Tuesday, August 2

UMNO mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?:Ini temberang Guan Eng saja...


Hanya mereka yang buta sejarah saja boleh percaya pada tuduhan Lim Guan Eng bahawa UMNO mengintai jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN berjaya menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana misalnya pada pilihanraya umum 2004 UMNO menang 14 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Gerakan 13 namun jawatan Ketua Menteri tetap disandang oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon dari Gerakan.
Lebih menguatkan kedudukan UMNO pada ketika itu ia menang empat kerusi Parlimen manakala Gerakan tiga.
Formula kepimpinan negeri yang digunapakai oleh BN sejak dulu lagi ialah jawatan Ketua Menteri disandang oleh Gerakan manakala wakil UMNO menjadi Timbalan Ketua Menteri.
Atas sebab ini tidak menghairankan jika Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan tuduhan Ketua Menteri DAP itu beliau mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas Isnin.
"Dia kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini,”ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri  Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

Turut hadir semasa tinjauan itu ialah Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan dan Pengerusi MIC negeri Datuk P.K Subaiyah.
Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri  Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Katanya beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi  pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.
"Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang  kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.
"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat UMNO  tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive