Saturday, April 16

PRN SARAWAK:Barisan Nasional Kalah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya tidak terperdaya dengan dakwaan pembangkang kononnya mereka sudah berjaya memenangi pilihan raya negeri Sarawak hari ini. 
Muhyiddin berkata dakwaan yang tersebar di Internet itu adalah tidak benar kerana proses pengundian belum selesai dan masih berjalan sehingga 5 petang ini. 


"Ada berita-berita khabar angin oleh pembangkang (kononnya) mereka sudah menang, BN di Sarawak sudah tumbang, pakatan pembangkang (telah) ambil alih (kerajaan negeri).



"Ini merupakan satu pembohongan...pengundian belum selesai...undi pun belum dikira," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini. Sebaliknya, kata Muhyiddin, beliau mendapat maklumat bahawa ketua pembangkang yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meninggalkan Sarawak untuk ke London atau Amerika Syarikat. "Kalau dia menang mesti dia tunggu sampai habis, kenapa awal-awal dia tinggalkan Sarawak? Anwar sudah serahkan tugas kepada ketua-ketua mengundi kononnya takut jadi apa-apa," katanya.
Muhyiddin berkata khabar angin seumpama itu hanya disampaikan oleh orang yang terdesak. 
"Kita ada tempoh dua jam lagi (sehingga pengundian ditutup)...saya minta rakyat jangan terpengaruh dengan penyebaran berita palsu," katanya.

PRN SARAWAK:VIDEO PANAS JAM OMEGA.



Perg.........Perli baik Punya.Orang Sini Semua Tau woi!

PRN SARAWAK: LIVE Lawatan TPM.








 Sejumlah 233,134 pemilih atau 21.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 setakat tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

 Kira-kira 800 daripada 1,748 pusat mengundi pilihan raya negeri Sarawak yang dibuka 8 pagi tadi, sudah ditutup jam 12 tengah hari yang kebanyakannya membabitkan kawasan pedalaman. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat ini, kira kira 15 peratus sudah keluar mengundi untuk 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 23 peratus lagi untuk 13 kawasan DUN.

PRN SARAWAK:Kekecohan tercetus di Dewan Datuk Merpati Jepang




Pusat pembuangan undi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok di sini kecoh apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi dipercayai dari pembangkang cuba mencetuskan provokasi. 

Lima individu berkenaan termasuk tiga wanita dan dua lelaki memasuki kawasan tempat mengundi berkenaan kira-kira jam 11 pagi dan mendakwa wujud pengundi hantu di pusat mengundi itu dan cuba menarik perhatian pihak polis.



Depa pakat dok nak balik dah.bilik gerakan Satok.

Bagaimanapun, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof yang berada berdekatan pusat mengundi meminta pas rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada individu berkenaan, namun mereka hanya menunjukkan kad itu yang tidak disertakan gambar serta gagal mengemukakan borang sumpah kerahsiaan.
Keadaan bertambah kecoh apabila penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan BN enggan keluar dari kawasan 50 meter tempat mengundi walaupun sudah diarahkan oleh polis supaya beredar. 

Ia menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah meleraikan keadaan. 

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon PKR, Ahmad Nazib Johari 

PRN SARAWAK:LIVE SEKITAR HARI PENGUNDIAN.N6 TUPONG.


poster sekitar ke pusat pembuangan undi
 Sekitar tempat mengundi
 Pengundi menunaikan tanggungjawab
 Senyum gembira setelah membuang undi

 Petugas dari PBB.
 Notis pemberitahuan temapat mengundi telah ditukar

 Petugas memberi penjelasan

Puak PAS tak senang duduk kerana semua pengundi banyak memihak kepada Barisan Nasional

PRN SARAWAK:Pantun Yang Sempoi



Suruh budak bawak bendera
Ahli yang tua tak boleh diharap
Kononnya nak membaiki negara
Organisasi sendiri punah tak siap.

Pas ibarat kuda tunggangan
Terperangkap ibarat sardin dalam tin
Kronisme nipotisme ingin dihapuskan
Rupanya bercakap di depan cermin.

Anwar berkempen sampai ke Kukup
Usaha gigih nak bersih nama
100 hari manalah cukup
Idea populis takkan ke mana.

Berpendidikan tinggi tidaklah tolol
Sayang pembangkang fikirannya rancu
Bising mencanang nak hapus tol
Rupanya BN dah mula dahulu.

Karpal menjamu ayam kari
Anwar suka hotdog spageti
Wifi negara 100 hari
Mimpi yang kalut di siang hari.

Wan Azizah menguli bergedil
Digoreng atas kuali berbara
Konon menuntut election yang adil
Election PKR pun caca marba.

BN katanya tiada kecekapan
Pembangkang kononnya tiada kesalahan
ISA kononnya akta drakonian
Dalam fikiran sebenarnya nak teruskan.

BN menjulang semangat Perlembagaan
Pembangkang merakus ibarat pencukur
Royalti minyak konon nak ditinggikan
Petanda umat tak tahu bersyukur.

Pembangkang nak banyakkan peluang kerja
Negeri sendiri pun rosak binasa
Kalau semua nak Suruhanjaya Diraja
Apa kata skandal seks sebagai pemula.

Islam di Malaysia agama rasmi
Masa pembangkang tak tahulah nanti
Rasuah barah yang ingin dibasmi
Rupanya tercalit diri sendiri.


Friday, April 15

PRN SARAWAK:Bezakan Yang Tulen Dan Penipu Dapig.



                                              KANTOI LA LU MUSIBAT gUAN ENG
                                                                                

PRN SARAWAK:Jangan Perjudikan Masa Depan Mereka.


Inilah bakal generasi yang akan mewarisi apa yang ditinggal oleh generasi terdahulu.Harus menjadi peringatan kepada pengundi yang bakal mengundi pada hari pembuangan undi.Kemungkinan pakatan rakyat mengambil kerajaan pusat amat tipis.Momentum piliharaya kecil membri kemenangan kepada Barisan Nasional menunjukkkan rakyat sudah pandai memilih antara kaca dan permata.




Oleh demikian rakyat Sarawak sememangnya sedar bahawa mereka boleh mengadaikan masa depan politik mreka dengan memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.Apa yang berlaku sekarang adalah janji manis Pakatan rakyat bahawa mereka akan merampas Putrajaya  selepas PRU 13 






Pakatan Rakyat tidak mempunyai persamaan langsung dari segi semangat perjuangan dan idealogi.Apa yang mengikat mereka ialah ketabsuban mereka untuk merebut kuasa dari kerajaan yang sedia ada dengan pelbagai janji-janji palsu yang amat sukar dilaksanakan.Kerjasama mereka pasti tidak akan bertahan lama jika mereka memerintah apa yang akan terjadi sedangkan diantara mereka senantiasa ada perbalahan dan jalan yang senang ialah keluar Parti apa yang akan terjadi selepas itu  mari kita renungkan. 



Berikut adalah manifesto Barisan Nasional Sarawak menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 2011

Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN

1) Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

2) Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum

3) Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua

4) Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua

5) Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

6) Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara

7) Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik

8) Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan

9) Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia

9 intipati manifesto ini diharap akan dapat meyakinkan rakyat Sarawak untuk terus mengekalkan kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang sah!



PRN SARAWAK! ANAK TOKEY ALONG JADI CALON D SIBU !!





Dato Seri Wong Soon Koh has been the four-term assemblyman for Bawang Assan in Sibu and had built the constituency from scratch to transform to it's present development.

The assemblymen from SUPP was the State Environment and Public Health Minister

Wong believed there were really no issues affecting the people in this constituency. He said, “All issues affecting the people of Bawang Assan or rather the issues played up by the opposition, we will try to resolve them.”

However, such will not be the case come election. Wong is challenged by DAP Alice Lau Kiong Yieng in a straight fight. DAP have been aggressive in raising issues against BN incumbents.


Free Malaysia Today here reported that Alice Lau's challenge poses a problem for SUPP. Alice is the daughter of a prominent and influential businessman and a Barisan Nasional (BN) ally.

Alice’s father is Sibu United Chinese Associations (UCA) adviser Lau Cheng Kiong, who incidentally is Wong’s buddy. Lau is also Sarawak Progressive Democratic Party’s (SPDP) Pelawan division chairman. SPDP is a component party within the Sarawak BN coalition.

Lau has remained silent over his daughter’s move to the opposition and has shown no signs of betraying his friend. On the other hand, Alice said, “Since my father has not objected, I treat this as support.” 



READ MORE


PRN SARAWAK! Will Sarawak choose ANWAR IBRAHIM



PRN SARAWAK! Adakah Ini Taktik OMEGAFOBIA Untuk Mengalih Perhatian.



Datuk Seri Najib menegaskan, pendedahan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bahawa beliau dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu seharusnya memadamkan kesangsian sesetengah pihak terhadap penafiannya sebelum ini. 

Perdana Menteri yang bersyukur dengan pengakuan Raja Petra berkata, ia membuktikan tuduhan itu didalangi pihak tertentu yang cuba menghalang beliau mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, tiga tahun lalu.



Datuk Seri Najib berkata, beliau sememangnya yakin kebenaran akan muncul dan temu bual TV3 dengan Raja Petra menjadikannya realiti, sekali gus harus memadamkan keraguan sesetengah pihak yang tidak yakin dengan penafiannya, termasuk bersumpah dalam masjid sebelum ini.
“Saya selalu kata kebenaran akan timbul. Lambat laun kebenaran diketahui. Saya bersyukur dengan temu bual itu. Sebenarnya perkara ini sudah disampaikan kepada dia (Raja Petra) sebagai satu perkara yang bertujuan merosakkan saya dan menjadi halangan untuk saya naik sebagai Perdana Menteri. 

“Bagaimanapun, percubaan itu gagal kerana tidak ada kebenaran dan fakta. Ia fitnah sama sekali. Saya bersyukur perkara ini sudah jadi pengetahuan umum dan jika ada sesiapa was-was, temu bual itu akan menghilangkan segala-galanya,”

PRN SARAWAK! Lim Guan Eng Kencing Mai Kita Ushar.



Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang mai sarawak dok kencing pulak kaum bumiputera kata nak bagi 600 ringgit setahun padahal di Pulau Pinang rakyat telah memulangkan wang tersebut kerana pendapatan dari hasil judi.Apa "Lim and the family" nak tawan Sarawak dan menjadikan sarawak sebagai tapak kedua selepas Pulau Pinang yang akan kembali ditawan oleh Barisan Nasional.


Pasai dah tak boleh dok kencing rakyat Pulau Pinang sebab majoriti telah tahu yang beliau adalah sorang yang berlidah biawak dan bercabang,cakap pandai tapi habuk pun tarak Piiiiiiiirah.LGE tembelang mu telah pecah dan busuknya menucuk hidung hingga ke Sarawak.


Berikut adalah janji yang hanya manis dibibir mulut akan tetapi kelat sampai bila-bila:




PRK SARAWAK:Calon Lari Basah Dari Dalam.



Tembelang calon PKR untuk Dun Belaga sudah pecah..penduduk sudah mengamuk..Pembangkang memperbodohkan ketua masyarakat kawasan tadahan projek hidro bakun demi kepentingan sendiri..




Ketua masyarakat dipungut menggunakan helikopter dan dipaksa menandatangani rayuan sivil pemindahan ke sungai asap dihadapan calon pembangkang sekarang ini..

Tidakkah penduduk sungai asap rasa bersalah menyokong penipu-penipu ini..Dua calon pembangkang inilah punca penderitaan penduduk belaga sekarang ini..Perjuangan apa lagi yang diperjuangkan oleh pembangkang..BUKTI CUKUP!!!











SELANJUTNYA KLIK DISINI.

PRN SARAWAK! Hantu Mak Limah Dah Datang


Sebentar tadi apabila melalui jalan dihadapan Dataran Merdeka ternampak banner yang berniat jahat telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab siapakah dalang itu tidak dapat dipastikan akan tetapi dari sumber yang telah diberitahu bahawa Pihak Pembangkang telah terdesak dan terpaksa menggunakan taktik memburukkan Pemimpin Barisan Nasional.Apakah ini budaya berpolitik rakyat Sarawak atau telah dibawa masuk oleh anasir luar atau lebih tepat lagi hantu atau jembalang.


MatkilauPenang kata;dari sumber yang boleh dipercayai pihak Pemuda PBB dah buat laporan Polis. 

Wednesday, April 13

PRN SARAWAK! Pimakang NO&3 (Video ANUgerah Tuhan)


Kenapa parti pembangkang dihalang masuk ke kawasan rumah panjang Iban di Sarawak? Boleh dikatakan hampir keseluruhan rumah panjang yang berbangsa Iban di Sarawak menghalang parti pembangkang untuk masuk ke kawasan mereka.

Apabila ditanya kenapa mereka dihalang daripada masuk. Hanya satu jawapan mereka....Parti pembangkang mengajar mereka perpecahan diantara keluarga dan penghuni rumah panjang....

Cuba lihat bagaimana Guan Eng mengumpan kaum Dayak dengan janji RM1 Billion untuk menyokong DAP...Apabila kaum Iban lihat, pastinya mereka akan marah pada kaum Dayak dan ini akan menyebabkan perpecahan diantara kaum.

Sebab itulah mereka awal-awal lagi menolak parti pembangkang di kawasan mereka...bagi mereka perpaduan diantara keluarga dan kaum yang dibawa oleh BN di Sarawak lebih baik untuk mereka.

Adakah rakyat Sarawak inginkan perpecahan dan pergaduhan di Sarawak? 

PRN SARAWAK! Tan Sri Abdul Taib Mahmud Sedia Berundur.


Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau telahpun mengenal pasti calon pengganti dirinya sebagai ketua menteri Sarawak.


Bagaimanapun beliau tidak menyebut nama bakal penggantinya itu tetapi sekadar berkata, telah membuat perancangan terperinci bagi memastikan peralihan kuasa berjalan secara teratur supaya penggantinya bukan sahaja diterima oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak tetapi juga rakyat. Taib berkata, calon tersebut perlu mendapat sokongan daripada pemimpin lama yang dapat memberi nasihat bagi mengelak daripada melakukan kesilapan.


Malah, kata beliau pasukan yang akan mengambil alih pucuk pimpinan pada masa ini perlu disusun sebagai satu pasukan yang boleh bekerjasama, serta mampu memastikan segala perancangan dan dasar kerajaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar



Malah, kata beliau pasukan yang akan mengambil alih pucuk pimpinan pada masa ini perlu disusun sebagai satu pasukan yang boleh bekerjasama, serta mampu memastikan segala perancangan dan dasar kerajaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Ini semua kita ambil kira. Jika peralihan tidak (berjalan dengan) baik maka rakyat tentu marah," katanya dan menambah pemimpin negara sebelum ini turut melakukan peralihan kuasa secara teratur sebelum meletakkan jawatan seperti (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua) dan begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri keempat).
"Kita sudah ada rancangan dengan pemimpin PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), saya pergi dulu dan kemudian diikuti oleh pemimpin yang kemudian daripada saya, manakala orang yang kita (telah) bimbing sudah dapat menjalankan tugas yang baik," katanya.
Taib, yang menjadi ketua menteri sejak Mac 1981 ketika berusia 45 tahun berkata, dalam memastikan barisan pemimpin muda mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dengan baik dan lancar, beliau telahpun mewakilkan "sebahagian kuasa kepada banyak menteri."
"Saya sudahpun merupakan seorang kapten sahaja dalam masa 10 tahun yang lepas," katanya dan menambah pemimpin baru yang bakal menggantikannya juga telah dibimbingnya sejak 20 tahun lepas.
Taib, yang akan menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-75 bulan depan berkata, hasil pendedahan dan bimbingan, pemimpin pelapis yang bakal menggantikan beliau akan mempunyai kefahaman yang baik daripada segi perancangan dan pembentukan dasar-dasar kerajaan.
Daripada segi politik pula, penggantinya juga dapat diterima dan boleh bekerjasama dengan pemimpin dan anggota parti baik PBB dan juga BN.
MatKilauPenang kata Pahin Sri dah nak berundur tapi Pihak Peambangkang masih memegang kuasa.

PRN SARAWAK! Sapa Lagi Lama???????



Datuk Ahmad Maslan berkata meminta rakyat di negara ini khususnya pengundi di Sarawak membandingkan antara jasa kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud selama 30 tahun dan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang termasuk Anwar Ibrahim.
Tegasnya selama 30 tahun banyak jasa yang telah dilakukan Tan Sri Taib yang bukan sahaja membangunkan kemajuan Sarawak malah pembelaan terhadap rakyat tanpa mengira kaum.
“Apa jasa Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang termasuk Anwar Ibrahim terutama kepada rakyat Sarawak?  Mereka mempertikaikan kepimpinan Tan Sri Taib yang dikatakan terlalu lama.
“Mereka lupa Lim Kit Siang yang berumur 70 tahun sudah menjadi wakil rakyat di Kota Tinggi pada 1969, sudah 42 tahun, Karpal, 71 sudah bertanding di Alor Star pada tahun 1974, sudah 37 tahun, Hadi Awang, 64 bertanding di Marang tahun 1982, sudah 29 tahun, Nik Aziz, 80 terlibat dalam politik dan bertanding pada 1967 di Pengkalan Chepa, sudah 44 tahun dan Anwar Ibrahim, bertanding di Permatang Pauh sejak 1981, sudah 30 tahun.  
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata pemimpin-pemimpin pembangkang ini ghairah dan lantang mengajak rakyat membuat perubahan tetapi mereka lupa mencermin diri sendiri untuk melihat kepimpinan mereka yang masih tidak berubah.
“Sekurang-kurang Tan Sri Taib sungguhpun sudah 30 tahun menerajui Sarawak banyak jasa yang boleh dilihat untuk rakyat dan negara tetapi pemimpin pembangkang ini sudah lama tapi hanya pandai mencari kesalahan orang lain sahaja”, ujarnya.
Malah kata beliau lagi Tan Sri Taib sendiri sudah mengakui mempunyai rancangan peralihan kepimpinan bagi memastikan kesinambungan kemajuan di Sarawak ini berterusan.
“Malangnya kita tak dengar lagi proses peralihan kepimpinan dalam DAP, Lim Kit Siang serta anak-anaknya masih di situ sama juga dengan Karpal dan anak-anaknya.
“Begitu juga Hadi Awang, Nik Aziz serta beberapa pemimpin lain yang sudah hampir 30 tahun memegang jawatan. Mana pelan peralihan kuasa mereka”, soalnya.
Justeru beliau berpendapat pemimpin pembangkang hanya pandai menuding jari sedangkan mereka sendiri masih lagi ghairah mahu memegang jawatan walaupun sudah berpuluh tahun.
“Mereka tuntut orang lain meletak jawatan sedangkan mereka sendiri tak letak pun. Ini cakap tak serupa bikin”,

PRN SARAWAK! Pasal Apa Anugerah Tuhan Berang

  
Adalah sesuatu yang aneh, Anwar yang dianugerahkan Tuhan begitu pandai bermain kata-kata tiba-tiba hilang kawalan diri hanya kerana wartawan bertanya soal jam tersebut.

Ia menunjukkan seolah-olah isu jam tangan berkenaan yang dikatakan menjadi petunjuk penting dalam isu video seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang benar-benar menghantui Anwar.

Soalnya, kenapakah Anwar begitu marah atau berang apabila ditanya soalan berhubung isu tersebut?. 

Anwar seharusnya tidak berasa takut apatah lagi berdolak-dalik jika benar jam itu ada dalam simpanannya dan kalau pun beliau tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan, kawallah diri kerana bukankah Anwar ingin menjadi Perdana Menteri?

Tindakan Anwar yang berang tidak tentu fasal hanya akan menyebabkan rakyat membuat pelbagai tafsiran terhadap tindak tanduknya.

Anwar sepatutnya faham bahawa rakyat kini sudah bijak menilai. Mereka tidak mudah disogokkan dengan mainan kata-kata, apatah lagi sikap berdolak-dalik.
Isu rakaman video itu dikaitkan dengan beliau. Oleh itu Anwar perlu menanganinya sendiri secara berhemah dan bukannya cuba mengalih pandangan dengan mengaitkan individu-individu lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tentu fasal.

Mungkin Anwar semakin merasai tindakannya menyatakan bahawa jam Omega tersebut berada dalam simpanan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kini mula memakan diri.

Anwar dan Wan Azizah ternyata tidak boleh menjawab secara jujur, apatah lagi menunjukkan bukti bahawa jam yang menjadi kontroversi berkenaan ada dalam simpanan mereka.

Apa yang kedua-dua mereka boleh buat sekadar memutar-belitkan kata-kata dan mengalih isu, sedangkan jika menunjukkan jam berkenaan sudah pasti nama Anwar dapat dibersihkan.

Tetapi malangnya, beliau tidak mengambil kesempatan itu, begitu juga Wan Azizah. Malahan mereka juga menolak semua usaha yang bertujuan bagi menunjukkan kebenaran.

Semua ini sudah tentulah menimbulkan persoalan mengenai kaitan Anwar dengan isu video tersebut. Walaupun kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi memandangkan kes itu dalam siasatan polis tetapi tindak-tanduk Anwar menyebabkan orang tertanya-tanya.

Justeru adalah lebih baik Anwar menghentikan tindakannya yang dilihat kebudak-budakkan dalam melayan soalan wartawan. Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi, Anwar haruslah bersikap matang dan sabar.

Kalau Anwar berada di pihak yang benar tiada apa yang perlu beliau takutkan, tanyalah apa pun soalan sudah pasti segalanya mampu dijawab dengan tenang tetapi Anwar tidak bersikap begitu.

Sebut sahaja jam Omega terus terpancar kemarahan di wajahnya dan mulutnya mula menghamburkan kata-kata yang 'tidak enak didengar'. Apa pun Anwar boleh berbuat apa sahaja yang beliau inginkan tetapi kebenaran akan muncul akhirnya.

Lagi pula Anwar sudah menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan dan kita berharap selepas ini beliau akan menerima hasil siasatan tersebut dengan hati terbuka biarpun jika ia tidak menyebelahi beliau.

Monday, April 11

PRN SARAWAK!Pengundi Sarawak Harus Bijak Menilai.


Sejak tiba ke Sarawak yang aman dan damai.sedamai corak pemimpin yang memimpin selama ini.Akan tetapi kedamaian itu bakal digugat oleh pemimpin yang tiba dengan corak kepimpinan yang agar terdesak yang mereka lakukan di Semenanjung Malaysia.Kempen memburukkan calon lawan yang agak keras juga dilakukan DAP seperti membaling cat,merosakkan bendera,potong tali dll ke Poster Barisan Nasional.




Akan tetapi BN tetap sabar dengan sikap Pembangkang.Ini  yang patut dinilai oleh Pengundi Sarawak.Jika memilih pembangkang pasti tungging terbaliklah corak pemerintahan mereka.


BN perlu berpegang kepada prinsip ‘belum bertarung, belum tahu siapa menang – siapa kalah’. Ini bermaksud BN harus bekerja bermati-matian dan menggempur kawasan itu hingga ke saat akhir untuk memastikan andaian BN kalah di kawasan majoriti kaum Cina, adalah salah dan bermimpi di siang hari. Sebagai negara yang berpegang kepada gagasan 1Malaysia, tidak kira di mana saja sama ada di kawasan Bukit Bintang, Batu dan Kepong di Kuala Lumpur atau Pasir Pinji, Ipoh, batu Gajah Timur dan Barat di Perak, sebahagian besar kawasan di Pulau Pinang serta Kuching atau Sibu di Sarawak, sebenarnya BN boleh menang dengan bergaya.
 
Cuma, pemikiran rakyat perlu ditransformasikan, manakala parti politik BN perlu meyakinkan rakyat bahawa selama ini pembangkang hanya goyang kaki, tetapi kerajaan BN lah yang membawa kemajuan dan kemakmuran hidup rakyat. 

Di Sarawak, ada pihak yang meramalkan bahawa dalam senario paling buruk sekali pun, BN akan kehilangan antara 15 hingga 20 kerusi, terutama di kawasan majoriti pengundi Cina. Ini semua taktik yang digembar-gemburkan oleh pembangkang supaya BN tidak memberi tumpuan di kawasan terbabit. 

Bayangkanlah jika BN langsung tidak bergerak di kawasan kononnya hitam itu, mudahlah kerja mereka. Jentera pilihan raya mereka pula boleh membantu calon di kawasan lain. Inilah yang pembangkang harapkan. BN tidak seharusnya memberi laluan mudah dan perlu mempunyai semangat juang yang kental dan pantang mengaku kalah sebelum berjuang. 

Kebelakangan ini, minat terhadap pilihan raya Sarawak ini bukan saja mendapat perhatian rakyat di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung. Pilihan raya Sarawak ini menarik minat wartawan asing kerana ia dianggap sebagai pusingan pertama pilihan raya umum yang dijangkakan diadakan bila-bila masa dalam tempoh dua tahun akan datang. 

Sejak pilihan raya lalu, kerajaan BN sudah mengurus pembangunan negara dengan efektif dan banyak wang dibelanjakan. Rakyat pula tidak meragui kejujuran kerajaan untuk membangunkan negara. Ramai pihak mengandaikan jika BN menang besar, Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan secepat mungkin dengan anggapan ia akan meneruskan momentum untuk kemenangan yang lebih besar. 

Jika pengundi mengambil kira kekukuhan BN pada peringkat nasional mereka akan menyokong calon BN di Sarawak yang dipimpin Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Perkiraan mudah ialah jika BN kukuh pada peringkat nasional, BN peringkat negeri diterajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) juga adalah kukuh. 

Sokongan rakyat akan meningkat jika mereka berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Taib. Berasaskan kepada isu yang dibangkitkan oleh rakyat, sebenarnya tidak banyak isu besar yang membimbangkan kecuali isu ketua menteri yang terlalu lama mentadbir Sarawak, selain isu tanah. Isu domestik lain adalah perkara biasa yang timbul setiap kali pilihan raya dan diselesaikan secara serta-merta. 

Isu Taib tidak sepatutnya timbul jika pembangkang melihat cermin mengenai status dan latar belakang barisan kepemimpinan mereka sendiri. Mengapa tempoh perkhidmatan Taib selama 30 tahun dipertikaikan sedangkan ia tidak berbeza dengan beberapa pemimpin pembangkang. 

Jika Taib berusia dalam lingkungan 70 tahun, Lim Kit Siang juga hampir sama usianya dengan Taib, juga sudah lama menerajui DAP. Sejak 1969, Kit Siang sudah dipilih sebagai calon pilihan raya kerusi Kota Melaka. Beliau berada dalam politik selama 42 tahun. 

Karpal Singh, juga berusia 70-an dipilih pada 1974 bagi kerusi Alor Setar sudah pun 37 tahun dalam politik. Nik Aziz yang sudah masuk ke usia 80 dipilih sebagai calon Pengkalan Chepa pada 1967 dan sudah 44 tahun dalam politik. 

Oleh itu, tidak perlulah melihat semut di seberang lautan sedangkan gajah di depan mata, buat-buat tak nampak. Taib sudah pun memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya dalam tempoh dua tahun akan datang untuk memberi laluan kepada pimpinan baru. Dalam parti pembangkang, belum tahu lagi. Pimpinan yang ada akan bertanding kerana mereka adalah yang yang ‘cakap tak serupa bikin.’ 

Bagi isu tanah di Sarawak yang dibangkitkan oleh banyak pihak sudah pun dijelaskan dari semasa ke semasa. Ini adalah antara isu tempatan yang dibangkitkan setiap kali pilihan raya kerana tidak ada isu lain yang mereka anggap boleh mempengaruhi pemikiran pengundi. Tetapi, apa juga yang dilakukan pembangkang, rakyat masih memilih BN. 

Sebenarnya, suasana politik di Sarawak adalah aman. Keamanan di Sarawak diganggu gugat oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan isu yang tidak ada kaitan dengan rakyat Sarawak jika tidak ada parti luar mengambil kesempatan. Sarawak akan menjadi negeri yang aman. 

PKR, walaupun sedar, mereka tidak dapat diterima di Sabah, tetapi masih menyangkakan rakyat mahukan kepemimpinan mereka. Penduduk Sarawak tidak nampak PKR boleh melakukan kebaikan di Sarawak. Janji parti itu kepada rakyat Semenanjung khasnya di negeri kerajaan pembangkang, tidak boleh dijadikan contoh yang baik. 

Janji mereka tidak pernah ditunaikan. Rakyat Sarawak sedar, jika pembangkang memerintah Sarawak, mereka juga tidak akan menunaikan janji. Apatah lagi, PKR dan SNA akan menikam sesama sendiri. Jika dalam pilihan raya kali ini mereka tidak dapat membuat kata putus mengenai pemilihan kawasan dan calon yang bertanding, apatah lagi jika mere-ka diberi mandat untuk memerintah. 

Pastinya politik Sarawak akan menjadi huru-hara. PAS bukanlah parti yang dekat dengan hati rakyat kerana parti itu tidak mempunyai kepemimpinan yang mampu mentadbir negara. 

Mereka hanya melihat pemimpin PAS hanya berminat untuk berpolitik, bertikam lidah dengan BN dan terlalu taksub dengan pegangan agama sedangkan dunia sudah pun berubah, tetapi mereka masih bertikam lidah soal-soal kecil

PRN SARAWAK:Siapa Bakal Tubuh Kerajaan Negeri?.


SOALAN paling dominan dalam apa juga perbincangan politik berkaitan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 sekarang ialah 'siapakah akan menang'? 'Siapa' bermaksud parti bukan individu. Dengan spontan juga jawatan yang sering dinyatakan tanpa was-was ialah Barisan Nasional (BN) akan menang.


Setakat ini, sama ada perbincangan rakyat di Sarawak, Sabah atau di Semenanjung Malaysia sekali pun, belum ada sesiapa yang mengatakan parti pembangkang akan menang. Walaupun pembangkang meletakkan calon di semua 71 kawasan, ia sekadar memenuhi tuntutan demokrasi dan mencuba nasib. Keyakinan rakyat terhadap BN menunjukkan bahawa mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada gabungan parti 13 parti komponen yang memerintah negara hari Dari segi moralnya, majoriti rakyat tidak yakin dengan kemampuan pembangkang untuk mengemudi sebuah lagi kerajaan negeri. Keadaan ini jauh berbeza dengan senario sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pentadbiran kerajaan dan menerajui BN.


Ketika itu tahap keyakinan rakyat berada pada tahap yang begitu rendah hinggakan ada yang bertindak ibarat perumpamaan ‘kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar’ sekali. Keadaan hari sudah jauh berubah. Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan pulih selepas kerajaan pimpinan Najib melakukan transformasi dan meletakkan asas kerja dengan mendahulukan kepentingan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia. 

Ini disusuli dengan program transformasi pelbagai sektor pengurusan dan pentadbiran kerajaan, di samping memberi nafas baru dan pendekatan progresif kerajaan. Rakyat juga kian sedar bahawa selepas tiga tahun kerajaan pembangkang mentadbir Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, mereka lihat tidak ada perubahan dilakukan melainkan menimbulkan perbalahan demi perbalahan. 

Ada kalanya mereka melakukan kerja ibarat lebih kuah daripada nasi. Sumbangan mereka kecil saja, tetapi riuhnya sekampung. Kerajaan BN sudah membuktikan kemampuan untuk membina sebuah negara dan negara-bangsa yang progresif, malah negeri yang dikuasai pembangkang hari ini dimajukan oleh kerajaan BN. 
Ini adalah fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Kerajaan pembangkang, di beberapa negeri yang wujud kesan tindakan rakyat menguji kerajaan BN, diberi peluang menunjukkan kemampuan mengurus negeri. 

Pembangkang mengambil alih kerajaan negeri berkenaan yang sudah tersedia segalanya. Mereka kononnya mahu menegakkan keadilan, tetapi sebetulnya mewujudkan jurang diskriminasi yang lebih besar. Di Pulau Pinang, pelbagai peristiwa berlaku dan rakyat yang tidak berpuas hati kian meningkat.
 


PEMUDA UMNO PERLU TRANFOMASI.


Adakah Pemuda perlu lakukan tranfomasi yang menyeluruh bagi memperkasakan PEMUDA UMNO.jika teguran membina serta memantapkan lagi PEMUDA UMNO patut dipertimbangkan oleh Pucuk Pimpinan PEMUDA UMNO tidaklah salah jika ibu yang sayangkan anaknya menegur demi kebaikan
Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia Datuk Hamidah Osman berkata Umno perlu meningkatkan peranan dan tanggungjawab Pergerakan Pemuda Umno dalam usaha memastikan kesinambungan parti.
Katanya, pendedahan dan peluang anggota pergerakan itu perlu ketengahkan dan wakil mereka diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan serta kemampuan mereka dalam menjalankan pelbagai aktiviti parti.
"Mereka adalah pemangkin kepada kejayaan parti pada masa hadapan. Ini kerana melalui pengalaman yang ditimba ia mampu menjadikan mereka pemimpin yang berwibawa dan disegani. Banyak program yang dijalankan mereka sebelum ini berjaya," katanya kepada pemberita selepas menerima borang kemasukan 268 anggota baru Pemuda Umno Bahagian Gopeng di sini, Ahad.
Hamidah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, berkata banyak program yang dijalankan parti kini didominasi golongan senior menyebabkan anggota muda berasa terpinggir.
"Keadaan ini boleh menyebabkan Umno kekurangan pemimpin berwibawa di masa depan...negara memerlukan pelapis baru untuk memimpin masa hadapan, justeru itu usaha mendidik harus bermula dari sekarang," katanya.
Beliau berkata peranan Pemuda perlu dipertingkatkan dari sekarang sebagai barisan hadapan parti terutama dalam suasana menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya minta semua pemimpin Umno supaya libatkan sayap-sayap parti bukan sahaja Pemuda malahan Puteri dalam apa jua program bagi memberikan mereka pendedahan dan jati diri untuk mengepalai parti di masa depan,"

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive