Yang Ketua Menteri paling malang dalam sejarah Pulau Pinang mengambil berat dan berulang kali menekankan pegawai yang dipukul,peniaga hanya mempertahankan hak serta punca rezeki mereka adakah itu dianggap satu jenayah.
Selepas didakwa memukul seorang pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) hingga cedera di kepala, semalam tampil membuat kenyataan balas berhubung isu berkenaan.
Mohd Shukri Md Zain, 48, berkata, dia kecewa dengan MPSP yang didakwa bertindak kasar terhadapnya sewaktu menjalankan operasi merobohkan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, mereka menolaknya dari belakang lalu terjatuh bersama anggota penguat kuasa MPSP itu. Ketika itulah berlaku salah faham dan beberapa anggota polis bantuan bertindak menendang dan memijak hingga lebam di belakang badan dan tengkuk, selain luka di siku dan ibu jari.
“Saya kesal dengan tindakan mereka, sedangkan ketika itu saya hanya mahu meleraikan kekecohan yang berlaku antara peniaga dan MPSP. Tetapi, tindakan saya itu disalah tafsir dan saya pula yang ditangkap,”
Menurutnya, dia hanya dibawa ke klinik untuk menerima rawatan selepas lengannya lebam akibat kesan digari, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).
Dia yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu turut membuat laporan polis. Berikutan kejadian itu, dia kini hilang punca pendapatan.
Sementara itu, seorang lagi peniaga yang turut ditahan polis bantuan MPSP, Abdul Kadir Mohamad, 54, berkata, notis hanya diterima pada 6 Februari lalu, mengatakan gerai mereka akan diroboh.
Begitupun, dia dan peniaga lain tidak menyangka pihak berkenaan akan datang mengadakan operasi sebelum tempoh notis tamat iaitu pada 6 Mac ini.
“Saya kesal, kerana sehingga hari ini tiada seorang pun pemimpin mahupun wakil rakyat kawasan datang membantu kami di saat kami ditimpa musibah, sedangkan kawasan ini adalah kawasan mereka,” katanya.
Abdul Kadir berkata, apa yang berlaku wajar dijadikan pengajaran dan mahu rakyat menolak pimpinan mereka pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 selepas jika tidak mahu perkara sama berulang.
Jika dilihat banyak lagi kawasan yang patut diambil tindakan oleh MPPP/MPSP jika hanya peniaga melayu diambil tindakan dimanakah yang dinamakan tindakan yang adil dan saksama.

No comments:
Post a Comment