Thursday, September 4

WARTAWAN @MalaysiaKini BAKAL DIDAKWA MENGHASUT, TAHNIAH @PDRMsia


Tahniah pada Polis diRaja Malaysia kerana bakal mengambil tindakan yang tegas terhadap penghasut yang cuba memecah-belahkan perpaduan Rakyat Malaysia. Sepatutnya dah lama mengajar puak kurang ajar ini. 

Wartawan Malaysiakini, Susan Loone telah diminta hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut petang ini untuk disoal siasat berhubung temubualnya dengan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Loone dan portal berita itu sedang disiasat di bawah Seksyen 41C, Akta Hasutan 1948 kerana menyiarkan temubualnya dengan Phee, yang dianggap menghasut, ketika Phee dalam tahanan polis awal pada hari Isnin berkaitan peranannya dalam Unit Rondaan Sukarela (PPS).

Susan Loone, yang diminta hadir di ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani pada jam 3 petang, berkata seorang pegawai polis, ASP Jamal memaklumkan kepadanya tentang perkara itu pada jam 11.30 malam tadi.

Ia ekoran 10 laporan polis yang dibuat pada hari Selasa oleh PERKASA dan 13 NGO lain di Pulau Pinang terhadap laporan temubual tersebut

Kumpulan itu, yang diketuai oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Mohd Rizuad Azudin, menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Susan Loone dan Malaysiakini kerana didakwanya memfitnah pasukan itu dalam artikel bertajuk “Disoal siasat Selama 4 jam, dakwa dilayan seperti ‘penjenayah’,” yang diterbitkan pada hari Isnin.

Artikel itu adalah terjemahan Bahasa Malaysia artikel Susan Loone dalam bahasa Inggeris, yang bertajuk "Exco man grilled for four hours, treated like ‘criminal’," yang juga telah diterbitkan pada hari yang sama.

2 comments:

Johan said...

Apa bakal didakwa menghasut? Inilah kezaliman nyata yang dikatakan oleh iblis dan syaitan. Hasutan dan fitnah adalah macam makanan baginya. Ia suatu keperluan dan jika anda menafikannya maka anda amat zalim. Mana iblis dan syaitan nak cari makan jika akta hasutan menghalangnya? Zalim sungguh akta ini pada iblis dan syaitan. Maka dikerahlah anak buah membuat demo atau apa apa tekanan agar Akta yang zalim ini dihapuskan.

Anonymous said...

puak kafir harbi ini mempunyai agenda sendiri untuk hapuskan akta hasutan...masalahnya peribumi Negara ini tidak sedar malah menjadi barua puak ini....bodoh sombong bertingkat-tingkat.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive