangkah selain BN atau langsung tidak mengundi... kalau NAJIB dan menteri yang sekarang ini mengemudi PRU... tetap, tetap, tetap.....

Anonymous said...


Golongan Mamak Haramjaddaj yang didokong kuat oleh Mamak Boss Mahathir Mohammed, ini berterusan menabur onar dan fitnah supaya Orang-Orang Melayu membenci Para Pemimpin dari Kalangan Orang-Orang Melayu khususnya PM Najib dan TS Muhyiddin.

Golongan Mamak ini disokong kuat oleh Blogger Kuat PemFitnah spt:

1. Syed - Outsidethe box.
2. Din Turtle.
3. Apanama
4. A Kadir Jasin
5. Zainuddin Maiden
6. Celah Gelegar
7. Putra Merdeka
8. Just Read
9. Minaq Jinggo- Jinggo Photos
10. Mummy Rokiah
11. Another Bricks of The Wall
12. Kluang Diamond - Blogger Binggung yang mencari Identity menumpang Isu-isu utama.
13. Just My Thoughts

Ada juga Blogger-Blogger Melayu di atas yang Banggang, Bebal, Bahalul, Bodoh, Binggung yang tercocok hidung dalam mengikuti dakyah, fitnah yang dipelopori oleh golongan Mamak.

Melayu harus waspada pada Blogger Golongan Mamak yang setiap Hari cuba Melemahkan dan Menjatuhkan Usaha-Usaha yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang majoritinya Orang-Orang Melayu.

Kerajaan Melayu Melaka jatoh ketangan Portugis, bermula era Penjajahan Asing disebabkan Golongan Istana dikuasai dan dikawal oleh Golongan Mamak.

Hari ini, Golongan Mamak menguasai seluruh Pentadbiran Kerajaan Malaysia - Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perbendaharaan Negara, Ketua Polis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Tabung Haji, waimma 1MDB semuanya diterajui oleh Mamak.

Lemahkah Orang Melayu bila mana Semua Jawatan Tinggi Kerajaan diterajui oleh Mamak? Bila lagi Orang Melayu Hendak INSAF???

Ini bukan seruan dan isu perkauman, tapi marilah kita sama-sama berfikir sejenak, wahai bangsa ku orang-orang Melayu.

Melayu bergaduh, menang sorak, kampung tergadai???

Anonymous said...

insyaALLAH....DIBOLAKBALIK HATI OLEH ALLAH ..agar ramai-ramai orang-orang Melayu kembali menyokong Umno...masa depan hanya ALLAH YANG TAHU..KUN KATANYA..maka jadilah ia.

Anonymous said...

Jangan tuduh bangsa Mamak , Cina bagus sangat ke, tak buat fitnah ke? Melayu semua bagus ke? peduli apa bangsa Mamak atau pun Melayu yang penting rakyat nak tenguk kebenaran, asyik keluar TV angkat diri sendiri, apa yang dia buat semua bagus, kalau dia memimpin lagi sah BN akan jatuh, orang dah muak dia serta penasihat-penasihatnya yang putar alam, syok sendiri tak habis.Hanya UMNO saja harapan orang Melayu, nak harap PKR dan PAS lagi teruk, barua DAP.

Anonymous said...

1. TDM berkata benar pandikar berjumpa beliau. Itu telah disahkan oleh pandikar sendiri

2. TFM berkata pandikar tak puad hati dengan dewan. Itu juga disahkan oleh pandikar.

3. Yang menjadi persoalan sekarang adakah pandikar dalam kekecewaannya telah terkeluar perkataan nak telah resign akan tetapi telah menarik balik niat nya itu.

So isu fitnah tak timbul langsung.

Yang boleh jadi fitnah adalah surat palsu.......









Anonymous said...

Saya Melayu. Dalam hal ini saya sokong mamak. Saya tak sokong bugis.

Anonymous said...

Saya pun sama, bugis ni dok asyik perbodohkan rakyat saja. Kalau bugis ni perintah 22 tahun mahu lingkup habis. Tapi, yang paling best masih boleh perasan dia bagus macam Tun M.

Abdul Aziz Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Pemimpin yang benar hendaklah disokong. Jangan terlalu emotional tentang bangsa. Berfikir secara rational. Allah tahu niat kita masing2. Apa salah Najib yang boleh dibuktikan? Kesalahan Mahathir telah dapat dibuktikan oleh Tunku Abdul Aziz iaitu menyalahguna kuasa menggunakan Petronas untuk menyelamatkan syarikat anak2nya dan memperkembangkan business anak sehingga menjadi billionaire. Mahathir boleh dipenjarakan sekiranya siasatan dibuka semula. Tapi lets bygone be bygone.

Sebelum kebangkitan empayar Kublai Khan, Genhiz Khan dan seangkatan dengan, Suku kaum di Mongolia gemar membunuh ketua (Khan) mereka. Lalu Hulagu Khan memperkenalkan undang2 hukuman bunuh terhadap sesiapa yand membunuh Khan mereka. Hasil dari ini Mongolia berupaya bersatu menjadi kuasa ketenteraan yang amat kuat dan empayarnya tersebar sehingga berjaya menewaskan Kerajaaan Khalifah Islam terakhir iaitu Uthmaniah. Pengajaran dari ini ialah sokonglah pemimpin. Jika kita bersatu kita boleh menawan dunia (maksudnya memimpin dunia). Apa guna berpecah belah. Silap-silap Guan Eng pun kita tak boleh lawan. Contohnya Melayu Pulau Pinang. Walaupun Muslim sama ramai dari non-muslim tapi Melayu dibuli dan dianaktirikan.

GST mungkin sedikit pahit tapi berupaya memperkasakan ekonomi Malaysia dalam masa dua tahun. Sekarang ada masalah teething problem sikit. Bersabarlah. Pelabur mahu melihat dasar fiskal ekonomi yang menyakinkan sebelum melabur. Apbila ekonomi negara teguh, banyak peluang pekarjaan dapat diwujudkan untuk anak cucu kita. Gaji kakitangan awam akan dinaikkan, gaji minimum akan dinaikkan, BRIM akan dinaikkan, Projek pembangunan luar bandar dapat ditingkatkan dan bermacam2 lagi yang boleh dibuat kerajaan sebenarnya.

wan jamak said...

sekarang dah tahu sapa bohong.. Tun M tu bukan budak2 macam anuwar, najib etc yg kaki kelentong.. apapun yg dia buat adalah utk memastikan BN?UMNO tetap menguasai malaysia walaupun selepas dia tak da. hanya org yg kurang akal dan berpandangan sempit shj yg tak dapat menafsir perkara2 ,macam ni..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive