Parti liar bertemakan Topless Friday Beach yang dijangka dibuat pada Jumaat ini di Ampang rupa-rupanya tidak ada permit.
Justeru, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar membatalkan permit penganjuran parti itu yang bakal diadakan di sebuah kelab malam di ibu kota.
Pihak DBKL juga tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen untuk konsert seperti ini.
Sejak beberapa hari lepas, orang ramai terutama di laman sosial marah dengan tindakan penganjur yang mempromosikan satu parti liar yang mensyaratkan sesiap yang hadir dikenakan bayaran RM35 dan perlu mematuhi tema iaitu berpakaian seksi.
Selain orang ramai, beberapa pemimpin UMNO sendiri mendesak DBKL memastikan ia tidak diadakan termasuk Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia khairul Azwan Dato Harun dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii menyeru agar pihak berwajib tidak berkompromi dengan program-program seperti ini yang nyata tidak sensitif dengan budaya dan norma-norma masyarakat Malaysia.
Mereka menyifatkan penganjuran parti sedemikian juga merosakkan akhlak dan budaya dan bertentangan dengan agama Islam.
No comments:
Post a Comment