Friday, June 10

Anjur Bersih Untuk Bersihkan Dosa Pas Tolak Negara Islam


“Sepatutnya Mat Sabu menjadi contoh kepada rakyat, dia sebagai pemimpin yang baru tetapi selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, dia pula nak porak perandakan masyarakat dan negara.
“Itu merupakan satu petanda buruk kepada Pas. Tahniahlah kepada Pas yang mendapat pemimpin yang menjadi orang pertama yang mengelarkan Anwar ‘Al-Juburi’, ujar Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd Razlan Mohamad Rafii.
Tegas beliau ini merupakan satu tamparan kepada Pas yang menerima `ularmak’ selepas menolak kepimpinan ulamak dalam Muktamar Pas baru-baru ini.
”Untuk menganjurkan program yang dinamakan program Bersih dengan menuduh kerajaan tidak Bersih walaupun mereka telah menang lima buah negeri sebelum ini, ia adalah satu tuduhan yang tidak tepat dan tidak bertanggungjawab,
Dalam masa yang sama, jelas beliau banyak pihak amat mengenali Timbalan Presiden Paas itu yang mempunyai tingkah laku yang diragui.
“Mereka nak menganjurkan Bersih ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak bersih, tetapi yang tidak bersih sebenarnya ialah perjuangan Pas hari ini.
”Mereka mahu mengalihkan pandangan serong rakyat kepada mereka yang kini tidak lagi memperjuangkan negara Islam, tidak lagi bercakap tentang hukum hudud, tidak lagi berjuang untuk kebenaran, jadi demonstrasi bersih ini dijadikan alat sebagai mengaburi mata rakyat dan penyokong-penyokong mereka sendiri”, katanya.
Justeru beliau berharap agar rakyat dapat menilai perjuangan sebenar Pas hari ini yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara.
”Apa yang tidak kena dengan negara kita, dan apa yang telah kita nikmati selama ini, keamanan dan kedamaian harus kita jaga agar tidak porak peranda demi generasi depan.
”Kita tidak harus bawa budaya dari luar tidak dibawa ke Malaysia, inilah yang cuba dibawa oleh Mat Sabu dan kita harus tolak budaya demonstrasi jalanan ini,

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive