Thursday, March 29

AL-FATIHAH BUAT RAKAN SEPERJUANGAN.


Gambar sebelum kemalangan berlaku....
"Allahuakbar!!! Baru terima berita, 5 Sahabat yg htr rombongan umrah kami tadi telah kemalangan.2 tlh meninggal 
Saifuddin Kandar (Kiri Sekali/Badan Besar) dan (Khairol No 3 dari Kiri), Pengerusi Tetap Pemuda Hulu Langat. Al Fatihah" - Lokman Adam

Semoga Roh rakan seperjuangan MKP dicucuri rahmat.Sebak sebaik menerima berita ini.Pengalaman MKP berkerjasama dalam PRK Hulu Selangor tidak dapat dilupakan hingga keakhir hayat.
Dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat, Selangor maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, hari ini.
Mereka yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau menerima panggilan daripada salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu yang memaklumkan bahawa kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ngeri.
Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah.din.huluselangor.net



Video Youtube Ust Azhar Idrus sahkan mereka mati syahid 


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive