RAPID

Thursday, May 14

PUAS HATI KORANG BILA MENANG SORAK.... Isu TRX


Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

"Anak Kecik Main Api" dicipta oleh anak muda yang sayangkan bangsanya. Walaupun ianya tercipta secara sepontan melalui petikan gitar di tepi jalan namun setiap liriknya membuatkan orang melayu menitiskan air mata bila mendengarnya...Akan tetapi ada jugak yang masih menganggap lirik tersebut sebagai perhiasan semata-mata....

Jika bukan kerana ada pengkhianat dedah isu sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dibeli anak syarikat Tabung Haji, TH Properties Sdn. Bhd., kaum Melayu pasti bangga ada aset hartanah mewah di kawasan elit itu.

Segalanya ikut rancangan, malah patuh syariah, bersih urus tadbir korporat dan tiada konflik kepentingan, malangnya tanah ‘bernilai emas’ itu terpaksa dijual semula kepada pihak ketiga dengan untung cuma RM5 juta.


Sebenarnya itulah harga terpaksa dibayar hanya kerana ada pihak bodoh pelaburan hartanah tiba-tiba jadi pakar dan hasut masyarakat Melayu membantah usaha subsidiari Tabung Haji beli tanah demi kepentingan umat Islam.

Jika di Palestin, mufti Al-Aqsa terpaksa fatwa wajib orang kaya Islam beli hartanah di bumi tandus itu walaupun daripada Yahudi atas faktor strategik, di Malaysia pula terbalik: tanah digadai kerana mainan persepsi politik.

Dek kerana mahu rakyat termakan dakyah kononnya firma pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai teruk bermasalah, apa saja isu ada kaitan dieksploitasi agar rakyat ‘benci’ dengar nama 1MDB.

Hari ini, satu lagi berita mengenai TRX dilaporkan apabila pemaju induknya, 1MDB Real Estate mengumumkan kejayaan menjual sebidang tanah di kawasan itu kepada pemaju hartanah terkenal dari Indonesia, Mulia Group.

Bagi yang belajar strategi perniagaan dan kenal syarikat tersebut, berita ini sebenarnya ibarat kisah malang Pak Pandir menang sorak tetapi kampung pula tergadai.

Bahkan bagi yang hafal lagu patriotik Warisan karya Tan Sri Nordin Kardi, bekas ketua pengarah Biro Tata Negara; berita itu menyerupai bait: Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesamalah kita.

Berbalik kepada cerita Mulia Group, syarikat itu cukup disegani di Indonesia dengan projek hartanah berprestij termasuk kompleks beli-belah terbesar di rantau Asia tenggara, Taman Anggrek Mall di Jakarta Barat.

Jangan lupa Mulia Group dikagumi dengan tujuh menara pejabat ikon di ibu kota Indonesia itu antaranya Wisma Mulia, bangunan pertama di Asia dan kedua di dunia menerima anugerah berlian 5 bintang bertaraf antarabangsa.

Ironi, pemilik syarikat yang ditubuhkan sejak 1970 itu bukanlah Muslim, Eka Tjandranegara atau nama Cinanya, Tjan Kok Hui dan termasuk dalam senarai orang terkaya di Indonesia, yang pastinya dikuasai bukan Muslim.

Bersama tiga saudara; Tjandra Kusuma (Tjan Boen Hwa), Gunawan Tjandra (Tjan Kok Kwang) dan Djoko Tjandra (Tjan Kok Hwa), Mulia Group pada asalnya perusahaan pembuatan seramik, logam dan kaca lebih 40 tahun lalu.

Wisma Mulia 1 dan 2 di Jakarta, Indonesia. Ia kemudian berkembang pesat sehingga mampu dieksport ke 50 negara sebelum menyertai Bursa Efek Indonesia pada awal 1994 dan akhirnya terlibat aktif dalam projek pembangunan hartanah termasuk pejabat dan hotel.

Hari ini, Mulia Group berjaya melebarkan sayap di Malaysia, projek hartanah yang pertama di luar negara ketika umat Islam di negara ini pula lebih sibuk ‘bising’ isu pembelian tanah kontroversi TRX oleh TH Properties Sdn. Bhd.

Sekali lagi, di manakah maruah orang Islam di Malaysia yang lebih rela membiarkan orang asing berebut-rebut beli tanah ‘emas’ di ibu kota Kuala Lumpur sedang kita gigit jari melihat hasil mengalir ke tangan yang lain.

8 comments:

Anonymous said...

Patutnya kerajaan jual tanah tue kat glc bumiputra dengan harga yang IMDB dapat..tanah terpelihara dan menguntungkan pihak glc tersebut.

Anonymous said...

Sepatutnya 1mdb yg diamanah atas tanah yg dijual murah kepada mereka utk memajukan nya.hutang bertambah Hasil tiada.Admin xperlu menyalahkan org lain.simple matematik

Ted Manoff said...

Lu demam Ketum lagi ke?

Anonymous said...

Nasi dah jadi bubur..padan muka..elok elok tanah tu kat TH gatal nak bising bising..janji ko punya deposit tak hilang sudah campur dividen lagi..lantaklah TH nak melabur ke nak bina bangunan ke , itu hak orang meniaga..yang kalut meroyan kata duit hilang tu nape..padan muka pembangang pembangan yang kutuk TH..

Anonymous said...

Harap ini episod terakhir Melayu menganiayai diri sendiri dan org Melayu lain yg baik. Mudah2an yang akan datang x buat camni lagi. Serahkan bab pelaburan ni pada THP. Mereka lebih tahu dan buangkan prasangka buruk terhadap mereka.

Anonymous said...

1mdb tegah kalut nak jualmtanah cepat2....along2 dah minta hutang..yang menggadai tanah trx ni 1mdb.salahkan tabung haji dan pendeposit kenapa?harap trx tak kemana.

Anonymous said...

apa guna evaluator tanah tersebut menilai tanah tersebut kepada rm194 juta? apakah evaluator nilai ikut suka hati mak bapak mereka je? Tabung haji dpt membeli tanah yg hampir dengan nilaian pasaran hartanah malah lebih murah dari tu.... nak beli tanah xkan nak ikut harga asal lak? ilmu mana yang kamu belajar tu?

kenapa tak suruh je 1mdb tu jual kat syarikat indon dgn harga asal gak? atau nak suruh lagi mahal dari nilaian pasaran semasa? adil ke begitu?

Anonymous said...

1mdb real estate adalah master developer di trx... paham tak maksud master developer... kalau tak paham pergi masuk sekolah belajar balik. Jangan tunjuk kebodohan melampau ko tu

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive