Thursday, March 15

GUAN ENG KENA PENAMPAQ DENGAN ORANG TUA?



Sudah menjadi darah daging DAP mengelak hujah dengan menyerang peribadi.Baru-baru ini S.M. Mohamed Idris, presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, telah dicop sebagai “orang tua” oleh setiausaha agung DAP kerana mempertikaikan ketelusan projek prasarana kerajaan negeri yang bernilai RM8 bilion.

Tambahan lagi, pelbagai tohmahan telah dilemparkan terhadapnya oleh sibertrooper-sibertrooper Lim Guan Eng, presiden CAP itu mengkhabarkan kepada NST hari ini.
Beliau juga turut dipetik sebagai berkata:
“In politics, it is dangerous when autocracy dictates a governing style. Everything a politician says is ultimate and everything else is discounted.” 
 Untuk versi bahasa Melayu, boleh rujuk Utusan Malaysia, ‘Musa selar Guan Eng hina Presiden CAP‘ (Mac 10) dan ‘Guan Eng bukan tuhan – CAP‘ (Mac 12).
Sebelum itu, CAP melahirkan kekecewaannya dengan berkata:
“CAP is compelled to respond to the unwarranted outburst by Penang Chief Minister YB Lim Guan Eng on CAP’s complaint on the lack of public consultation by the state government on some recent mega projects.” [bold emphasis mine] 
Projek prasarana yang disebutkan itu membabitkan terowong bawah laut sepanjang 6.5km yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di tanah besar serta tiga batang jalanraya:

-15km menghubungkan Tanjung Bungah-Teluk Bahang.
 
-5km pintasan Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
 
-5km pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam.

Maklumat lengkap tentang projek pengangkutan RM8 bilion itu tidak berikan kepada orang ramai.Apabila ditanya pemberita sama ada projek-projek tersebut adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan dan Pengurusan Lalulintas Negeri Pulau Pinang, Guan Eng dengan selamba menjawab terowong dan jalan-jalan sejauh 25km itu merupakan satu “bonus”.

“These are very expensive projects. The approach we are taking is that if successful, the projects are a bonus to the [transport] master plan …”, kata Guan Eng. 
Inilah kaedah ‘bulan jatuh ke riba’ khusus bagi penduduk kesayangan oleh ketua menteri yang begitu murah hati. Apa lagi agaknya yang mungkin di’hadiah’kan oleh kerajaan diterajui DAP kepada rakyat kelak nanti?Mohamed Idris telah membidas Guan Eng dengan berkata:
“The notion of a bonus is something that is additional to what has been agreed. Presumably, Lim has persuaded himself that he is giving Penangites a gift in addition to what they bargained for. That may very well be so but the point is, that is effectively an admission that the projects were never part of the master plan. An attempt to pass them off as a bonus cannot make them so.” [bold emphasis mine] 
Gaya Guan Eng menangani kritikan ialah melalui cara cuba mengaitkan pihak yang mengemukakan soalan itu kepada Umno. Cekupan kenyataan akhbarnya:
“CAP bukanlah satu-satunya organisasi yang menentang 4 projek infrastruktur tersebut. Bahkan BN dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menentang pembinaan terowong bawah laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam pada 17 November 2011. 
“Walaupunbagaimanapun maklum balas awam daripada rakyat Pulau Pinang terutamanya di Persiaran Gurney dan SPU menunjukkan bahawa majoriti besar orang Melayu, India dan Cina menyokong dan mahu projek infrastruktur ini diteruskan.”

MKP Ayat Sempoi :Dan kenapa pula dia sengaja sebut Cina paling akhir sekali? Nyata Guan Eng begitu perasan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive