Monday, April 28

KESIAN PADA MEREKA, KENA KUTUK LAGI.......?


Entah siapa suruh sekumpulan mahasiswa membantah ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) semasa acara presiden AS Barack Obama di Universiti Malaya. MKP agak pelik kerana kedatangan Obama kali ini bukan berbincang mengenai TPPA.

Rasanya mahasiswa nie tahu dan telah dihebahkan di media massa namun buat-buat tak faham hanya pemimpin pembangkang saja yang meroyan kerana Obama tak mahu berjumpa dengan Anwar Ibrahim. 

Dah masuk universiti pun masih lagi bodoh dan tak dapat berfikir. Kesian Mahasiswa sekarang dipergunakan oleh Pembangkang untuk mencapai apa yang dihajati.

Nak bangkang boleh tapi biarlah CERDIK sikit bukan macam nie. Nanti tak pasal-pasal tido kat dalam lokap pulak. Tapi MKP agak hairan dengan pengurusan yang menyaring pelajar nie. Macam mana kertas tue boleh masuk kedalam dewan. Adakah ini sabotaj dari pihak dalaman.....? 


Obama bagaimanapun tidak terancam dengan bantahan tersebut, malah merujuk kepada tindakan siswa berkenaan dalam ucapannya sebagai contoh untuk menjelaskan mengenai tindakan yang perlu ditolak ansur.
"Sebagai contoh ada orang berkata 'tidak' di sebelah sana. Saya tidak tahu apa yang mereka bantah. 
“Tetapi saya rasa idea asas bahawa sesorang itu tidak sama seperti anda – jika mereka nampak berbeza dengan anda, jika mereka ada kepercayaan berbeza dari anda – bahawa anda melayan mereka sama seperti bagaimana anda mahu mereka melayan anda,” katanya.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menafikan Washington membuli Malaysia dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dijalankan.

Sebaliknya, beliau berkata beliau sendiri yang telah dibuli oleh partinya sendiri (Democratic) berhubung perjanjian itu selain protes terhadap perjanjian itu yang lebih kepada orang takut perubahan corak perdagangan pada masa depan atau tidak mahu mengubah cara lama.

"Adalah penting bagi semua orang tunggu dan lihat apakah perjanjian (akhir) sebelum mereka terus membuat kesimpulan," kata beliau sebagai respons kepada soalan yang Washington membuli Kuala Lumpur dalam rundingan mengenai TPPA pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata memang difahami bahawa akan ada bantahan, protes, tuduhan konspirasi politik, yang berlaku bukan sahaja bagi Amerika Syarikat dan Malaysia, tetapi juga semua negara yang berunding.

Melihat ke hadapan ke arah memuktamadkan rundingan TPPA, beliau berkata "negara-negara dan syarikat-syarikat mesti bersedia untuk mengambil langkah seterusnya."

Najib, dalam komen sebelum itu, melahirkan keyakinan bahawa manfaat keseluruhan daripada TPPA jauh akan mengatasi kelemahan pakatan itu yang masih dirundingkan oleh 12 ekonomi lingkungan Pasifik walaupun akan terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan.

Beliau juga berkata Washington memahami sensitiviti domestik Malaysia seperti yang dibuktikan semasa rundingan dua hala dengan Obama sebelum ini.

Obama juga berkata TPPA akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia komited kepada proses mendapatkan penerimaan orang ramai berhubung TPPA.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive