Saturday, June 18

BERSIH 2.0 - 1AGENDA dakwa Media Asing dapat Keuntungan.


Penganjuran BERSIH 2.0 adalah bagi memastikan Negara mendapat persepsi buruk di kalangan Negara luar. Demikian kata Yang Di Pertua 1Agenda, Zul Azhar bin Cha mengenai ulasan beliau terhadap objektif utama penganjuran Perhimpunan tersebut.
 
Beliau turut mendakwa beberapa Pemimpin Pakatan diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi beberapa Media Asing untuk membuat liputan khas Perhimpunan BERSIH 2.0.
 
Ini jelas membuktikan Pembangkang cuba menggambarkan kepada pihak luar bahawa terdapat ketidakstabilan yang berlaku dan akan mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi dan politik Negara.
 
Beliau berkata demikian dalam Sidang Akhbar Penubuhan NGO 1Agenda yang berfungsi dalam memantau info-info di dalam Media Maya yang berbentuk hasutan dan boleh menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat secara amnya.
 
Pihak 1Agenda juga telah membuat laporan polis mengenai penyebaran secara agresif Perhimpunan BERSIH 2.0 melalui Media Sosial Facebook dan Twitter.
 
Menurut Exco Perundangan dan Sosial 1Agenda Wan Mohd Shahir,  Perhimpunan BERSIH 2.0 nyata tidak releven dan menutup ruang demokrasi sebenar yang menjadi penentu keputusan Pilihanraya. Beliau juga mengambil contoh keputusan PRU 12 yang membuktikan sistem demokrasi di Malaysia jelas terserlah dengan kejayaan Pakatan Rakyat menawan 5 Negeri.
 
1Agenda merupakan sebuah NGO yang meletakkan visi menjadikan media sosial sebagai saluran yang berkemampuan untuk menggerak Negara ke arah mencapai Wawasan 2020. 

1 comment:

Wake UP! said...

Biarkan saja mereka yang telah canangkan Bersih tu tiba-tiba hilang entah ke mana. Hantu kopek sembunyikan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive