exponegaraku

Saturday, December 14

EKSLUSIF : DEDAHAN GRED "A" BUATKAN MAT SABU MENGELUPUR......


Ramai menanti ingin tahu adakah Mohamad Sabu atau Mat Sabu jadi menyaman Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi ekoran pendedahan mereka mengaitkan Timbalan Presiden PAS itu dengan ajaran Syiah.

Bagi Mat Sabu turun naik makamah soal biasa begitu juga dengan Menteri Dalam Negeri itu.

Membawa sesuatu kes atau menyaman sesaorang di mahkamah tidak bermakna yang mengambil tindakan itu tidak bersalah kerana ada masanya mahkamah digunakan bagi menghalang sesuatu perkara itu terus dikaitkan dengan mereka.

Inilah yang kerap berlaku di Malaysia dan Mat Sabu kalaupun mengemukakan saman, antara lain pasti bertujuan menghalang Zahid dan Abdul Rahim mengeluarkan apa-apa kenyataan yang dianggap memfitnahnya.

Menariknya, ketika Mat Sabu berkobar-kobar menyatakan mahu bertemu peguamnya Ahad ini, Zahid pula menyatakan kesanggupan berdepan ayam sabung PAS itu.

Beliau sedikitpun tidak gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu membawanya ke mahkamah sebaliknya menasihatkan pemimpin nombor dua PAS itu tidak masuk golongan bertaqiyyah atau berpura-pura kerana itu sikap penganut Syiah.


Mat Sabu mungkin mahu membawa dakwaan itu ke mahkamah kerana berpendapat 10 bukti yang didedahkan Ketua Setiausaha KDN adalah lemah seperti difikir pihak yang bersimpati dengan Mat Sabu.

Namun, terfikirkan beliau Zahid dan KDN ada bukti-bukti lain yang tidak didedahkan lagi dan hanya akan mengemukakannya pada masa yang terbaik kerana sudah menjangkakan Mat Sabu akan tindaka menyaman.

Zahid tidak mungkin bodoh mahu membiarkan kredibilitinya tercalar kerana gagal membuktikan ada yang didedahkan ketika Perhimpunan Agung UMNO lalu.

Malah, Pegawai Agama KDN Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari memberitahu Bernama Sabtu malam, berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan i Abdul Rahim dikategorikan sebagai Gred B.

“KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan,” katanya.

Menurut beliau, KDN mempunyai bukti dan rekod jika Mat Sabu ingin menafikan pendedahan sebelum ini.

Justeru itu, sebelum membawa kes ini ke mahkamah, wajarlah Mat Sabu berfikir masak-masak risikonya kecualilah peguam yang dilantiknya mahu mencari nama atau laba politik.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Jawatankuasa Disiplin parti boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti yang menganut aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, peranan jawatankuasa itu tidak hanya terhad kepada pengendalian kes disiplin dan salah laku dalam pentadbiran parti.

Beliau menegaskan, Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi di dalam parti adalah al-Quran, hadis, ijma ulama dan qiyas yang nyata.

Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam PAS,” katanya dalam kenyataan menerusi laman web rasmi Pas di http://www. pas.org.my.

Barangkali kerana itu juga, Mat Sabu terpaksa berkeras mempertahankan dirinya kerana beliau juga khuatir PAS akan mengambil tindakan memecat beliau jika terbukti terbabit ajaran Syiah.

Bagaimanapun, Mat Sabu tidak perlu ke mahkamah atau membiarkan orang tertunggu-tunggu keputusan perbicaraan kelak kerana beliau boleh membuktikan kejantanannya dengan bersumpah menafikan terbabit Syiah.

Itu adalah pilihan terbaik Mat Sabu jika berpendapat Zahid atau Abdul Rahim memfitnahnya.

Beranikah Mat Sabu? Dan jangan pula lepas ini beliau cuba halang kebenaran dengan meminta mahkamah melarang Zahid atau KDN mengeluarkan apa-apa bukti mengenai pembabitannya dengan Syiah. bnbbc.my

2 comments:

Anonymous said...

Apa tujuan anda? Anda mahu shia dan ahli sunnah berbunuhan di Malaysia? Alloh kata semua kejadian langit dan bumi serta anatara adalah ciptaan-Nya yang tiada sia-sia.

Masih tidak sedarkah negara Islam semua menuju kehancuran kerana Alloh sudah tidak reda dengan Islam yang anda bawa. Islam yang suka membunuh... MrDn

Anonymous said...

Ko ni mabuk ke MrDn? Kalau dibiar berakar umbi la baru Syiah akan berani tunjuk taring.. time la baru akan berbunuhan. Ini tindakan nak mengelak la ni, bodooo..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive