Tuesday, August 2

TUN MAHADIR BERBOHONG.......?


Tun Mahathir telah memburuk-burukkan Datuk Seri Najib Razak berkenaan 1MDB. Beliau berbohong dengan mengatakan “Semasa saya menjadi Perdana Menteri, seingat saya, saya tidak pernah meminjam RM1 bilion”.

Hakikatnya, pada awal tahun 1980-an, Tun Mahathir pernah terlibat dalam satu perdagangan penuh spekulasi dengan menggunakan sebuah syarikat RM2 yang bernama Maminco Sdn Bhd.

Syarikat Maminco Sdn Bhd digunakan untuk membeli kontrak masa depan timah dan mengumpul stok komoditi. Semua urusan dijalankan secara rahsia dan bertujuan untuk mengapung harga komoditi tersebut di Bursa Logam London, pusat dunia untuk perdagangan industri logam.

Bagi membiayai skim tersebut, Tun Mahathir telah membantu Maminco untuk mendapatkan pinjaman RM1.5 bilion dari Bank Bumiputra. Tiada siapa tahu nilai sebenar pinjaman yang dibuat oleh Tun Mahathir. Perbandingan dengan nilai hari ini tahun 2016, ianya dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM7 bilion, atau mungkin 7 kali ganda lebih daripada nilai yang dinafikan oleh Tun Mahathir.

Rancangan Tun Mahathir pada permulaan urus niaga berjaya dan menyebabkan harga bijih timah meningkat. Ianya telah memberikan keuntungan kepada Maminco, namun tidak kekal lama. Tekanan permintaan menyebabkan peningkatan pengeluaran bijih timah dan memaksa AS melepaskan simpanannya.

Apabila harga bijih timah jatuh, Maminco berdepan kesukaran untuk membayar pinjaman. Hal itu memaksa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terlibat dalam satu lagi konspirasi.

Beliau membenarkan jualan ‘saham bumiputera terpelihara’ yang baru pada nilai par kepada Makuwasa Sdn Bhd, satu lagi syarikat RM2 yang baru ditubuhkan.

Makuwasa Sdn Bhd dijadikan sebagai perantara pelaburan bagi KWSP, semua saham yang dibeli terdiri daripada saham yang dipesongkan daripada dana simpanan untuk menyelamatkan Maminco. Semua urusan dijalankan secara rahsia dan hanya diketahui oleh Tun Mahathir dan beberapa orang kepercayaannya.

Makuwasa pula telah menjual saham tersebut pada harga pasaran untuk dapatkan margin, di mana sebahagiannya disalurkan oleh Tun Mahathir kepada Maminco Sdn Bhd untuk menebus kerugian yang dialami di tangan spekulator Amerika Syarikat.

Jadi, Tun Mahathir bukan sahaja memainkan peranan dalam perdagangan spekulatif, malah beliau begitu bijak menggunakan dana yang sepatutnya digunakan untuk bumiputera, bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang mempunyai tunggakkan pinjaman Bank yang sangat besar.

Skandal Makuwasa-Maminco bukanlah yang pertama kali untuk dana awam digunakan dalam perdagangan spekulatif oleh Tun Mahathir.

Pada pertengahan tahun 1980-an, mantan Perdana Menteri itu terlibat dalam perdagangan mata wang spekulatif melalui Bank Negara Malaysia dan menyebabkan bank pusat muflis hampir sedekad kemudian.

Semuanya bermula pada tahun 1985, apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan penyusutan rizab pertukaran asing bernilai sekitar USD5 bilion. Kemerosotan secara tiba2 itu berlaku semasa perjanjian yang dipersetujui oleh pemimpin2 negara G-5 ketika tu di Plaza Hotel New York. Perjanjian tersebut membawa ke arah langkah perlindungan oleh Amerika Syarikat, yang sengaja menurunkan nilai mata wangnya sebanyak lebih kurang 50% bagi mengurangkan kerosakan cagaran antara rakan perdagangan strategic.

Bagi menebus kerugian, Tun Mahathir bersekongkol dengan Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein untuk merampas pasaran mata wang dengan membuat spekulasi ke atas mata wang utama global. Bank pusat dikatakan telah bergantung pada maklumat yang diperolehi daripada bank2 pusat yang lain untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek daripada perbezaan kadar faedah dan perubahan kadar pertukaran.

Tan Sri Jaffar mencetuskan aliran rentas sempadan ‘hot money’ dan berjaya membuatkan bank2 pusat yang lain mengikutnya. Tan Sri Jaffar telah melakukan sesuatu yang luar biasa dengan jayanya dalam pasaran pertukaran wang asing di bawah pengawasan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

Negara-negara Asia secara tidak langsung mengiktiraf Tan Sri Jaafar sebagai perintis dalam pasaran pertukaran mata wang, di mana semua bank di rantau ini mengambil petunjuk daripadanya.

Pada tahun 1990, ketiga2 mereka Tun Mahathir, Tun Daim dan Tan Sri Jaafar membuat keputusan untuk terjun dalam paun sterling British dengan menjual matawang tersebut dalam jumlah yang besar. Langkah tersebut dikira bertepatan dengan perjanjian yang ditandatangani oleh United Kingdom dan negara2 Eropah yang lain. Kerana perjanjian tersebut memerlukan British mematuhi Mekanisme Kadar Pertukaran (ERM) sebagai langkah keselamatan.

ERM membataskan negara2 yang mengambil bahagian untuk ‘margin kadar pertukaran’ yang ketat, bagi menstabilkan mata wang Eropah. Dengan menspekulasikan pound, BNM berjaya menurunkan mata wang British sebanyak 4 sen apabila Britain menghantar kelulusan keahliannya kepada ERM.

Langkah spekulatif Tan Sri Jaafar menghasilkan jumlah wang besar, yang kemudiannya masuk ke dalam akaun penama, yang seterusnya membantu untuk pembiayaian PRU tahun 1990. Tetapi sebahagian besar daripada jumlah wang itu masih belum dipulangkan kepada UMNO atau belum dipulangkan kepada kerajaan persekutuan. Ianya dipercayai telah diletakkan atas penama2 tersebut ke dalam kepentingan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Tahun 1992, Britain sengaja mengenakan Tan Sri Jaffar di mana United Kingdom (UK) telah menarik pelabur untuk pound dengan menaikkan kadar faedah bagi mengapungkan nilai mata wangnya.

Secara tiba-tiba United Kingdom menarik diri dari ERM. Langkah itu turut menjatuhkan pound British seperti seguni kentang panas dan membebani kerajaan Malaysia dengan kerugian yang dianggarkan sebanyak USD3.6 bilion.

Pada tahun 1993, team Tun Mahathir-Tan Sri Jaffar kerugian USD2.2 bilion lagi dalam perdagangan spekulatif. Ekoran dari impak tersebut, pada tahun 1994 bank pusat telah diisytiharkan muflis. Tetapi telah diselamatkan oleh Kementerian Kewangan, portfolio yang ketika itu dipegang oleh Ketua de facto PKR DS Anwar Ibrahim.

Tan Sri Jaffar telah meletakkan jawatan, walaupun beliau dan Tun Mahathir telah disiasat kerana peranan mereka dalam melesapkan berbilion ringgit tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. Kerugian pada masa itu telah meningkat kepada jumlah yang tidak pernah benar2 diambil kira.

Tun Mahathir menuduh Datuk Seri Najib melesapkan RM50 bilion dana 1MDB dan mengambil RM2.6 bilion daripada firma pelaburan strategik. Beliau tetap sombong dan degil, dan enggan mengakui hakikat bahawa 5 panel bebas terikat dengan pelbagai undang2 telah membersihkan nama Perdana Menteri DS Najib daripada sebarang jenayah.

Tun Mahathir juga enggan akui kerugian BNM yang dicatat pada pertengahan 90-an yang dianggarkan bernilai RM30 bilion. Mengikut nilai hari ini, ia bernilai RM150 bilion, ditambah pula dengan RM7 bilion untuk skandal Maminco-Makuwasa. Mengapa perlu banyak perkara sampah yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Najib? Sedangkan yang betul-betul sampah adalah Tun Mahathir sendiri.

11 comments:

Anonymous said...

Apa kurangnya si mamak kerala dlm skandal kewangan.Rasanya lebih dashyat cuma beruk pakatun dah lupa atau telah hilang ingatan angkara terlebih minum kencing hancing media yahudi dan mamak kerala sendiri.

Anonymous said...

Kata Nabi...tiba akhir zaman ini....macam macam akan berlaku. Ya Allah lindungilah hamba mu ini...Amiin.

Unknown said...

Sudah lama saya tak baca Utusan, sama macam saya
tak baca artikel dalam blog ini. Saya tahu, isinya
cuma menipu. Baca tajuk dah tahu.

Inilah petanda-petandanya.


Kalau UTUSAN BOLEH LINGKUP, apatah lagi umno!!!!
Lu pikirlah sendiri.

Anonymous said...

Skrg terpaksa main tempah UTUSAN krn selalu habis.Klu akhbar roket n adil/liwat...berkulat tak terjual.
Lu pikirlah sendiri...

Tgh tggu akhbar puak rich n femes tun mamak kerala pulak...
Harap nasibnya tak sama dgn nasib akhbar2 berkulat tu...

Unknown said...

Utusan mahu tutup kedailah.
Gaji reporternya pun tidak mampu dibayar.
Nak bua tmacam mana, orang tak mahu baca cerita tipu.
Samalah macam blog-blog pro Najib.
Semua tak b aca, apa yang ditulis.
Cuma tengok tajuk je.
Aku masuk sini sebab nak komen je.
Apa korang komen, aku tak baca.
Dah tahu komen jenis kurang ajar.

Anonymous said...

InsyaAllah Utusan Malaysia/Melayu akan terus hidup dengan berita2 sensasi dengan maju jaya

Anonymous said...

Klu tak suka blog ini ko baca blog2 rich n femes mamak kerala atau roket.
Sana klu bab memfitnah dh jadi darah daging mrk.Mgkin dgn wang yg mrk dpt dgn perjanjian2 bodo dan bangang serta bailout mampu beli syurga tanpa perlu dihisab.

Mrk tu klu memfitnah dan memperlekeh org lain dh sinonim sangat dh.Dengar cerita mrk nak buat beshit 5.0 pulak.Mgkin mrk suka melihat beruk2 rich n femes tu terkinja2 tengah jln berguling2 mcm org separuh tiang.
Tak dpt membayangkan cik minah terkinja2 jadi beruk bershit 5.0 dgn baju kuning taik.

Anonymous said...

Kebobrokan Madey jika dibanding dengan Najib umpama langit dengan bumi. Be strong Najib.

Anonymous said...

Zaman Tun kalau dia kebas berapa billion pon org tak ambik peduli, sbb dia tak menyusahkan rakyat malah org luar pon respek dgn kemajuan yg Malaysia kecapi.
Lagi pon takde bukti yg mengatakan dia mencuri berbillion tu cume andaian blogger saja.

Anonymous said...

Zaman tun mamak kerala tak ada smartphone dan intenet.Lagipun sapa yg bising akan kena ISA.
Dia belasah wang rakyat pon utk waris dan kroni2nya.Bukan utk beruk2 belaannya.Tengok jer perjanjian bodo dan bangang konsesi tol dan ipp...berpuluh tahun lagi kroni2 dia mghisap darah rakyat.Ada si mamak tu peduli.Dia sendiri mengaku cukup BODOH krn tidak menyemak kandungan perjanjian 2 tersebut atau dia dh kenyang mkn dedak para kroni.
Tak apalah...yg penting waris dan kroni2 nya kaya sampai kiamat.Harap parti baru dia menang besar pru14 nanti agar dpt meneruskan legasi memewahkan waris dan kroni dan menyusahkan rakyat.
Ptuuuuiihh...bangsat!!!!

Anonymous said...

Era mahdey tak ada bonus.Gaji awam ciput.Rakyat jgn harap merasa wang spt br1m.Skim perumahan rakyat.Pmbangunan luar bandar dsbnya.
Semua pmbangunan tertumpu utk tunjuk depan org luar jer.Sial
Era mahdet...tak mampu bina lebuhraya tanpa tol spt pan borneo.Semuanya kena ada tol wlpun mgkin kini syarikat tersebut beroleh balik modal dan pelaburan mrk.Semuanya krn perjanjian bodo dan bangang mahdey!!!!!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive