Sunday, November 7

Gempar!!!DAP Pakar Putar Belit.

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik menayangkan video bantahan yang diadakan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu disifatkan sengaja mencari salah rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata, tindakan Wei Aik mengadakan sidang media kelmarin semata-mata untuk menayangkan video itu adalah satu tindakan menuding jari kepada rakyat seolah-olah mereka yang bersalah.

“Dia seolah-olah hendak beritahu kepada umum, inilah perilaku rakyat sedangkan mereka yang membuat bantahan itu ada tujuan tertentu, mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri terhadap mereka terutama penduduk Kampung Genting yang tanah mereka akan diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang.

“Wei Aik sebaliknya mahu menunjukkan seolah-olah rakyat rakyat yang jahat dan bersalah walhal mereka hanya mahu menuntut keadilan dan hak mereka. Mereka datang ke DUN hanya untuk berjumpa Ketua Menteri bagi menyuarakan apa yang mereka tak puas hati namun usaha dihalang,” katanya.

Norman berkata, semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang, perkara seperti itu tidak pernah berlaku.

Mengulas mengenai kenyataan Wei Aik yang mendakwa tindakan seorang daripada penunjuk perasaan merantai diri pada pintu pagar DUN sebagai cuba menghalang laluan keluar ADUN dan menyebabkan mereka terkurung, Norman berkata, ia berlaku kerana rakyat kecewa dengan tindakan pihak berkenaan yang mengarahkan pintu pagar DUN dikunci.

“Apabila kita minta nak jumpa Ketua Menteri dengan cara baik, mereka kunci pintu pagar DUN. Dulu semasa BN memerintah, rakyat tidak dihalang masuk untuk mendengar apa yang dibincangkan oleh pemerintah dan wakil mereka pada sidang DUN. Kenapa pemerintah sekarang buat begitu sedangkan mereka dakwa pentadbiran mereka cekap, telus dan berakauntabiliti?” katanya.

Menurutnya, tindakan mengunci pintu pagar DUN menunjukkan pentadbiran DAP hanya mahu mempergunakan rakyat. 

“Ketika meraih undi dulu, rakyatlah segala-galanya. Sekarang, nak jumpa rakyat pun susah, apa lagi ketika rakyat dalam kesusahan. Mereka mengelak daripada berjumpa rakyat dan disebabkan kekecewaan itulah, bantahan tempoh hari diadakan bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Norman turut menafikan UMNO bersekongkol dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam bantahan tempoh hari seperti yang didakwa Wei Aik yang mengatakan tiada sebab untuk PCM hadir pada bantahan itu berikutan tiada apa yang hendak diproteskan.

“Saya tidak tahu langsung kenapa PCM ada di situ kerana tujuan saya hadir hanya satu iaitu menyerahkan semula wang sumbangan warga emas yang dipulangkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya. 

Norman turut menafikan dakwaan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri II, Satees Muniandy kononnya ditolak olehnya di perkarangan DUN pada hari itu.

“Saya tidak sentuh dia pun. Saya berada di situ untuk menyerahkan wang sumbangan warga emas, itu sahaja,” katanya.

Norman yang membawa wang tunai RM23,700 milik warga emas dihalang oleh Satees dan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri I, Rezall Huzairi daripada menemui Guan Eng.




Mat Kilau:Pemuda yang ikat badan dengan rantai tue adalah ahli PAS Jelutong.Depa nie bodoh atau bangang sampai tak kenal orang.pasal hari  tue depa nie lompat atas kereta LGE Lidah bewak.yang bagi penjelasan pun sama macam Lidah Bewak apa nak buat dah kepala macam tue ekor sama lah.dok Gebang kata membela nasib orang melayu masa ceramah di Galas.hakikatnya.....................hamPAS. 

Saturday, November 6

Skuad Penyelamat Sukarelawan Barisan Nasional Perlis


tahniah diatas usaha membantu mangsa banjir di Perlis Indra Kayangan.








Mat kilau:mangsa banjir terus dibantu tahniah pada Pemuda Umno Perlis teruskan usaha murni membantu rakyat,rakyat didahulukan pencapaian diutamakan 1malaysia. 

BERHATI-HATI DENGAN AIR MINERAL

sekarang mubalig kristian sedang aktif di seremban,selangor dan kian ke negeri lain.1900 org paderi melayu yg baru tiba dari singapore berada disini.hati2 dgn air mineral tersebut

1.AL-BARAMKAH

2.AL-MANSORI

3.AL-BISTARIA

4.AL-MUBARAKAH

5.AL-BARAKAH

6.AL-BESTARI

 air tersebut tlh dicapur dgn holy water..tlg sebarkan kpd umat-umat islam dan sahabat-sahabat anda.air ini boleh mengakibatkan lidah keras dan kelu utk menyebut kalimah ALLAH..sebarkan demi utk orang islam!!
DEMI ISLAM!!!!


Corat coret Galas.

Keberkesanan Unit Media Baharu UMNO…


Benda yang baik kita kena puji, antaranya kewujudan Unit Media Baharu (UMB) UMNO, sejak beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini.
Di Galas ini, ada anggotanya, yang jadi sama dengan wartawan, berkampung berhari-hari, tinggal anak bini.
Sebab itu, antara analisis awal kekalahan yang dibuat PAS adalah kegagalan unit IT mereka untuk ‘counters’ serangan puak-puak UMB ini.
Walaupun tak ramai pengundi Galas ini celik IT, tapi kejayaan UMNO kuasai ‘ground’ dunia maya kali ini menaikkan semangat jentera parti dan membentuk persepsi umum tentang pilihanraya ini.
Bukan sahaja blog, tapi UMB menang dalam pertandingan sapa 'hebat’ di Facebook dan juga Twitter.
Semua serangan pembangkang di alam maya berjawab, dan diserang semula sampai pembangkang KO.
Katanya, di Batu Sapi pun serupa. Memang ada kekurangan itu ini, tapi siapa yang sempurna. Kita semua perlu belajar dan terus belajar. Well done bro ! 
seterusnya klik disini.

Bersama Datuk seri Zahid Hamidi.

anggota rela membantu warga emas yang sakit
Dato' Zainal Abidin B Osman  

tahniah Petugas-Petugas PRK Pulau Pinang.

Friday, November 5

Terima Kasih LIM GUAN ENG.


Nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang perlu dijadikan pengajaran pemimpin Melayu Pakatan Rakyat. Perjuangan terhadap agama dan bangsa mesti diutamakan bukan diremehkan. Jangan jadi bisu mempertahankan agama dan buta membela maruah bangsa. Sedarlah pemimpin agar tidak terus bersifat kuda tunggangan dan lembu dicucuk hidung semata-mata menjaga hati rakan pakatan sehingga maruah agama dan bangsa di tanah air sendiri tergadai. 


Kebelakangan ini semakin kuat kedengaran cerita mengenai strategi terancang digerakkan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP untuk meminggirkan penduduk Melayu di bahagian pulau ke tanah seberang. Strategi terancang ini sebenarnya sudah lama kedengaran. Kita boleh lihat dengan nasib penduduk Melayu di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong yang sudah berusia hampir 100 tahun kini beralih tangan apabila diserahkan kepada pemaju perumahan yang akan membangunkan kampung itu dengan projek rumah mewah yang tidak mungkin mampu dimiliki orang Melayu Pulau Pinang. Jika ada pun, jumlahnya boleh dikira dengan jari. 


Tindakan ini mendukacitakan. Belum pun berkuasa penuh, penduduk Melayu di bahagian pulau negeri itu mula dihalau keluar dari kampung masing-masing. Lebih menyakitkan, penduduk diberi rumah kos rendah tidak setimpal harganya dengan tanah yang tergadai itu. Tindakan ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Kini giliran penduduk Melayu di Balik Pulau (penempatan Melayu terbesar) pula bakal menerima nasib sama. 


Jika mahu mempertahankan kawasan majoriti Melayu, Balik Pulau ialah banteng terakhir kaum Melayu Pulau Pinang. Jangan biarkan ia menjadi seperti Geylang atau Kampung Gelam di Singapura. Alasan kononnya untuk membina institusi pengajian tinggi dari Singapura adalah tidak rasional kerana di Balik Pulau sudah ada UiTM. Perancangan ini mungkin ada udang di sebalik batu. Apa yang jelas, penduduk Melayu di Kampung Genting dan Pondok Upeh terpaksa keluar dan kedua-dua kampung ini dikuburkan bagi memberi laluan projek dirancang. 


Di manakah pemimpin Melayu dalam Kerajaan Pulau Pinang? Mereka ini sepatutnya tampil dan membela nasib penduduk Melayu - satu bangsa dan agama yang tertindas ini. Hakikatnya pemimpin Melayu ini berterusan biarkan diri diperguna oleh DAP. Kita tidak boleh mengharapkan pemimpin seperti ini. Kini, menjadi tugas, amanah dan tanggungjawab setiap penduduk dan pemimpin Melayu dari seluruh pelosok negara untuk mempertahankan hak milik kaum Melayu Pulau Pinang yang dari sehari ke sehari, semakin banyak dirampas daripada mereka. 


Jelaslah strategi dirancang, biarlah semua penduduk Melayu berpindah dan bermastautin di Seberang Prai serta bahagian pulau untuk penduduk Cina. Maka, akan muncullah sebuah negara baru di dalam sebuah negara berdaulat bernama Malaysia. Rahsia permulaan ke arah ini didedahkan Ahli Parlimen Bebas Kulim/Bandar Baru, baru-baru ini mengenai satu perjanjian rahsia antara DAP dan PKR, iaitu DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan ambil alih Kerajaan Persekutuan. Apakah majoriti rakyat negara ini mahu melihat satu kuasa autonomi muncul dalam negara Malaysia? 


Justeru, segala usaha perlu dilakukan untuk menyelamatkan Pulau Pinang dari jatuh ke tangan pihak yang memperjuangkan satu kaum, sedangkan Malaysia didiami penduduk berbilang kaum. 


Perjuangan memenangkan satu kaum tidak akan ke mana, malah hanya akan mencetuskan huru-hara dan memusnahkan keharmonian, kedamaian dan kedaulatan sesebuah negara. 



Mat kilau:Maka perjuangan pertahan hak milik Melayu Pulau Pinang kini mesti dilaksanakan dari sekarang dan biarlah berputih tulang, tetapi jangan berputih mata. Jika tidak, kaum Melayu Pulau Pinang akan tinggal dalam lipatan sejarah sebagai satu kaum yang pernah memiliki tanah di bahagian pulau di Pulau Pinang. Renung dan fikirlah dengan nasib orang Melayu di Singapura! 




Thursday, November 4

Tahniah,Syabas,Terbaik dan Terima Kasih.

Tahniah kepada calon bertanding.
Syabas kepada Pemimpin barisan Nasional.
Anda adalah yang terbaik kepada Petugas-Petugas Barisan Nasional.
Terima kasih Kepada rakan-rakan Blogger.
diatas kerjasama yang hebat yang diberikan didalam Misi kita 
menawan N45 Galas dan P185 Batu Sapi.
Kemenangan ini adalah kemenangan kita semua. 


sesungguhnya Perjuangan masih panjang dan belum lagi 


selesai. Matlamat kita adalah PRU 13 yang akan menjelma


 tiba. DI situ lah kekuatan kita akan teruji.

Syabas semua Sahabat Blogger!!!!

Bersatu Kita Teguh


Bercerai Kita Roboh!!!







Mat kilau apa nak kata!menang sudah.lepas nie tunggu pulak


kalau ada PRK lagi,kepada petugas PRK Pulau Pinang


TAHNIAH ANDA TERBAIK.


selamat pulang.Kepulangan anda dinanti.akhir sekali 


HAPPY DEEPAVALI.


SALAM PERJUANGAN.


SALAM 1MALAYSIA.



Barisan Nasional Menang N.45 Galas.Keputusan rasmi.

Calon BN PRK Galas: Abdul Aziz Yusoff

Ab. Aziz Yusof (BN) 5324 undi


Dr Zulkefli (PAS) 4134 undi


undi rosak 132 undi


majoriti  1190 undi


83% keluar mengundi.

Barisan Nasional Menang P.185 Batu Sapi.Keputusan rasmi.






Linda Tsen (BN-PBS) -9,773

Yong Teck Lee (SAPP) -2,007


Ansari Abdullah (PKR) - 3,414


Undi rosak votes - 372


Majoriti -6,359

Liputan live keputusan pilihanraya kecil Galas,Gua Musang



Barisan Nasional

Jumlah = 5177

PAS PIS PUS

Jumlah = 4108


MAJORITI
1069


Peti undi Batu Papan: BN menang majoriti 108

Peti Undi Kampung Bharu menang majoriti 16

Peti Undi Kampung Pulai menang majoriti 44

Peti Undi Sungai Ber Menang Majoriti 158

Peti Undi Lepan Tupai Menang Majoriti 80

Peti Undi Bandar Lama Gua Musang BN Menang Majoriti 37

Peti Undi Balar BN Menang majoriti 112

Peti Undi Bihai BN Menang majoriti 228

Peti Undi Hau Bn Menang majoriti 49

Peti Undi Brook Bn Menang majoriti 346

Peti Undi Belatim BN Menang 108

Peti Undi Sungai Terah BN Kalah majoriti 258



Peratusan keluar mengundi:

lojing 82%,

ber 88.8% ,

sg terah 80.8% ,

kg bt papan 80.2 ,

bdr baru 65.8%,

kg bharu 58.4% ,

bdr lama 61.1% ,

lepan tupai 86%,

kg pulai 84.7%

Ketua Puteri UMNO Kuala Krai telah di pukul



Ganas…. Tindakan agresif jentera Pas bukan sahaja dilakukan jentera pilihanraya lelakinya tapi kali ini membabit muslimatnya.
Ini dibuktikan apabila Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota Dewan Muslimat Pas ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di sini, hari ini.

Kejadian tersebut berlaku jam 11.30 pagi itu apabila Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan batang bendera PAS menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung.
“Ketika itu peraih undi Pas berada di sebelah kanan dan saya berada di sebelah kiri, dan apabila datang seorang pengundi, saya turut bersama dengan anggota muslimat Pas mengiringi pengundi tersebut ke pusat pengundian.
“Secara tiba-tiba saya diserang daripada belakang oleh seorang Muslimat lain dari arah belakang. Dia mengetuk saya dua kali dan apabila saya berpaling ke arah penyerang itu, sekali lagi saya diserang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang dalam jam 12 tengahari tadi.
Suzaini Adlina berkata sebaik beliau melihat muka wanita itu, penyerangnya dilarikan oleh beberapa penyokong Pas.
Ketika ditanya apakah tindakan beliau selepas kejadian itu, beliau berkata beliau tidak membalas serangan kerana wanita itu sudah berusia.
Namun beliau sebaliknya kesal kerana tindakan itu dilakukan oleh petugas dari sebuah parti yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam.
BEGINIKAH CARANYA SEORANG MUSLIMAH BERKELAKUAN? SEELOKNYA JUGA ELOK DIHENTIKAN PENGGUNAAN PERKATAAN ISLAM PADA NAMA PAS
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA) TERSEBUT KERANA KELAKUAN PENYOKONGNYA MASIH DI PERINGKAT MAZMUMAH DAN DIKUASAI OLEH NAFSU AMARAH.



Live Galas:Sekitar PRK Galas

Update 3.00pm
Peratusan keluar mengundi setakat ini 63% ,peti undi dikawasan pendalaman sudah ditutup.                                        


update 1.30pm
Peratusan keluar mengundi di kawasan penempatan orang Asli.


peti undi lojing 84.82%

peti undi ber 89.78%

belatim 81.88%

peti undi balar 87.93%

peti undi bihai 86.33%

peti undi hau 88.19%



60% 6931 setakat jam 1 tengahhari keluar mengundi di dun galas

Wednesday, November 3

BN sudah lakukan yang terbaik di Galas, Batu Sapi

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) sudah melakukan usaha terbaik bagi membantu rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas serta Parlimen Batu Sapi dan berharap mereka akan membuat keputusan yang tepat pada hari pengundian esok.
Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera BN di kedua-dua kawasan pilihan 
raya kecil itu telah menggunakan kesempatan tempoh berkempen dengan 
sebaik-baiknya untuk memberikan penjelasan mengenai hasrat kerajaan membawa 
pembangunan dan membantu rakyat. 
"Ini sudah sampai ke jam yang terakhir dalam kempen (pilihan raya kecil) 
baik di Galas dan Batu Sapi, kita telah (ambil) peluang dan kesempatan yang kita 
gunakan sejak lebih seminggu lepas untuk perjelaskan pelbagai isu yang ditimbulkan pihak parti pembangkang. 
"Saya harap dengan kesempatan yang ada ini kita telah dapat menimbulkan 
keyakinan yang lebih kepada pengundi tentang keadaan yang sebenarnya dan mereka 
akan membantu untuk menyokong calon BN," katanya kepada pemberita selepas 
menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Sungai Terah di sini, hari ini. 
Timbalan Pengerusi BN itu berkata, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan 
dakyah yang disebarkan parti pembangkang kerana ia bersifat fitnah dan tohmahan. 


"Pemimpin PAS boleh berkata ia tanggungjawab kita (BN) tetapi untuk Kelantan 
macam juga negeri-negeri lain kita bantu secara menyeluruh termasuk pembangunan 
sosial, kemudahan seperti sekolah serta infrastruktur yang lain," katanya. 
Ditanya mengenai peluang BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil 
berkenaan, Muhyiddin berkata, "Kita berdoa kepada Allah selepas kita berusaha 
dengan begitu gigih tidak mengira penat dan lelah, siang dan malam tidak cukup 
tidur, tidak cukup makan, dengan niat ikhlas nak tolong rakyat, tuhan akan 
makbulkan doa kita." 
Bagaimanapun katanya, beliau mendapat maklum balas positif di DUN Galas, 
katanya: "Daripada laporan yang kita terima nampak perubahan yang jelas berlaku 
di bawah maknanya pengundi mula sedar dan sudah keluar untuk menyambut jentera 
dan kempen yang kita anjurkan." 
Sementara itu, Muhyiddin meminta semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang 
kekecohan pada hari pengundian esok. 
Beliau berkata, rakyat yang layak mengundi tidak perlu berasa bimbang dan 
takut untuk keluar mengundi kerana pihak berkuasa telah memberikan jaminan 
keselamatan. -- BERNAMA 


Ansari Kempen Dalam Laut (Sabah)

Mat kilau:esok ramai-ramai keluar mengundi awal,tetapkan Pilihan anda BARISAN NASIONAL.Salam 1Malaysia.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive