RAPID

Saturday, December 21

CYBERTROOPER UMNO TERTIPU DENGAN CYWAR WE KA SIONG...


Tahniah pada MCA terutama We Ka Siong kerana berjaya mempergunakan Cybertroper UMNO bagi meraih populariti memenangi pemilihan MCA hari ini. Senang aje nak cuit UMNO dan membeli undi dari Perwakilan MCA. Buat kenyataan yang boleh menimbukan marah ahli UMNO lepas tue raih publisiti percuma.

Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong masing-masing telah dipilih sebagai presiden dan timbalan presiden MCA.

Liow mendapat 1,186 undi dalam pertembungan tiga penjuru menentang Gan Peng Siu (1,000 undi) dan Ong Tee Kiat (160 undi).

Sementara Wee Ka Siong mengalahkan Donald Lim dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden MCA.

Wee mendapat 1,408 undi manakala Donald mendapat 927.

Untuk pertembungan naib presiden pula, Lee Chee Leong (1,642), Hou Kok Chung (1,475), Chua Tee Yong (1,343) dan Chew Mei Fun (1,230) telah dipilih.

Keputusan itu dilihat sebagai kembalinya Chew ke arena politik. Beliau sebelum ini pernah menjadi ketua Wanita MCA, selepas terkeluar dengan bekas presiden Dr Chua Soi Lek sebelum ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive