Monday, October 18

Kisah Mahasiswa tak sedaq diri,Kenapa Terjadi?

Edaran flyers haram yang memuji kemurahan hati Khalifah Lim Guang Eng di USM
Ketenangan suasana kampus induk USM hari ini sedikit berkocak dengan gelagat dan tindakan tidak bertamadun kumpulan mahasiswa haluan kiri atau lebih tepat lagi, Pro-Mahasiswa (Pro-M). Mereka bukan sahaja berani tidak bertempat tetapi biadap dengan membelakangkan undang-undang universiti apabila dengan sengaja menyebarkan risalah-risalah berbaur politik yang menghentam kerajaan pusat dan parti politik tertentu.
Jika mengikut aturan biasa, sebarang aktiviti penyebaran risalah, poster, flyers dan sebagainya lagi hendaklah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak universiti atau Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP). Setiap edaran tersebut diwajibkan memiliki cop pengesahan rasmi manakala sebarang pembukaan kaunter atau booth sehenti pula perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pembangunan USM. Secara umumnya para pelajar USM tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah dengan prosuder-prosedur tersebut, kecuali Pro-Mahasiswa yang seringkali engkar dan seolah-olah hendak mencabar pihak universiti.
Inikah yang dikatakan sedia mendokong aspirasi mahasiswa? Hanya retorik kosong. Mereka hanya tahu mencipta isu dan jika tiada isu, mereka mencarinya pula dari luar lalu dibawa masuk ke dalam kampus. Semuanya bertujuan menonjolkan kumpulan mereka yang kononnya prihatin dengan kehendak mahasiswa. Kehendak mahasiswa atau kehendak pembangkang? Apa yang jelas ketara ketika ini ialah tindak tanduk mereka lebih dibayangi oleh kepentingan politik pihak luar. Lihat saja edaran mereka kali ini yang semuanya berbaur politik. Mereka dengan bebas mengutuk kerajaan Barisan Nasional dan memuji pula pihak kerajaan negeri yang kononnya lebih baik berbanding kerajaan pusat.
Soalnya, adakah ini hala tuju perjuangan Pro-Mahasiswa yang sebenar? Ia semakin tidak relevan dengan prospek mahasiswa itu sendiri. Elok saja kalau mereka sepakat menggugurkan nama Pro-Mahasiswa dan menggantikannya dengan Pro-Pembangkang supaya para pelajar lebih faham dan jelas dengan matlamat perjuangan kumpulan haluan kiri ini. Moto Sedia Mendokong Aspirasi Mahasiswa pula baik digantikan saja dengan moto yang lebih realistik iaitu Sedia Mendokong Aspirasi Pakatan Rakyat! Tidakkah itu lebih terhormat dan agung?
Pro-Mahasiswa bagi saya bukanlah kumpulan pejuang mahasiswa yang jelas hala tujunya. Terlalu banyak penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap mahasiswa itu sendiri. Misalnya, sewaktu pilihanraya kampus tahun lepas, mereka hanya menghantar beberapa orang wakil saja untuk bertanding. Usaha kumpulan mahasiswa yang menyokong aspirasi universiti (menyokong aspirasi universiti bermakna menyokong aspirasi mahasiswa keseluruhannya) pula diperlekehkan. Misalnya, Parlimen Mahasiswa yang kini berjaya direalisasikan hasil perjuangan mahasiswa Pro-Aspirasi, dipandang rendah. Ketua mereka juga hanya berani bersuara di belakang.
Adakah ini yang dikatakan Pro-Mahasiswa? Hanya retorik.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive