Sunday, March 25

MALAYSIAN INSIDER BUAT HAL LAGI?





The Malaysian Insider terpaksa menarik balik laporan yang mendakwa lima isu nasional menjadi penghalang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya umum pada Jun depan, setelah mengaku laporan itu tidak betul.

Laporan itu memetik sumber-sumber sebagai mendakwa Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis selaku Pengerusi Manifesto Barisan Nasional memaklumkan perkara itu kepada pengarang-pengarang kumpulan New Straits Times pada taklimat khas Selasa lalu.

Dalam satu bantahan tegas kepada portal berita itu semalam, Jamaludin menafikan memberi taklimat sedemikian kepada pengarang NST ataupun memegang sebarang jawatan bersabit manifesto BN sebagaimana yang didakwa dalam laporan berkenaan.

Beliau menyifatkan laporan yang ditulis oleh Ketua Pengarang The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq, sebagai fitnah semata-mata dan berniat buruk.

“Amat jelas, anda gagal menunaikan tanggungjawab kewartawanan anda untuk mengesahkan kebenaran maklumat anda, sebaliknya memilih untuk menyiarkan laporan itu walaupun ia tidak disokong oleh sebarang bukti,” kata Jamaluddin dalam suratnya kepada Jahabar.

Jamaluddin tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang kerana laporan itu berupa fitnah dan membawa kesulitan kepada beliau.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Jalil Hamid juga menafikan kewujudan taklimat sedemikian dan menyelar Jahabar kerana tidak mendapatkan pengesahan daripada pihaknya sebelum menyiarkan laporan itu.

“Anda mempunyai setiap ruang untuk mendapatkan pengesahan daripada kami mengenai kebenaran terhadap dakwaan dalam laporan berkenaan tetapi gagal berbuat demikian,” kata Jalil.

Jalil menuntut The Malaysian Insider memohon maaf kepada pengarang-pengarang akhbar itu kerana mengaitkan mereka dalam “sebuah laporan fitnah”.

“Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan susulan …demi melindungi kepentingan kami, jika pihak anda gagal berbuat demikian,” kata Jalil dalam suratnya kepada Jahabar.sumber antarapos.

MKP Ayat Sempoi ; BN masih lagi berbincang dalam semua hal,Kalau benda nie mengutuk DAP sudah tentu kena saman beb.Kiat semua tidak sempurna.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive