Saturday, March 17

TOK MAT JANGAN BALUN KUAT SANGAT?




Datuk Ahmad Maslan balun tindakan PAS dan DAP yang terus membisu berhubung dakwaan kononnya wujud kerjasama antara Parti Keadilan Nasional (PKR) dengan dua badan asing berkaitan Yahudi.

Depa nie membisu seribu bahasa sehingga kini berkenaan isu yang dibangkitkan,Anwar dah bagi arahan kot supaya dok diam dan buat bisu.
"Kita tidak terperanjat dengan apa yang berlaku tetapi kita hendak dengar pandangan daripada rakan kongsi (PKR).. PAS dan DAP,"

PKR dan dua buah badan asing yang mempunyai kaitan Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affairs (NDI), yang didedahkan oleh BN Selangor.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilihat seolah-olah cuba melindungi parti komponen Pakatan Rakyat itu apabila menjelaskan bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,"

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Pakatan Rakyat, sebelum ini telah beberapa kali membidas kerajaan BN pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana didakwa bersenkongkol denga Israel kerana berurusan dengan syarikat berkaitan Yahudi, antaranya mendapatkan khidmat syarikat perunding imej, APCO Worldwide bagi menaikkan imej kerajaan.

Baru-baru ini pula, Pas dan PKR juga begitu lantang membidas kerajaan kerana mengadakan hubungan dagangan syarikat-syarikat berkaitan Yahudi

MKP Ayat Sempoi ;Baguih jugak Tok Mat balun puak nie,baru ada akai depa nie.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive