Thursday, November 20

ASTRO JANGAN BUAT HAL.........


Sebut sahaja Datuk Bung Mokhtar Radin, sesiapa sahaja pasti akan teringat kepetahannya bercakap sehingga Ahli Parlimen Kinabatangan itu turut mendapat gelaran si nakal Parlimen.

Namun Bung Mokhtar hari ini ternyata gagal menonjol kepetahannya dalam perbahasan apabila beliau tersentak dengan soalan spontan daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada Rabu, Bung Mokhtar yang tidak berpuas hati dengan Astro yang menaikkan yuran langganan telah mencadangkan kerajaan supaya menutup syarikat penyiaran tersebut.

Tanpa disangka, Pandikar Amin telah bertanya adakah Bung Mokhtar tidak takut isterinya (Zizie Ezette) dilarang muncul dalam Astro.

Semua wakil rakyat pada masa itu ketawa terbahak-bahak sebaik mendengar soalan Pandikar Amin, sementara Bung Moktor tidak boleh berkata apa-apa melainkan senyum.

Ahli Parlimen dari Sabah itu kemudian memberitahu bahawa Pandikar Amin pandai bergurau, jawapan itu sekali lagi menyebabkan wakil rakyat yang lain ketawa.

Menurut Bung Mokhtar, Astro wajar ditutup memandangkan stesen televisyen berbayar itu bukan sahaja menaikkan yuran langganan, malahan mempunyai iklan lebih banyak berbanding TV3.

Cadangan itu disokong Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) dan
S. Manikavasagam (Kapar) yang setuju supaya kerajaan mengizinkan orang ramai memasang televisyen digital yang mampu menonton rancangan dunia.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive