Monday, June 13

JEFF OOI SERBU TEMBOK PECAH KEPALA PADAN MUKA.


Jeff Ooi, hari ini secara terbuka meminta maaf kepada New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan tiga bekas pegawai kanan syarikat itu berhubung kenyataan memfitnah yang dimuatkan dalam blognya, lima tahun lalu. 

Dalam pernyataan dipersetujui yang dibacakan di mahkamah menerusi peguam yang mewakilinya Asma Mohd Yunus, Ooi Chuan Aun, yang juga Ahli Parlimen Jelutong, berkata beliau menyesal bahawa kenyataan itu pernah diterbitkan.

Membacakan kenyataan yang sama, peguam Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili NSTP, timbalan pengerusi NSTP ketika itu, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun dan bekas editor Kumpulan NSTP, Brenden Pereira, berkata Ooi menyatakan yang beliau bertindak secara bona fide dan tanpa niat jahat.


"Bagaimanapun, beliau (Ooi) mengakui bahawa dakwaan yang dibuat olehnya mungkin telah memalukan dan menyusahkan plaintif-plaintif dan pada masa yang sama berasa kesal. Oleh yang demikian, defendan (Ooi) kini mahu menyatakan yang beliau menarik balik semua dakwaan dan penerbitan yang menjadi perkara pokok dalam prosiding ini," katanya. 

Katanya, plaintif sudah menegaskan bahawa dakwaan itu adalah fitnah dan tidak berasas dan telah menyebabkan mereka berasa tertekan, malu dan menyusahkan mereka. 

Pernyataan dipersetujui itu dicatatkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dalam prosiding terbuka. 
Beliau juga membenarkan saman itu dibatalkan dan memerintahkan kedua-dua belah pihak menanggung kos masing-masing dan tidak dibenarkan memfailkan saman baru. 

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Kalimullah berkata, beliau bersyukur kerana kes itu akhirnya selesai selepas empat tahun kerosakan dilakukan. 

Pada Ogos 2004, keempat-empat mereka menyaman Ooi kerana menerbitkan siri kenyataan memfitnah dari 16 Februari 2006 hingga 4 Disember 2006, dalam blognya. 

Dalam pernyataan tuntutan, NSTP mendakwa, kenyataan memfitnah itu antara lain bermaksud NSTP mengubah laporan wartawannya bagi tujuan menyebarluaskan pandangan untuk memuaskan hati tuannya yang terdiri daripada ahli politik. 

Ooi dalam pernyataan pembelaannya menyatakan beliau tidak melakukan perbuatan secara konsisten dan berterusan untuk memfitnah plaintif-plaintif dan menjejaskan mereka seperti didakwa. - BERNAMA 



MKP kata:lain kali serbu tembok tak pakai helmet pecah kepala beb,apa cer minta maaf takkan dah sattle kot?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive