exponegaraku

Tuesday, December 3

JANJI TELAH DICAPATI, JELASKAN KENAPA TARIF ELEKTRIK DINAIKAN....?


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dituntut menjelaskan rasional keputusan kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.89 peratus kepada rakyat.

Ini kerana, peratusan itu cukup tinggi dalam situasi kos hidup yang semakin meningkat sehingga kesannya begitu ketara dalam kumpulan pendapatan tertentu khususnya yang tinggal di Lembah Klang.

Kementerian terbabit mahupun TNB tidak boleh sekadar mengumumkan kenaikan itu tanpa sebarang penjelasan yang boleh diterima akal.

Kenaikan 14.89 peratus terlalu tinggi, jadi kementerian berkenaan dan TNB kena jelaskan kenapa harga tarif dinaikkan sebanyak itu.

Kalau empat peratus mungkin tidak ada masalah, mumgkin boleh lagi dipejamkan mata tapi ini 14.89 peratus ini adalah melebihi tahap yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat. kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari depan.

Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen setiap kilowat sejam (kw/j) atau 14.89 peratus daripada kadar semasa. Manakaka bagi Sabah dan Labuan, kadar tarif dinaikkan sebanyak lima sen bagi setiap kw/j.

Secara peribadi MKP tidak membantah sebarang semakan tarif elektrik tetapi ketelusan dalam membuat keputusan (kenaikan) itu lebih penting.

Kementerian dan TNB memang membuat keputusan mengenai kenaikan itu tetapi jangan lupa rakyat juga berhak mengetahui asas kenaikan yang tinggi.

Benda ini mudah sahaja, kalau kita makan roti canai di kedai pada harga RM5 sudah tentu terperanjat.

Tetapi kalau pekedai jelaskan bahan yang digunakan lebih istimewa atau selamat untuk kesihatan, sudah tentu kita boleh terima. 

Begitu juga dengan kes kenaikan tarif elektrik, takkan benda mudah sebegini tidak dapat difikirkan oleh golongan cerdik pandai yang menjawat jawatan besar di TNB serta pihak kementerian.

Selain itu, yang dipersoalkan sama ada kementerian dan TNB mengenakan tarif elektrik yang sama kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Jika kenaikan itu turut dikenakan secara setara kepada semua golongan, dikhuatiri kehidupan golongan berkenaan semakin terjejas.

3 comments:

Anonymous said...

Pengerusi TNB ni memang sejak mula2 memerintah TNB dah suka tindas pekerja dan kini mula tindas customer

Anonymous said...

Alasan kenaikan kos entah apa-apa (TNB) adalah bullshit semata-mata... Cakap je lah nak naikan tarif elektrik sebab gaji-gaji orang atasan TNB dengan orang bawahan tak cukup kan senang (tamak)!!! aku tengok orang kerja TNB ni senang je hidupnya... Tak mewah pun sekurang-kurangnya aku tengok cukup keperluan hidupnya. Kesian lah dekat orang kelas bawahan ni... Orang sibuk naikan harga itu ini, TNB pun sibuk nak naikan tarif elektrik (ambil kesempatan)... Haram jadah...!!!

Anonymous said...

Tarif elektrik naik,menteri kata tidak membeban rakyat.Kalau pengilang bil elektrik melambung, harga barang pak menteri mana nak kawal.Adakah pengilang nak rugi? Jangi ditepati,bukan dimungkiri.4 tahun tiada lama,pilihan raya akan tiba,adakah melayu mudah lupa?.Jangan TNB punya angkara BN hilang kuasa.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive