Sejak hari Sabtu perkhimatan monorel tergendala kerana Operasi percubaan sistem isyarat baharu Laluan Monorel KL yang memasuki hari kedua dan terakhirnya hari ini mencatatkan kejayaan besar dengan fasa awal ujiannya selesai lebih awal daripada yang dijadualkan.
Projek Pengembangan Monorel RapidKL (RKLFEP) dan kontraktornya, Thales dari Portugal berusaha ke arah proses lancar yang berterusan sehingga ujian itu selesai.
Syarikat Prasarana Negara Bhd dalam satu kenyataan berkata, semasa perancangan, operasi percubaan itu mengambil kira kemungkinan masalah dalam ujian, dengan memperuntukkan 52 jam ujian percubaan tanpa henti yang berterusan.
"Sebenarnya terdapat sedikit masalah kecil pada permulaan operasi percubaan semalam. Bagaimanapun ia hanya kecil saja dan jurutera kami dapat menanganinya dengan segera.
"Kami sangat gembira dengan kemajuan ujian ini dan berharap trend ini akan berterusan sehingga operasi selesai," kata Pengurus Projek RKLFEP, Muhammad Isom Azis yang juga Naib Presiden Eksekutif bagi Rolling Stock di Prasarana Integrated Management and Engineering Service Sdn Bhd (PRIME).
PRIME ialah anak syarikat Prasarana dan pemilik aset perkhidmatan monorel dan bas RapidKL serta perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan.
Operasi ujian 52 jam itu bermula pada tengah malam semalam. Lebih 9,000 penumpang menggunakan perkhidmatan bas perantara khas semalam dengan Laluan 1 antara KL Sentral dan Titiwangsa mencatatkan penggunaan tertinggi dengan lebih 6,000 penumpang.
Operasi ujian itu dijadualkan selesai pukul 4 pagi esok dengan Laluan Monorel RapidKL meneruskan perkhidmatan seperti biasa dua jam kemudiannya pada jam 6 pagi.
Keputusan daripada ujian itu akan diserahkan dengan segera kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk kelulusan dan persijilan bagi sistem isyarat baharu itu.
MKP diberitahu sebentar tadi Operasi percubaan sistem isyarat baharu Laluan Monorel KL yang dinaik taraf telah berjalan dengan lancar.
Berita gembira ini bakal mengembirakan warga kota yang memulakan tugasan pada hari berkerja esok. Esok perkhimatan monorel akan kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh mengemukan pada tweet handle @MyRapidKL. Pegawai yang bertugas akan menjawab segala persoalan yang dikemukan.
No comments:
Post a Comment