Friday, June 17

PEMUDA UMNO NAK DEMO BERSIH JUGAK.



Mesyuarat Exco Pemuda Umno semalam SEBULAT SUARA memutuskan akan mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Julai ini bagi menzahirkan sokongan terhadap sistem demokrasi sedia ada serta usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperberbaiki lagi sistem pilihan raya yang ada pada hari ini.


APA KURANG DENGAQ Pemuda pun nak demo jugak apa kata MKP pun jugak nak join sekaki,itu pun jika diberi peluang la.Nampaknya pemuda telah membuat satu keputusan yang cukup-cukup tepat.Apa kata kita Pemuda Umno pakai baju warna biru jika merah nampak macam baju kuning dan merah macam kat siam la pulak,warna biru adalah terbaik pada pandangan MKP la.


Cadangan Pergerakan Pemuda dari zon utara (Perlis , Kedah, P.Pinang dan Perak)

Peserta dari Perlis berlepas dari Kangar dan peserta dari Kedah bergerak menuju ke R&R Gurun. Bertemu di sana dan konvoi ke Plaza Tol Juru. Di Plaza Tol Juru peserta dari P.Pinang telah siap menunggu kemudian konvoi bersama dengan peserta Perlis dan P.Pinang menuju ke pick stop seterusnya di R&R Sungai Perak.
Di sana peserta dari Perak dan mungkin dari Jeli atau Tanah Merah Kelantan telah siap sedia menunggu, kemudian teruskan konvoi ke pick stop seterusnya di Tapah. Peserta dari Perak telah siap sedia di sana kemudian bergerak ke pick stop seterusnya di Rawang atau Sg Buloh dan bertemu peserta dari Tanjung Malim dan Hulu Selangor dan terus ke KL. 


Adakah ini akan menemplak tomahan dari sesetengah pihak bahawa Pemuda telah hilang aura untuk melawan.Jika diberi kesempatan MKP menawarkan diri sebagai blog yang memperhebahkan apa yang berlaku dari Utara semenanjung dari permulaan perjalanan hingga keakhirnya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive