Saturday, December 14

ADUN Perlis Naik Gaji


Perlis dijangka mengikuti langkah beberapa negeri lain untuk menaikkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco dan Menteri Besar negeri itu.

ADUN Perlis dijangka menikmati kenaikan gaji sebanyak 45 peratus manakala gaji untuk Exco pula akan dinaikkan sebanyak 30 peratus.

Kadar kenaikan gaji untuk Speaker dan Menteri Besar bagaimanapun belum dapat dipastikan.

DUN Perlis akan bersidang semula pada Isnin ini dan dijangka akan mengusulkan pindaan tersebut.

Gaji pokok ADUN Perlis pada masa ini ialah RM4112.79 dan dijangka akan dinaikkan kepada kira-kira RM6,000.

Gaji pokok Exco pula dijangka dinaikkan daripada RM6190.82 kepada kira-kira RM8,000.

Perlis mempunyai 15 ADUN termasuk seorang Menteri Besar dan lapan Exco. Ini bermaksa hanya terdapat empat ADUN Barisan Nasional (BN) bukan Exco selain dua ADUN pembangkang.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive