Friday, October 8

Saifudin Ditangkap Berbohong !

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sudah tidak mampu menjawab cabaran TPM Ds Muhyiddin agar membuktikan pembabitan ahli Umno dalam kekecohan yang berlaku semasa pemilihan di Cabang PKR.Kelihatan seperti terkial kial dan hanya mampu membuat andaian semata mata.

"Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video,” kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.

"Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.

Lihat cara Saifuddin melemparkan tuduhan dan fitnah membabitkan Umno didalam hal ini apabila memainkan persepi kononnya "MUNGKIN" ,ayat nya berbelit

1."dia pernah jadi ahli pkr,tetapi  meninggalkan parti"

2."mungkin Umno"

3"Namun dia ada (menyertai PKR) tetapi ditolak,”

Inilah contoh cakap berbelit,yang tidak konsisten malah cuma mampu membuat andaian,sebenarnya menurut sumber dari dalam PKR ,Saiffudin sendiri tidak mampu membuktikan UMNO benar benar terlibat.




Harus diingat,Saiffudin cukup dikenali dikalangan ahli PKR yang mahir memainkan persepsi dan kuat temberang , sesuatu perkara tidak wujud dan tidak berlaku akan di buat seolah olah benar benar berlaku.


Apa yang susah sangat jika benar benar ada bukti dedahkan saja,jangan berdolak dalik,tak usah membuang masa,Pisau pun teringin juga nak tahu siapakah gerangan ahli Umno yang ada telur pergi buat kacau dalam majlis PKR?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive