Thursday, August 11

Umno Taja Tiket Penerbangan Keluarga Muhd Asyraf



KUALA LUMPUR: Umno akan menaja tiga tiket penerbangan untuk membolehkan keluarga pelajar Malaysia tajaan Mara, Muhammad Asyraf Haziq yang cedera dalam rusuhan di United Kindgom, Selasa lepas ke London.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno akan turut menaja kos penginapan serta makan minum ahli keluarga Muhammad Asyraf ketika berada di London yang akan diuruskan sepenuhnya oleh Kelab Umno di sana.
"Umno berasa sedih dengan apa yang berlaku di London, sebab itu kita merasa terpanggil untuk membantu, keluarga Muhammad Asyraf untuk membolehkan mereka melawat anak mereka di sana.
"Mereka pun bukan daripada keluarga berada jadi kita tampil untuk bantu, insya-Allah paling cepat esok pagi mereka akan terbang ke London," katanya kepada pemberita pada sidang media di Menara Dato' Onn di sini, Khamis.
Menurutnya, Umno akan menaja tiga tiket penerbangan untuk ibu Muhammad Asyraf, Maznah Abu Mansor, ayahnya, Mohd Rosli Atan dan adik bongsu Muhammad Asyraf, Muhammad Fitri dengan kos sekitar RM20, 000.

“Kita juga akan memberikan sedikit wang saku kepada keluarga Muhammad Asyraf sebagai persediaan sebelum mereka berlepas ke sana.
Sementara itu, ibu Muhammad Asyraf, Maznah, 45 yang juga seorang guru turut melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Umno kerana sudi membantu mereka dari segi kewangan untuk membolehkan dia, suami serta anaknya terbang ke London untuk melihat keadaan Muhammad Asyraf.
“Kami sangat berterima kasih kepada pihak Umno kerana sudi membantu menaja tiket penerbangan kami sekeluarga ke London. Sebelum ini kami telah cuba beberapa saluran lain untuk dapatkan bantuan kewangan tetapi tidak berjaya.
“Alhamdulillah kami bersyukur sebab pihak Umno sudi membantu,” katanya.
Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, mengalami patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang dalam rusuhan Isnin lepas di London.
Rusuhan bermula di London beberapa hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar termasuk Birmingham, Liverpool, Bristol dan Manchester.
MKP kata:UMNO jugak membantu pelajar yang ditimpa malang disana.Lepas nie nak tengok apa kata puak Pakatan Haram.

1 comment:

HAFIZAL said...

bertuah...top lah astraf...harap dia sabar yerk.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive