RAPID

Friday, June 6

PUTERI UMNO PULAK SENTAP NGAN #DyanaSofya


Apa Kejadah korang dok bangga dengan Dyana Sofya tue. Bagi MKP banyak lagi yang cun dan lebih baik dari Dyana Sofya. 

Yang ada didalam Puteri lagi cun dan menarik dari segi perwatakan serta kreditbiliti memimpin. Cuma masalahnya ramai yang kurang menonjol. 

Yang menonjol semuanya macam ANAK GAJAH aje. Bukan Gemuk tapi Chubby skit dan agak garang huhuhuhu.

Apabila Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya Mohd Daud kerana tewas pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini ia dilihat hak Setiausaha Agung DAP itu.

Tetapi dalam masa yang sama wajarkah Pemuda UMNO mempertahankan sambil mempelawa gadis itu menyertai UMNO?

Itu hak Guan Eng sebab Dyana Sofya adalah ahli DAP. Itu cara kerja mereka yang tidak ada orang UMNO pun tahu apa strategi mereka selain membuat pelbagai andaian.

Apa pun jika Dyana Sofya dipersalahkan, itu bukan urusan Pemuda UMNO.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pemuda UMNO, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi itu seolah-olah mengenepikan kewibawaan Puteri UMNO yang umumnya ramai yang sebaya Dyana Sofya.

Entah kenapa, Dyana Sofya yang sepanjang tempoh berkempen dicaci sebagai pengkhianat bangsa tiba-tiba mendapat perhatian daripada Pemuda UMNO?

Tiba-tiba Dyana dilihat sebagai seorang wanita yang sangat berwibawa dan dan mampu menyumbang idea serta tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.

Bukan hendak mencari kelemahan Syamsul Baharin tetapi kenapa mesti Dyana Sofya yang nampak di depan mata sedangkan ahli-ahli Puteri juga tidak kurang hebatnya jika dibuat perbandingan.

Apakah tidak ada anggota Puteri UMNO yang boleh diketengahkan untuk menjadi seperti Dyana Sofya pada mata  Syamsul Baharin?

 “Kenyataan Syamsul Baharin itu boleh membuatkan kami ahli Puteri UMNO tersinggung sebab dia bercakap seolah-olah Dyana Sofya berada di tahap tinggi berbanding kami.

“Kalau Pemuda UMNO itu kata Dyana Sofya itu berwibawa dan mampu menyumbang idea untuk kepentingan anak muda, apa selama ini Puteri UMNO tidak ada fungsi untuk anak muda?


“Saya tidak nampak kehebatan Dyana Sofya yang terang-terang menyokong pembangkang dan pada masa sama, saya hairan apabila ada Exco Pemuda UMNO yang melihatnya sebagai seorang yang hebat,” kata Bendahari Puteri Bahagian Batu Sapi, Hazlinah Mohd. Dani.

Jelasnya, adalah keterluan Pemuda UMNO meletakkan gadis penyokong parti pembangkang itu sebagai hebat demi survival anak-anak muda Melayu jika dia menyertai UMNO.

“Dia nampak hebat sebab dia diketengahkan sebagai calon muda pada PRK dan terus jadi terkenal kerana cantik.  Cuba kalau diletakkan Puteri UMNO sebagai calon PRK tempoh hari atau pada masa akan datang, saya rasa mungkin calon Puteri UMNO akan jadi lebih hebat daripada Dyana Sofya.

“Maka saya syor Pemuda UMNO terbabit supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan kerana walaupun kami hanya ahli Puteri UMNO namun kami juga boleh jadi jauh lebih baik daripada Dyana Sofya jika diberi peluang,” jelasnya.

Tambah Hazlinah lagi, Syamsul Baharin sepatutnya memikirkan bagaimana hendak melahirkan anak muda seperti Dyana Sofya dalam UMNO jika benar dia dilihat hebat dan bukannya mempelawanya masuk UMNO.

5 comments:

Anonymous said...

itulah pasal, samsul Bahari gelojoh tak bertempat, nampak Dyana semua hilang dimata , nampak Dyana je ..
dalam PUTERI itu melambak yang cantik lawa dan berbakat , yang lebih educated , yang pegi puja Dyana jadah apa ?
tak pasal2 pemuda kena gelak, nammpak sanggat benggongnya samsul Bahari ,

oi samsul, hang tu memalukan pemuda !

Anonymous said...

pendek crita...PUTERI UMNO tadak kredibiliti & kesanggupan bekerja personality mcm Dyana Sofya...

PUTERI UMNO balik2 hanya ampu bodekkkkkkk...gedik....JIKA ADA PON YANG BAGUS....ntah bila la akan diberi peluang....selagi otai2 degil takmau undur diri..rehat..bagi peluang....

amacam PUTERI???

Anonymous said...

Puteri sombong la...susah nak approach.. buat hal samax mereka. Itu yg pemuda Ipoh yg bingai jatuh cintan...

Anonymous said...

Puteri yg cun,educated, yg hebat2 banyak yg kena ' sebat' habis tu mcm mana nak ke tengahkan. Dah mcm 'kumpulan' utk jd calon nom 2,3,4 je. Tu pun kalau ikut 'landasan' yg elok. Kalau ikut landasan penyedap?
Org2 laki umno kan banyak yg masyukkk. Mau tak menggedik. Hahaha

Anonymous said...

Apa nak heran.....kan burit dyana tu ada umphhh!!!...sebab tu semua nak dyana... kan kan kan.!?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive