Bagaimanapun, beliau berkata persoalan mengenai soal calon itu tidak dibincangkan semasa pertemuannya dengan Najib di Parlimen, hari ini.Mengenai kemungkinan beliau dicalonkan, Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata, perkara itu serta senarai calon tidak dibincangkan.
Semasa pertemuan itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyerahkan surat pelantikan kepada Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

No comments:
Post a Comment