Tak tahu yang mana betul yang mana salah tetapi hakikatnya pelantikan Ustaz Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno kini menjadi perbualan di mana-mana.
Kalaulah Kazim hanya orang biasa, pelantikan tersebut mungkin bukan isu besar tetapi disebabkan Kazim seorang ustaz yang bertaraf selebriti kerana terkenal dan mempunyai ramai peminat, maka apa sahaja yang berkait dengannya pasti menjadi tajuk bualan.
Yang menjadi tanda tanya, benarkah Kazim seorang ahli Pas cawangan Manjoi, Kawasan Tambun, Perak sejak tahun 1998 dengan nombor keahlian 0475276?
Secara peribadi,MKP lebih gemar Ustaz Kazim Elias kekal sebagai Pendakwah Bebas.
Apapun beliau lebih arif dalam membuat keputusan berdasarkan perkiraan yang berilmiah dan keperluan ketika Perpaduan Umat Islam dan Melayu agak genting ini.
Dalam masa sama,UMNO juga memerlukan peranan Pendakwah dalam menyebarakan Risalah Perjuanganya.
Terimalah kehadiranya dengan berlapang dada dan jangan ada andaian2 kearah merugikan.
Ulamak juga ada ujian dan cabaranya!
No comments:
Post a Comment