Tuesday, August 23

Saiful mengadu sakit di bahagian dubur dan diliwat


Saksi kedua pihak pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dr Muhd Osman Abdul Hamid yang melakukan periksa terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan di hospital Pusrawi memberitahu, dia memeriksa pengadu pada 28 Jun 2008.
Saiful kata saksi mengadu sakit di bahagian dubur selain mengadu diliwat oleh seorang 'VIP'.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Dr Osman mengakui bahawa beliau pernah membuat 'akuan bersumpah' ketika disoal mengapa, katanya "Saya amat takut,".
Ditanya, siapa yang menyuruhnya membuat 'akuan bersumpah' itu.
Kata Dr Osman, seorang pesuruhjaya sumpah, 'Anwar' dan peguam bernama "Yusri'.
Beliau menafikan cadangan pendakwaraya bahawa dirinya menokok tambah laporan pemeriksaan ke atas Saiful tanpa pengetahuan saksi utama itu.
Beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mohamed Yusof bahawa maklumat itu tidak direkodkan pada hari pemeriksaan itu.
"Mohd Saiful memaklumkan saya bahawa beliau diliwat selepas saya menjalankan pemeriksaan fizikal. Saya terkejut dan terus mencatatnya sebelum menasihatkannya untuk membuat laporan polis dan diikuti dengan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan," kata graduan Universiti Yangoon itu.
Semsa disoal kenapa beliau tidak bertanya pesakitnya apa sebab beliau sakit dan siapa yang memasukkan satu objek plastik ke dalam duburnya, Dr Osman bersetuju beliau tidak membangkitkan kedua-dua soalan itu walaupun ia amat penting.
Dr Osman juga memberitahu mahkamah bahawa beliau menyediakan laporannya pada 30 Jun selepas diminta oleh seorang warga kerja hospital yang dikenali sebagai "Azlan" dan juga menyediakan akuan berkanun (SD) atas permintaan seorang peguam yang bertindak bagi pihak hospital.
"Saya diminta menyediakan SD untuk fail sulit hospital, berikutan satu kebocoran mengenai laporan perubatan saya berkaitan dengan Mohd Saiful semasa saya berada di Myanmar," kata Dr Osman.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Semasa pemeriksaan utama oleh peguam bela bersama Anwar, S. N. Nair, pegawai perubatan kanan yang kini ditempatkan dengan Institut Jantung (IJN), berkata pada mulanya Mohd Saiful memberitahu bahawa beliau mengalami sembelit selama seminggu dan sakit di dubur.
"Saya sapu sedikit pelincir dan menggunakan protoskop untuk memeriksa kawasan dubur dan semuanya normal tanpa tanda kecederaan," kata Dr Osman. Sementara itu, saksi ketiga pembelaan Profesor Madya Dr David Lawrence Noel Wells dari Australia berkata dalam sejarah pengambilan kes serangan seksual dari seorang pesakit adalah penting bagi membantu doktor membuat pemeriksaan perubatan yang betul.
"Dalam kes ini, borang proforma yang digunakan untuk merekodkan sejarah perubatan dan maklumat lain adalah tidak sesuai dan hanya lima halaman pertama diisi dan baki lima halaman lagi dibiarkan kosong," kata pakar forensik itu.
Merujuk kepada borang itu, Dr Wells berkata doktor yang merekodkan butiran hanya menyatakan pesakit mengalami kesakitan dan pendarahan tetapi tiada butiran lanjut diperolehi.
"Adalah penting untuk mereka mengikuti standard metodologi di mana mereka patut menanyakan pesakit sejak bila mereka menderita sakit itu atau lokasi sebenarnya," kata Dr Wells.
Apabila ditanya Nair untuk memberikan pandangan kepakarannya mengenai keputusan klinikal tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bertarikh 13 Julai, 2008, beliau berkata tanpa kehadiran laporan makmal, mereka tidak akan mendapat keputusan yang konklusif.
Ahli patologi forensik Dr Siew Sheue Feng, Pakar Jagaan Kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar bedah Dr Mohd Razali Ibrahim telah menyimpulkan bahawa tiada keputusan klinikal yang konklusif menandakan penetrasi kepada dubur/rektum.
Mereka juga menyimpulkan tiada luka yang ketara para tubuh pesakit. Apabila ditanya Nair mengenai pendapatnya mengenai laporan Pusrawi sama ada Dr Wells boleh membacakan laporan itu sebagai "sakit apabila membuang air besar atau semasa mencuba membuang air besar", Wells menjawab beliau akan membaca laporan itu sebagai apabila membuang air besar.
Bernama melaporkan, Dr Wells berkata laporan itu bermakna bahawa apabila seseorang berbuat demikian, dia akan berasa sakit.
Semasa diminta menjelaskan sampel calitan yang diambil semasa Mohd Saiful mula mengadu mengenai serangan seksual, sama ada prosedur yang betul telah digunakan, Dr Wells berkata beliau tidak ragu-ragu dengan prosedur itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan penstoran calitan adalah penting bagi membuat profil DNA.
Beliau menjelaskan cara yang betul bagi menyimpan calitan selepas ia diambil adalah udara dalam bekas spesimen perlu dikeringkan atau dibekukan segera dan dihantar ke makmal secepat mungkin. Menjawab soalan Nair sama ada dapat diterima, ia tiba di makmal hampir 43 jam selepas calitan diambil, Dr Wells berkata: "Ia sudah tentu tidak berapa elok".
Ini kerana dalam keadaan lembab, bakteria boleh merosakkan elemen protin di dalam sampel DNA, katanya.
Ditanya untuk meringkaskan prosedur forensik yang digunakan dalam kes ini oleh Nair, Dr Wells berkata, beliau tidak akan berkata bahawa mereka tidak cekap tetapi lebih suka menyatakannya sebagai seseorang yang baru kepada tugas itu atau tidak berpengalaman.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive