Sunday, February 27

Jangan Pandang Rendah Calon Bukan 'Heavyweight" PAS.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) bersalam dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad selepas majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23 di Bandar Jengka, Pahang sebentar tadi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeru jentera parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau agar tidak memandang rendah kekuatan parti lawan.
Perdana Menteri berkata, BN tidak boleh memandang ringan keupayaan PAS walaupun parti itu menurunkan calon yang disifatkan sebagai bukan 'heavyweight' bertanding di kawasan berkenaan.
"Saya fikir mereka ada perkiraan, kalau mereka letak calon seperti (Naib Presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man), beliau sudah kalah dua kali dan kalau kalah tiga kali... ia berat bagi beliau.
"Selain itu mereka nak letakan Tuan Ibrahim dalam hierarki akan datang dalam kepimpinan PAS.
"Jadi mereka letakkan calon yang bukan 'heavyweight' tapi kita tak boleh memandang ringan. Walaupun mereka akan arahkan penyokong mereka untuk sokong," katanya di sini, Ahad.
Pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.
BN diwakili Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, manakala PAS mempertaruhkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Presiden Umno berkata, pembangkang hanya mempunyai dua pertimbangan apabila menyertai pilihan raya kecil ini.
"Bila mereka masuk dalam pilihan raya kecil, mereka nak menang, bila mereka meletakkan calon, tentu sekali mereka fikir bahawa calon mereka itu ada harapan.
"Ataupun mereka meletakkan calon untuk menunjukkan bahawa sebenarnya BN tak kuat dalam kawasan ini.
"Jadi kita mesti anggap ini sebagai tentangan yang biasa dan kita akan lawan ikut kemampuan kita untuk meraih sebanyak mungkin sokongan kepada BN," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive