Sunday, March 18

GODFATHER KEMBALI MELANDA DAP PENANG.





Pengerusi DAP, Karpal Singh telah menolak keputusan Jawatankuasa Disiplin parti yang mendapati tidak ada bukti untuk membuktikan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P. Ramasamy menjadi perancang kepada satu demonstrasi bantahan yang diadakan ketika konvensyen parti itu pada Disember, tahun lalu.Karpal menegaskan bahawa jawatankuasa itu tidak layak untuk menyiasat Ramasamy kerana beliau (Ramasamy) adalah ahli dalam penal itu.

Jelasnya lagi, ahli di jawatankuasa disiplin berkenaan sepatutnya melepaskan kedudukan mereka dan membenarkan jawatankuasa baru dibentuk untuk mengendalikan kes itu.

"Benih kemusnahan sudah disemai sejak mula lagi. Mereka duduk dalam (jawatankuasa) yang mengadili salah seorang daripada mereka sendiri," katanya

Selain daripada Ramasamy, tiga yang lain adalah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Naib Pengerusi Tan Kok Wai dan Naib Pengerusi Negeri Lim Hock Seng.

Karpal juga mendedahkan bahawa dua pemimpin DAP Pulau Pinang, RSN Rayer dan A Tanasekharan juga telah memfailkan rayuan bagi pihak 33 ahli yang lain terhadap keputusan jawatankuasa itu membersihkan Ramasamy dari sebarang tuduhan.

Beliau menjangkakan perkara itu akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti, dan jika perlu diketengahkan kepada kongres kebangsaan parti untuk mencapai keputusan.

Ramasamy, ketika itu, telah didakwa menguruskan satu demonstrasi pada 11 Disember, tahun lalu ketika konvensyen berkenaan dimana penunjuk perasaan telah merentangkan kain rentang mengutuk dan memaki Karpal Singh.

Insiden itu didakwa berlaku selepas beliau terbabit dalm pertelingkahan dengan Karpal berhubung dan susulan itu kepimpinan parti telah mengeluarkan arahan melarang kedua-dua pihak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dalam pada itu, DAP Pulau Pinang mengambil keputusan untuk menggugurkan empat pelantikan dalam Lembaga Penganugerahan dan Lembaga Rayuan Negeri yang dibuat oleh Ramasamy.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, pelantikan keempat individu terbabit termasuk, pengerusi DAP Juru, K. Mangaleswari, akan gugurkan 'secepat mungkin'.

Beliau menambah, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang diadakan bulan lalu bertujuan menyelesaikan isu-isu parti.

MKP Ayat Sempoi ; Ingat dah habis cerita godfather nie rupanya bergema lagi,musykil jugak dengan cywar DAP nie.Depa nak alihkan perhatian isu kilang solar di batu kawan kot.Sengaja membangkitkan cerita yang dah basi nie.Kalau isu bayan mutiara ada jugak lidah bewak tue bersuara akan tetapi kali nie diam seribu bahasa',,,,,,,,Hairan.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive