Wednesday, November 19

ZAIRIL NIE MELAYU KE....................


Lim Guan Eng yang jadi Ahli Parlimen kawasan  Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih bukan orang Pulau Pinang.

Begitu juga Zairil Khir Johari yang jadi Ahli Parlimen kawasan Bukit Bendera.

DAP masuk ke Pulau Pinang setelah menewaskan kerajaan BN yang diterajui Gerakan pada pilihanraya umum 2008.

Kata orang Zairil dan Guan Eng cuma bawa beg dan sapu kaki masuk kerana Pulau Pinang sudah pun terbentang pesat membangun di depan mata mereka.

Anak tiri bekas pemimpin veteran UMNO,Allahyarham Tan Sri Khir Johari ini tidak perlu nak berlagak seolah apa yang ada di Pulau Pinang hasil kerja kerajaan DAP yang masuk penggal kedua memerintah setelah menang lagi pilihanraya umum 2013.

Buat malu saja kalau dia dan bosnya Guan Eng nak buat perangai begitu kerana semua anak jati Pulau Pinang ada mata dan telinga untuk menilai sendiri apa sangat yang sudah dibuat kerajaan DAP selama ini.

Kita bercakap ini dalam konteks polimek terbaru Zairil dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu Selasa membidas Ahli Jawatankuasa Pusat DAP itu kerana mendakwa kemiskinan orang Melayu Pulau Pinang adalah peninggalan kerajaan BN.

Shabery kilas balik beliau dengan bertanya Zairil mengapa dia tidak kata orang Cina Pulau Pinang kaya kerana pentabiran BN yang lampau.

Biasalah bagi pembangkang semua yang baik datang dari mereka dan yang tidak elok buah tangan BN.

Mereka yang celik sejarah tahu Pulau Pinang pesat membangun sejak dibawah pentabiran tokoh parti Gerakan mendiang Tun Lim Chong Eu.Kepimpinan kemudian diambilalih oleh anak didiknya, Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.

Berpuluh ribu orang Pulau Pinang dan dari negeri-negeri lain dapat peluang pekerjaan dari ratusan kilang di kawasan zon perdagangan bebas Bayan Lepas dan di Seberang Perai.

Bodoh sangat kalau nak kata kerajaan DAP ada lampu Aladin mewujudkan semua itu sekelip mata.

Tidak ada siapa dapat nafikan masalah Melayu Pulau Pinang wujud sejak zaman BN lagi.Ini kerana jurang kekuatan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu di negeri itu.

Kita boleh baik hormat kepada Zairil maupun Guan Eng dan kerajaan DAP yang menerajui Pakatan Rakyat di negeri itu kalau ada angin perubahan menampakan orang Melayu negeri itu semakin OK setelah enam tahun mereka memerintah.

Untuk berlaku adil cuba tanya rakan pimpinan Melayu mereka dalam PKR dan PAS apakah mereka merasa kedudukan orang Melayu semakin baik sekarang berbanding semasa zaman BN.

Cuba tanya orang Melayu di Pulau Pinang apakah mereka terasa ada sesuatu yang istimewa untuk mereka di bawah kerajaan Pakatan Rakyat selama ini?

Ada sesiapa dengar sesuatu 'input Melayu' yakni usaha untuk memperbaiki kedudukan orang Melayu Pulau Pinang pernah diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat bawah DAP sepanjang enam tahun ini.

Sebaliknya apa yang ada di depan mata ialah tidak ada langsung rumah murah yang dibina sedangkan harga rumah semakin meningkat dan meningkat.

Orang Melayu Pulau Pinang khususnya di bahagian pulau terus mengigit jari melihat rumah-rumah mahal yang tumbuh bagai cendawan sekitar mereka.

Berapa kerat orang Melayu yang mampu beli rumah yang berharga RM700,000 hingga berjuta-juta.

Kecuali di kawasan Balik Pulau yang merupakan benteng terakhir orang Melayu Pulau Pinang dikawasan lain mereka terus melukut ditepi gantang.

Makin hari makin banyak kampong-kampong Melayu yang ada 'ditebuk' dengan pembinaan rumah-rumah mahal di celah.Lihat saja di Sungai Nibong,Bayan Lepas,Teluk Kumbar,Batu Uban,Gelugor,Tanjong Tokong dan lain-lain.

Kalau situasi ini berterusan jangan hairan jika satu hari nanti orang Melayu akan pupus di kawasan Timur pulau.

Pada ketika kedudukan orang Melayu di negeri itu semakin terhakis dan terhakis,tidak kedengaran suara garang pemimpin Melayu PKR dan PAS Pulau Pinang.

Mungkin juga mereka sedang nyenyak tidor dibuai mimpi indah jaminan kuasa politik bawah DAP.

Jadi Zairil...tolong jangan bikin malu DAP.Gendang saja kuat tetapi kosong.

Kalau Zairil merasa semangat Melayu pada dirinya tidak begitu kuat untuk menjadi benteng kepada orang Melayu Pulau Pinang...apa kata dia bisik minta pedoman, panduan dan nasihat dari rakan Melayu DAPnya,Dyana Sofya.

5 comments:

Anonymous said...

Dulu Gerakan sekarang DAP sama aje.

Anonymous said...

Zairil Melayu????

KAH KAH KAH KAH KAH

Anonymous said...

Memang hasrat DAP mahu mengusir orang Melayu secara halus terutama yg tinggal disebelah pulau.Sekutu DAP iaitu PAS dan PKR tidak berani buka mulut, mereka hanya berani dgn UMNO saja iaitu sama sebangsa, xada langsung utk memperbaiki kedudukan orang Melayu walaupun penyokong mereka sendiri mungkin takut hilang jawatan spt yg terjadi kpd salah seorang ahli majlis mereka yg berani membangkit issu yg benar benar berlaku di PP.

hasnul rahman said...

Anak-anak Allahyarham Khir Johari sepatutnya menyaman si mualaf tu kerana menggunakan nama Khir Johari selepas nama Islamnya, Zairil.
Dia tu anak cina. Macam mana boleh jadi anak Khir Johari?
Yg kahwin dgn Khir Johari ialah ibunya. Dia cuma anak tiri.Sedap jer guna nama Khir Johari macamlah Pak Khir bapak dia.
Lahanat punya anak cina....

Anonymous said...

Zairil ni dah sunat ke? Girl friend dia dah tengok ke?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive