Monday, December 16

HUSAM DITENDANG BAGAIKAN ANJING DI KELANTAN..........


Pas Kelantan menurunkan pangkat Datuk Husam Musa daripada Timbalan Pesuruhjaya II kepada Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, tanpa memberi sebarang alasan atas penurunan itu.

Tempatnya iaitu Timbalan Pesuruhjaya Pas II diberikan kepada muka baru iaitu Senator Datuk Dr. Johari Mat yang sebelum ini menyandang sebagai Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS).

Barisan kepimpinan baru Pas Kelantan itu diumumkan Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yakub kepada lidah rasmi parti berkenaan Harakahdaily di Pejabat Pas Negeri, petang semalam.

Penurunan pangkat itu menunjukkan Pas Kelantan tidak lagi memerlukan khidmat Husam yang sebelum ini begitu gah dalam kepimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini juga membuktikan masa depan Husam bukan lagi untuk Kelantan, sebaliknya beliau hanya diterima di peringkat kepimpinan Pas pusat selepas menang tipis pertandingan Naib Presiden Pas pada Muktamar Tahunan Ke-59 parti itu di Shah Alam, akhir bulan lalu.

Lapor Harakahdaily, Ahmad yang mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas Kelantan semalam, turut menaikkan pangkat Datuk Mohd Amar Nik Abdullah daripada Pesuruhjaya Pas III kepada Pesuruhjaya Pas I negeri dengan tempatnya diberikan kepada Husam, manakala tempat bekas Exco Kerajaan negeri itu diambilalih oleh Dr. Johari.

Barisan Jawatankuasa Pas Kelantan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dikekalkan sebagai Setiausaha BadanPerhubungan Pas Kelantan dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas negeri menggantikan Wan Nik Wan Yusoof yang tidak disambung perkhidmatannya bawah kepimpinan Ahmad.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Nasaruddin Daud dilantik sebagai Ketua Penerangan Pas Kelantan yang baru menggantikan Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang juga Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan.

1 comment:

Anonymous said...

Masuk pkr ke dap je la.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive