Sunday, March 25

DAH SELALU KENA TIPU PUN TAK BERINGAT?



Elok sangat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ulang dan terus ulang persoalkan benda ini.Sebenarnya ia tidak perlu kajian mendalam,tesis dan nak kena selidik serba serbi untuk mendapat jawapannya.
Hakikatnya di depan mata semua orang kerajaan negeri pakatan pembangkang Selangor gagal penuhi janji bulan bintangnya semasa kempen pilihanraya umum Mac 2008 dulu.
Kini dengan muka tak malu pembangkang berani cakap untuk cetuskan khalayan menerusi Buku Jingga pula ...bal gosok lampu Aladin semua beres dalam 100 hari kalau pakatan pembangkang kuasai Putrajaya.
Kata orang kalau tidak berjanji masih boleh dimaafkan...tetapi siapa yang boleh lupa bagaimana mereka menabur janji masa dekat pilihanraya umum lalu.
Reaksi kira-kira 5,000 orang yang hadir pada majlis bantuan kepada mangsa banjir  bagi kawasan Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, pagi Ahad semasa Najib menyentuh hal itu sudah cukup untuk mengambarkan suasananya.
Mereka menyambut dengan tepukan gemuruh ketika Perdana Menteri berkata," "Kita nak tanya pada pembangkang, janji pada pilihan raya umum (PRU) 2008 banyak mana sudah mereka tunaikan...?
"Cukai pintu turun 20 peratus dah tunai...? cukai premis perniagaan turun 10 peratus dah tunai...? perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor dah tunai?...semua belum (ditunaikan) lagi.
"Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada BN, kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi," katanya
Berdasarkan kegagalan kerajaaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji-janjinya semasa pilihan raya umum 2008,Perdana Menteri yakin sokongan rakyat di Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) semakin memuncak sekarang.
Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata beliau sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat di negeri ini.
"Saya sepatutnya berada di Sepang untuk mengikuti perlumbaan F1, tetapi Hamilton (pelumba F1 Lewis Hamilton) boleh tunggu, rakyat Hulu Langat lebih penting dan dapat keutamaan.
 "Lagipun Hamilton tak boleh undi, tuan-tuan boleh undi," katanya.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan hampir RM6 juta
Perdana Menteri berkata bantuan berkenaan termasuk wang tunai RM500 untuk setiap mangsa banjir di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.7 juta daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Yayasan 1MDB turut menyumbang bantuan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta termasuk wang tunai RM500 kepada setiap mangsa banjir selain sumbangan kos membaiki 100 buah rumah dan mengganti peralatan masjid serta surau yang terjejas akibat banjir yang berlaku 7 Mac lepas.
Najib juga menyampaikan bantuan sumbangan Kelab Putra 1Malaysia yang berupa dua tilam serta sebuah dapur gas kepada beberapa keluarga.
Katanya semua bantuan akan diagihkan kepada setiap keluarga terbabit dalam tempoh tiga hari.AD

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive