Friday, April 4

Bus Rapid Transit Pertama Di Malaysia @NajibRazak @HishammuddinH2O @ShahrilMokhtar @MyRapidKL @MOTMalaysia #1Malaysia


Melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), terdapat 11 jenis inisiatif yang terbahagi kepada empat kategori utama iaitu bas, rel, integrasi dan rangkaian. Keempat² kategori ini mensasarkan pada satu objektif yang sama iaitu untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam.

Bus Rapid Transit (BRT) merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan bagi tujuan yang sama. BRT adalah sistem transit yang menggunakan perkhidmatan bas secara berasingan dengan kenderaan² awam yang lain. Dalam erti kata lain, bas ini mempunyai laluannya sendiri tidak sedikit pun mengganggu laluan pengguna awam sedia ada.


Kalau nak mudah difahami ialah BRT ini mempunyai laluan sehala seperti LRT tu tetapi tren diganti dengan bas dan yang paling penting ialah ianya dilengkapi dengan kemudahan stesen yang moden, akses pejalan kaki yang bersepadu terutama untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), kekerapan perkhidmatan bas yang lebih baik dan confirm tidak ada masalah kesesakan lalu lintas.

So tempat pertama yang akan menjadi medan penentu keberhasilan GTP ini ialah di Petaling Jaya. Ia melibatkan laluan dari Setia Jaya, Bandar Sunway & USJ. Secara peribadi, saya suka dengan idea dan konsep yang diterapkan dalam pembangunan BRT Sunway ini. Rasa macam tak sabar nak cuba try test sistem yang baru di Malaysia ni.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive