Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan bukan sahaja boleh bikin gamat macam aksinya ketika cuba dicekup polis semasa buat kacau waktu penamaan calon pilihanraya kecil Penanti tidak lama dahulu. Karektor Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu memang semulajadi apabila beliau ‘mengamuk’.
Penyokong tegar Datuk Zaid Ibrahim ini betul-betul lepas geram pada Azmin Ali pagi Khamis mengenai dendam lamanya kerana memanggil beliau ‘ pariah ’ dalam satu mesyuarat parti itu beberapa tahun lalu.
Inilah waktunya untuk ‘ mandikan ’ Azmin sampai basah kuyup. Ledakan Gobala di sidang akhbar di bangunan Parlimen tentunya boleh bikin Azmin hilang markah untuk berdepan pemilihan jawatan Timbalan Presiden di kalangan para pengundi kaum India yang tidak kurang pengaruhnya dalam parti itu.Kalau orang di atas sudah main bahasa ‘ pariah ’ dalam mesyuarat tertutup seperti yang didedah oleh Gobala ini ramai yang dikatakan merasa kabur dengan ikatan pimpinan yang selalu cuba ditunjukkan berpadu dan mesra di khalayak ramai. Sumber-sumber parti memberitahu semasa kejadian berkenaan Gobala dan Azmin nyaris bergasak dalam mesyuarat.
Azmin yang diserbu wartawan di Parlimen juga untuk mendapatkan reaksinya tidak langsung menafikan insiden ‘ pariah ’ itu. Mungkin beliau sedar ramai saksi waktu kejadian itu dan pastinya tidak mahu jolok lagi Gobala yang dah naik sheikh habis. Beliau sebaliknya menolak dakwaan terlibat manipulasi proses pemilihan. Naib Presiden PKR itu tidak faham bagaimana beliau boleh didakwa manipulasi sedangkan kuasa mengundi ada pada setiap ahli.
2 comments:
salam ziarah
sama2 kita berblogging...
mohon follow dan add list blog saya
salam perjuangan,sama-sama menjayakan penang bangkit.
Post a Comment