Sunday, August 16

MENGAPA MEMBISU..... BACUL ATAU "PLAY SAFE"


Pemimpin UMNO di semua peringkat perlu berani berdepan dengan rakyat untuk menjelaskan secara berfakta mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sekarang ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersendirian mempertahankan dirinya dari serangan pelbagai penjuru oleh musuh parti dan orang dalam UMNO sendiri.

Katanya, pemimpin di peringkat negeri, bahagian dan cawangan diam menyepi diri seolah-olah tidak ada pengetahuan mengenai isu itu setiap kali parti dan pucuk kepimpinan diserang, ditohmah serta difitnah.

“Jika tanya saya, memang saya kecewa dan kesal dengan sikap membisu kebanyakan pemimpin UMNO. Mereka seperti takut untuk memberi penjelasan dan menangkis serangan musuh.

“Saya baca blog, saya tengok media sosial seperti facebook. Semuanya negatif dan menghentam Perdana Menteri dengan isu RM42 bilion wang 1MDB dan derma RM2.6 bilion,” katanya.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, berikutan serangan bertubi-tubi pihak tidak bertanggungjawab terhadap 1MDB dan ke atas peribadi Najib, menyebabkan pelabur luar takut datang membeli tanah atau menanam pelaburan di negara ini.

Jelas beliau, memang wajar pelabur luar takut kerana hampir setiap hari mereka disogokkan dengan laporan negatif mengenai 1MDB.

“Di mana pemimpin UMNO peringkat akar umbi ketika Presiden parti dan negara diserang?

Sedangkan mereka ada akaun facebook, twitter dan instagram. Kenapa tidak ada sebarang penjelasan positif membela serta mempertahankan kepimpinan parti?

“Saya rayu kepada semua mereka, marilah kita sama-sama bersatu hati. Kita ceritakan kebaikan 1MDB dan apa yang 1MDB telah bantu rakyat selama ini,” katanya.

Mengenai tindakan beberapa ahli UMNO mendesak Najib supaya berehat atau bercuti, Abdul Azeez berkata, mereka boleh membuat teguran itu, tetapi seharusnya melalui kaedah atau saluran yang sesuai.

“Teguran yang membina boleh, tapi mesti mengikut kaedah atau saluran yang sesuai, tidak boleh main ‘tembak’ saja,” katanya.

Ditanya kes 1MDB yang semakin berkecamuk, beliau menjelaskan Najib telah memaklumkan dalam masa enam bulan ini akan menyelesaikannya.

Katanya, berilah peluang itu kepadanya, kenapa perlu diserang lagi.

38 comments:

Anonymous said...

Ptuiiiiii

jgn jadi bodoh!!! said...

TAHNIAH ARTIKEL YG BAIK DARI KAKI JILAT JIBBY!!

jgn jadi bodoh!!! said...

TAHNIAH ARTIKEL YG BAIK DARI KAKI JILAT JIBBY!!

jgn jadi bodoh!!! said...

TAHNIAH ARTIKEL YG BAIK DARI KAKI JILAT JIBBY!!

Anonymous said...

cakap dengan azeez tu.

orang marahkan najib dan penjilat penjilat dia. bukan UMNO.

Unknown said...

HIDUP DATUK SERI NAJIB.... TERUSKAN BERJUANG UNTUK AGAMA . BANGSA DAN TANAH AIR. JANGAN DILAYAN NYAMUK-NYAMUK YANG DEGIL NI..... TAKDAK FAEDAHNYA. LU SEMUA INGAT PM NAJIB GIGIL KER DENGAN SITUASI SEKARANG NI..... ANAK SULUNG TUN RAZAK TU BEB..... SEWAKTU AYAHANDANYA MENINGGAL DUNIA RAMAI ULAMAK-ULAMAK SUFI DI N.SEMBILAN YANG MENANGIS....... JANGAN GIVEUP DATUK SERI SAYA SEORANG MANUSIA KERDIL DARI HULU NEGERI SEMBILAN TETAP BERDIRI MENYOKONG KEPIMPINAN DATUK SERI.......

Unknown said...

YOU NI TAHI AYAM KER......

Unknown said...

IKUT HATI MATI,
IKUT RASA BINASA,
IKUT NAFSU LESU,
IKUTLAH AKAL......IKUT AKAL KEKAAAAL......INSYA ALLAH

Anonymous said...

Salam, suku sakat rosmah dari jelebu tu yang menyokong sangat sampai menyebut ulama sufi mungkin rosmah mengamal tarikat masuk suku

Anonymous said...

Apa yang nak dihairankan amalan dan doktrin komunis sedang bermaharaja lela dalam media sosial.

Mereka ini adalah balaci balaci Parti Chauvanis Cina yang sedang bergerak memporak porandakan kepimpinan Melayu. Mereka bila masa sahaja boleh wujud sebagai Pak Dolah, Minah Bidan, Nor Azizah hanya untuk mengutuk dan memecah belahkan orang Melayu.

UMNO tetap teguh dan lambang anak Melayu. Sehebat-hebat PKR, DAP maupun PAS TONGKANG mereka telah PECAH berkecai dilambung gelombang Selat Melaka. Banyak diantara anjing-anjing mereka sedang berpaut pada serpihan-serpihan papan tongkang untuk menyambung nyawa.

Itu pun penyokong-penyokong mereka ada hati nak melalak pada Najib dan UMNO / BN. Pi balik tonggek kat Anwar.

jgn jadi bodoh!!! said...

Katanya, duit "derma" rm2.6 billion (konon untuk dana pilihanraya) tu, hampir semuanya dipindah ke Singapura.
Tak tahu pula, PRU13 dulu tu buat kat singapura.

Anonymous said...

Suruh je perwakilan umno yg ada 3 juta mengunfi samada Dsn layak ke x layak..jgn dok kata nak guling2 kerajaan.Ada berani?

Anonymous said...

Kebenaran akan menang.insyaallah.sape2 nk jilat ker.fitnah ker.ikut suker ler.sy hanya berserah pada Allah.

Anonymous said...

Habis kau tu jilat siapa? Anwar atau Lim Kit Siang. Kalau Anwar OK juga kerana dia cebok. Kalau Lim Kit Siang rasalah pekat tengek keringnya.

Anonymous said...

Saya rakyat biasa juga sokong Najib. 1MDB tu walaupaun berhutang tapi ia adalah untuk beli aset bukan untuk benda lain. Dan benifitnya juga untuk rakyat. Antaranya IPP 1MDB adalah untuk kekalkan harga elektrik diparas yg rendah dan munasabah. 1MDB pun ada hantar rakyat pergi haji 1,200 orang setiap tahun dan macam2 lagi. Najib juga berjiwa rakyat dengan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat yg mana ini x pernah dilakukan di masa2 lalu. Inshallah, Allah bersama dengan orang yg sabar dan benar.

jgn jadi bodoh!!! said...

Katanya, duit "derma" rm2.6 billion (konon untuk dana pilihanraya) tu, hampir semuanya dipindah ke Singapura.
Tak tahu pula, PRU13 dulu tu buat kat singapura.

jgn jadi bodoh!!! said...

Katanya, duit "derma" rm2.6 billion (konon untuk dana pilihanraya) tu, hampir semuanya dipindah ke Singapura.
Tak tahu pula, PRU13 dulu tu buat kat singapura.

Anonymous said...

Tak usahlah harapkan pemimpin Umno,tak ramai dikalangan muka yg ikhlas dan jujur.Mereka pun tak tahu hal sebenar berkaitan dgn 1MDB dan tak mampu juga berfikir secara logik.Aku respek beberapa orang je pemimpin Umno yg nampaknya jelas pendirian mereka,yg lain sekejap kesana sekejap kemari.

Bagi aku 1MDB tak ada pun isu politik ,yg ada hanya isu perniagaan.Hutang tinggi dan business masih di peringkat awal,jadi cash flow memang bermasalah sikit.Nak kata 1MDB hilang 42billion atau 27 billion itu,langsung tak masuk akal.Kelau percaya dgn itu,sama lah juga kita percaya david Coperfield benar-benar mebghilangkan menara berkembar Petronas.,langsung tak masuk akal.Tak perlu akuntan nak menafikan tomahan tersebut,cukup gunakan akal.Nilai 42 billion bukan kecil,boleh ke auditor terlepas pandang ,begitu juga nilai 27 billion.Kalau kita percaya assaet bernilai 16 billion saja tapi dapat pinjaman 42 billionnampak benar juga kita ni bodh piak.cer pergi bank ,minta pinjaman utk beli rumah 200,000 tapi beri cagaran kerte protosaga 30 ribu je ,boleh dapt ke.Itu baru nak pinjam 200 ribu.Kalau pinjam 42 billion, peminjam lagi lenient ke,duit 200 ribu lebih kecil dari 27 billion?.atau peminjam s yg di atur oleh bank luar negara tu lebih bdoh dari bank tempatan yg usruskan pinjaman perumahan.?.Logik ini pum pemimpin Umno tak boleh fikir.

Anonymous said...

Tak suka pun najib tpi benci lgi kat org2 dlm Dap dn frens. Dap tu aku anggap musuh sebab sentiasa ungkit isu bumi bumi bumi . bangsa yg xtau bsyukur. Nenek moyang merempat dtg cni pas tu dh hidup senang dengki kat bumi. Aku ade tahap sabar.

Anonymous said...

RBA anjing dapig "jangan jadi bodoh!"

Anonymous said...

Ahli UMNO berhentilah fikir macam2, yg penting adat berjemaah mesti ikut Imam, inshallah sah sembahyang. Imam UMNO adalah Najib. Bukan Tun, apatah lagi Lim Kit Siang.

Anonymous said...

najib songlap sorang sorang...bila pecah lobang ko suruh umno depend dia...lu dah kenyang lu pandailah cari jamban...takkan aku nak ikut masuk jamban tunjuk lobang taik...

Anonymous said...

Dulu masa tdm buang nuar, suma org benci tdm.Masa menentukan yg tindakan tdm betul n tepat.Bezanya dulu bkn era smartphone.Klu tidak, teruk tdm.
Aku pun tak gemar cara najib tapi yakin 1mdb dlm landasan tepat setelah penjelasan arul.Tdm sebenarnya lbh bnyk korbankan wang rakyat utk slmtkan syarikat dan jumlahnya klu dikumpul melebihi rm100 bil.Setakat ini 1mdb blm terdesak utk mggunakan wang rakyat krn selesaikan hutang mrk.Jika 1mdb brjln dgn lancar dan tepat..mgkin dlm 10 tahun boleh mgdtgkan perolehan melebihi rm180 bil.Baguslah 1mdb sentiasa 'dipantau' oleh ahli umno n pmbangkang agar mrk bekerja dgn telus tanpa penyelewengan.
Mengenai usd700 juta yg diterima sblm pru13...klu ia digunakan utk parti dan bn, kita cuba yakini tindakan pm.Pkr terima usd400juta n dapig terima usd300 juta dpd yahudi kita langsung tak kesah.Tak heran banner tokong n anwar sebesar gelanggang bola tampar krn dana mrk juga cukup lumayan.Lihat dapig, mampu gunakan dana tersebut utk mggerakkan kempen mrk krn tanpa duit mrk tak mampu buat apa2,Blm lagi sumbangan2 taikun2 cina di dlm dan luar negara.
Harapan agar kita semua bertenang dan bersabar.Najib bukannya akan bertahan lama, yg bertahan adalah parti.Cuma jgn biarkan presiden berdepan cabaran seorg diri.Klu meluat sekalipun, tunggulah pemilihan parti.Jgn dikutuk dan dihina krn ia langsung tak membantu.

Anonymous said...

Bercakap tanpa usul periksa...dosa kering jer cai!!

Anonymous said...

Setuju!!!
Dapigs ada masalah dalaman...mrk pandai selesaikan.
Umno..ada????
Tggu jer pemilihan...

Anonymous said...

Bila ada ura2 ganti najib aka pm.Isu 1mdb ni lah jadi sandaran mrk utk tikam najib dari belakang.Tambah lagi bila puak tun dpt maklumat palsu yg diubah suai swk report bersama dgn pmbangkang..apa lagi..hentamlah!!!
Mmg, pihak 1mdb dan najib pun biol krn dokumennya sebijik tetapi telah diubahsuai oleh mrk sehinggakan sukar utk mrk jelaskan kpd rakyat.Terlalu hebat utk melakukan fitnah era IT nie.Mujur dalangnya telah ditangkap di Siam.Klu tak, rakyat akan tetap berpegang pada swk report dan wsj yg tidak digemari langsung oleh rakyat amerika sendiri.
Tahniah kpd en arul yg telah bersusah payah menjelaskan ttg 1mdb.Dan terima kasih krn pernah menyumbangkan bantuan 1mdb kpd pibg kami dan jemaah haji kpg kámi.

Anonymous said...

Macai,
Sekurang2nya najib ada maklumkan pada tpm @ tsmy ttg wang tersebut.Dan najib pernah jelaskan ia utk parti dan bn.
Tanya ko lah...bapak ko dpt gaji bulan2...pernah ker dia beritahu dgn ko cai????Mana pegi wang gaji tersebut???Dia makan sorang ker????Hehehe..dan berak sorang2 ker???

Anonymous said...

Nak terangkan macamana sedangkan mereka pun tak tahu perihal duit 2.6b tu sama macam TSMY sedangkan dia orang nom2 dalam amno. Jadi lebih baik diam daripada memperlihatkan kebodohan diri macam Rahman Dahlan ,Salleh keruak & Nazri aziz.

don said...

anon 8:02 memang la mak bapak atk bagi tau gaji diorg belanje kemane, sebab tu duit GAJI diorg! 2.6bill ni duit gaji najib ke? kate duit amanah! kalau duit dalam akaun amanah ene la bagitau! kalau tak kemane amanah dalambende nih? pemimpin umno semue membisi sebab diorg tahu kalau bukak mulut pon tak boleh jawab keresahan rakyat! kalau jawab memang mkan diri sendiri sebab jawapan sepatut dari presiden sendiri tapi presiden pon tak boleh jawab!

Anonymous said...

Sebelum pemilihanlah patut kita tetapkan pendirian untuk singkirkan dia sebab dia takkan berundur dgn hormat.

Demi maruah dia sendiri, baik dia berundur.

Anonymous said...

duit diberi kat najib... duit dari dermawan... bukan duit mak bapak korang... dah disahkan bukan duit 1mdb... bukan duit rakyat... korang pahamkan ini dulu... kalu duit tu najib songlap pun.. ape pasal korang yg dengki... dermawan tu ada bagitau korang ke duit tu kena bagi2 kat korang semua... bukan nye hak korang yg dok sebok ni... kalu betul le najib songlap duit tu... najib yg pecah amanah kat dermawan tu... kalu dermawan tu tak redo ke atau dia nak saman ke tu hak dia... duit dia... korang yg mengelatat sgt ni ngape.... yg dok tuduh najib tu ada bukti ke... korang rasa le kalu najib tu pecah amanah tu antara dia ngan tuhan .... katakan lah dermawan tu redo... dia benarkan ape pun najib buat dia tak kesah pun... haa camne korang... tak yah le nak memandai atas sesuatu yg korang pun tak tau hujung pangkal ni.... dapig tu kapir.. dah jelas dah... pkr tu munafik... dok sokong comango... lgbt tu kira hak asasi manusia... anuar yg cakap dia tak kisah pun kecendurangan sex sesaorang asal jgn dibuat kat khalayat ramai... tutuh bontot jantan lepas tu disuruh nye solat.... camni ni punye pegangan agama korang nak ikut ke... pemimpin pkr tu penipu... si sepat kering tu penipu pasal jam omega... laki dia tutuh pelacur cina ... dia dok cuba sembunyikan... konon jam omega ada kat dia... anak dia tu pun penipu... mengaku menipu masa lawan raja non chik.... sorang yg mengaku org melayu pun berhak utk memilih agama sendiri...
hal najib ni semuanye korang dengor dari org kafir... org yg tidak boleh diterima sebagai saksi... entah le korang ni...

Anonymous said...

Semua fikir tentang 2.6 billion, mana bunganya. Untuk sebulan pun byknya interest. Masuk akaun peribadi, interest pun sendiri punya kot.

paktam said...

Azeez penghianat agama islam dengan merosakan TH dan orang Mekayu.

Anonymous said...

Betul tu 11:37PM saya sokong. Najib sendiri cari duit itu di Timur Tengah dan menyakinkan penderma tersebut. Kalau bukan Najib yg jadi PM, belum tentu RM 2.6 bilion tu masuk ke Malaysia.

Anonymous said...

Mcmana nk tolong najib,,,cerita 1mdb pn dorg geng2 umno xpernah dgr...
Tup tup MELETUP cerita...
Najib buat prjek sorg2 jd bile kena jwb lah sndri...
Masa nk wt 1mdb ad ke nk SHARE dgn org???

Unknown said...

Tak kiralah...apa apa pun Najib tetap akan ditumbangkan oleh sebab dirinyer sendiri.

acdc said...

Surah Aal-e-Imran, Verse 28:
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.


via iQuran

acdc said...

Surah Aal-e-Imran, Verse 28:
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.


via iQuran

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive