Sunday, June 19

MALIK KASIM@ITIK LeTAK JAWATAN.



betulkah Malik Kasim akan meletak jawatan berikutan isu panas yang digembar-gemburkan sebelum ini.Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa Malik Kasim Exco Agama,Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal pengguna meletakkan jawatan beliau selepas didapati melakukan kesilapan besar dengan membelakangkan Yang diPertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam isu pilihanraya masjid baru-baru ini.


Presidennya,Rahmad Isahak kata malik bukan sahaja membelakangkan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai ketua agama islam negeri malah beliau juga gagal menilai situasi undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan rasmi bagi Kerajaan Negri sehinggakan melukakan perasaan umat islam.


KMPP menwakili 6500 umat islam pulau pinang menggutuk sekeras-kerasnya tindakan malik itik ini.Malik Itik seharusnya bertangjawab sepenuhnya dalam isu ini serta meminta maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam akibat ketelanjurannya yang telah menyusahkan pelbagai pihak.“Orang Melayu Pulau Pinang tidak memerlukan pemimpin seperti beliau untuk menegakkan syiar Islam,” 


 Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri kerana perbuatannya itu memalukan.


Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) juga tidak boleh sewenang-wenangnya membuat dasar atau polisi secara tergesa-gesa atas tekanan pihak lain terutamanya perkara berkaitan undang-undang sehingga boleh menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap institusi berkenaan.

Rahmad berkata, selain memohon maaf kepada orang Islam, Malik juga wajar menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon maaf kerana membelakangi Tuanku dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive