Thursday, March 22

ALKISAH BLOGGER MISKIN DAN NEELOFA?


Suatu hari ketika blogger miskin sedang update blog, dia berasa lapar dan terus keluar membeli makanan. Setibanya dia dirumah, blogger itu kehilangan laptopnya kerana di ambil orang. 

Lalu dia menangis dan berdoa, sehingga seorang Pendeta Tua muncul dan seraya bertanya.., “Mengapa kamu menangis?”

Si blogger sambil teresak-esak menceritakan bahawa laptop tersebut adalah sumber mata pencariannya untuk menulis. Dan ia telah di curi orang ketika dia keluar membeli makanan..

Lalu Pendeta tu seketika mnghilang dan muncul kembali membawa laptop emas. 

“Apakah ini laptopmu?”tanya sang Pendeta..

“Bukan.... ” jawab blogger itu.

Lalu Pendeta tu menghilang lagi dan muncul kembali membawa laptop perak.

“Apakah ini laptop mu?” tanya sang Pendeta lagi. 
“Bukan saya punya laptop tu Pendeta...” blogger itu tetap mnggelengkan kepalanya.

Setelah menghilang kembali dalam beberapa minit, Pendeta tu datang lagi dan kali ini membawa laptop buruk dan lusuh jenama cap ayam.., tapi masih boleh berfungsi.. 

“Apakah ini laptopmu?”

“Ya Pendeta, memang benar ini laptop saya”. jawab blogger miskin tu sambil tersenyum senang. 

Lalu sang Pendeta Tua berkata, "kamu ni terbukti orang yang jujur, kerana itu.., aku akan memberikan ketiga-tiga laptop ini untukmu sebagai upah kejujuranmu” .

Blogger miskin tersebut itu sangat bersyukur dan sangat gembira...

Beberapa hari kemudian, ketika blogger miskin tu sedang update blog dan check facebook, dia mendapati aweknya sudah berlaku curang dan secara senyap-senyap kahwin dengan lelaki lain tanpa pengetahuan sang blogger miskin. 

Lagi sekali si blogger miskin menangis dan berdoa kepada Tuhan tentang nasib malangnya..

Kemudian, seperti yang dijangka.., Pendeta Tua hari tu pun muncul.Nak lebih lanjut baca kat MPP



MKP Ayat Sempoi ; tertarik dengan apa yang telah ditulis oleh MPP,sorry beb wa cilok lu punya artikel akan tetapi ini memberikan pengajaran buat waa beb dan ingin berkongsi didalam blog ini bersama pembaca waa.inilah yang dikatakan bakat yang telah dikurniakan oleh Allah.Kalau sesuatu rezeki itu bukan milik kita apa nak buat beb terima seadanya dan sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada dan alhamdulilah MKP dikurniakan keluarga yang bahagia.Syukur kepadanya akan tetapi jangan pulak kita kufur dengan nikmatnya. 



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive