Wednesday, November 5

SEMAKIN GANAS ANAK MUDA SEKARANG @PDRMsia


Apa dah jadi dengan anak muda zaman sekarang yang terlalu Ganas terhadap rakan-rakan yang berusia muda di kalangan mereka.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai dua kes buli yang menjadi viral di laman sosial memaklumkannya kepada pihaknya secepat mungkin.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, langkah itu perlu memandangkan penyebaran kedua-dua klip video itu menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

"Kami telah menerima sejumlah aduan daripada orang ramai berhubung penyebaran dua klip video di media sosial mengenai kes buli yang melibatkan beberapa pelajar di sekolah berasrama.

"Penyebaran klip video berkenaan telah menimbulkan rasa tidak tenteram dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Asmawati, sehingga kini tiada maklumat yang diperoleh mengenai lokasi serta individu-individu yang terlibat.

Dakwaan menyatakan satu daripada kes buli berkenaan berlaku di Kuala Nerang, Kedah adalah tidak benar.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru agar orang ramai, terutamanya ibu bapa yang mengetahui anak mereka menjadi mangsa buli untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kerjasama orang ramai amat diperlukan agar pihak kami dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab," ujarnya

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive